Yuna kata ” pada setiap gambar ada lagu”,bagi aku ianya lebih daripada itu.Selain lagu,gambar juga boleh menyimpan seribu satu cerita.Tentang rasa, perasaan dan juga memori.Sekerap mana anda semua menangkap gambar ? lebih banyak gambar di tangkap, lebih banyak memori dapat disimpan.
Memori manusia mempunyai had(kalau dalam kes aku sendiri mungkin hanya 128MB) dan menangkap gambar atau menyimpan gambar adalah salah satu cara yang terbaik untuk memastikan pengalaman atau sesuatu memori itu tidak luput begitu sahaja.Boleh di umpamakan gambar sebagai cakera keras untuk manusia.
Walaubagaimanapun, kebanyakan orang pada masa kini, termasuk aku sendiri lebih senang dengan merakam video daripada menangkap gambar.Video merupakan salah satu alternatif untuk merakam peristiwa penting dalam hidup seseorang.Siapa yang mempunyai rakaman video sewaktu berumur 3 tahun, atau sewaktu majlis perkahwinan ibu bapa mereka 25 tahun dahulu?aku masih lagi menyimpan koleksi kaset video tentang majlis majlis tersebut.Masalah yang sedang aku cuba selesaikan ialah bagaimana ingin memindahkan rakaman video dari video kaset ke dalam komputer.Bayangkan kalau video 20 tahun lepas di convertkan dlam bentuk HD.It’s going to be like “I’m in HD 20 years ago!!Yeay!!” hahahaha.
Kalau di bandingkan dengan gambar, menangkap gambar lebih mudah.Bagi aku, gambar adalah salah satu medium yang boleh merangsangkan imaginasi seseorang berbanding dengan video.Dengan melihat sebuah gambar, kita boleh mengingati kembali saat, perasaan ketika ia diambil.Mungkin ia majlis hari jadi, perkahwinan, bersiar dengan rakan, ataupun konvokesyen universiti.
Dari perasaan , pengalaman dan memori itulah boleh datangnya ilham seperti yang Yuna katakan “Setiap gambar ada lagunya”. Mungkin muzik latar belakang pada ketika butang ‘capture’ di tekan boleh mengimbau kenangan masa lalu, lalu tercipta sebuah lagu atau melodi yang tersendiri.*bermadah much?
Ada pelbagai cara untuk menangkap sesebuah gambar.Dari telefon bimbit hinggalah ke kamera berkuasa tinggi seperti DSLR.Tidak di nafikan kini gadget sangat mudah didapati di pasaran pada harga yang berpatutan .Ramai yang suka menangkap gambar dan menyimpannya di dalam pelbagai jenis medium.Ada yang suka berkongsi di halaman muka buku, twitter, foursquare, dan flickr.Kepada yang menggunakan iPhone dan terutama sekali kepada para penggemar gambar dan jurufoto, mesti tidak melepaskan peluang untuk berkongsi gambar di instagram dan terbaru sekali pudding.to.
Salah satu masalah yang mungkin akan timbul adalah masalah ruang untuk menyimpan kesemua gambar ini. Memandangkan saiz gambar yang semakin lama semakin besar, (High Def) ini menyukarkan kepada mereka yang mempunyai ruangan yang terhad.Kpada yang berminat dalam merakam video mempunyai masalah yang lebih serius.Bayangkan mereka yang gemar merakam video ( 5 minit video dengan video full 1080 iPhone4s sudah mengambil hampir 600-700 mb, not to mention dengan kualiti 4k akan datang).
Anda tidak perlu menjadi seorang jurufoto profesional untuk menangkap gambar .Pendapat profesional berpendapat,kita memerlukan imaginasi dan juga kreativiti untuk menangkap sebuah gambar.Pada aku, untuk menangkap sebuah gambar hanya perlu keseronokan dan juga keikhlasan.Asalikhlas je, cantiklah gambar tu, melainkan kalau anda mengunakan DSLR,ikhlas mungkin tidak mencukupi kerana anda perlu belajar tentang shutter speed and those technical thingy hehehe.
Anda tidak perlu menangkap gambar yang terbaik untuk memastikan anda memperolehi memori yang terindah.Sekiranya anda boleh mengimbau kenangan manis lalu hanya denga menatap sesebuah gambar itu, you are there already.
Jadi sebagai konklusi, setiap gambar bukan setakat ada lagu tapi juga ada cerita di sebaliknya.Untuk informasi yang lebih berkaitan dengan instagram dan pudding.to boleh la ke sini.
Ikuti saya di instagram (radinfadli) dan pudding.to (radinfadli).