Dimulakan cerita, aku sedang menunggu si Apek untuk men”jailbreak”kan iPhone barunya.Dalam proses menunggu tu, aku lena di ulit mimpi, sedar-sedar dah pukul 10.30pm.Beberapa ketika, kawan lama aku tu dah tercegat di hadapan rumah.Tersengih dia tengok aku yang terbkebil-kebil dalam proses cuba untuk membuka kelopak mata yang masih separuh di alam mimpi.
Sambil duduk-duduk tengah dalam proses men’jailbreak’ tu sempatlah kongsi cerita, lama dah, dah tak kongsi cerita.Kongsi cerita, bukan gossip, lelaki don’t do gossip, well, ada yang buat, aku tahu hahaha.Aku tertarik dengan satu add on yang ada pada iPhone Apek,berkenan pula, nantilah aku beli satu.Boleh cegah habuk dari masuk ke dalam phone hurm, nice.
Beberapa ketika kemudian,icon Cydia yang famous tu, terpampang di Springboard dia, bukan main seronok tengok reaksi si Apek.Mesti dah plan macam-maccam nak buat dengan iPhone baru dia tu.Tak berapa lama kemudian,Apek beransur pulang, hilang di dalam kegelapan bersama kereta Porche hitamnya.
Aku ingat nak sambung tidur, tapi aunty kesayangan pula call, aku dah separuh terlelap ketika dia meminta kau supaya aku mendapatkan cerita Keramat untuknya, satu je respon aku, jangan buang masa tengok.Memang aku tengok free, tapi 1 jam 15minit aku tu siapa nak pulang kan balik?amat menyedihkan, sebab trailer agak gempak, tapi cerita tak strong, tak tahu hujung pangkal, kait mengait, skrip lemah, tak tahu kenapa dia orang lepas masuk wayang, telefilem pun macam susah je qualify, harap mutu filem boleh di kaji.Watak rebecca yang tetiba berubah jadi pemarah, tetiba ada hantu makan anak dia, datang mana hantu pun tak tahu.paling kelakar, watak ustaz, kenapa ustaz kena cakap macam tu, cakap melayu kan senang.
Tepat pukul 11.45, si fique call ajak aku minum.Aku yang masih mamai ni, dah makin hilang mamai, sebab orang asyik menelefon.Pelik , mereka cari aku di waktu malam, mungkin mereka dah tahu aku siapa agaknya,one of the Cullen.JK.
Aku bersiap, keluar, fique sampai.Singgah 7 E beli topup, si fique pun nak beli juga.dalam aku tunggu si Fique bayar, aku terpandang dekat mentos yang agak pelik, rupanya ada mentos baru, aku tak tahulah baru tahap mana atau aku yang noob.Dia mentos yang berperisa mint, makin bawah,makin berangin kuat.So aku grab lah satu, nak try.
Lepas bayar topup, aku ambillah topup dengan tangan yang pegang mentos tadi.Cashier tu diam je.Bila aku dah sampai kereta, time nak buka pintu,*still pakai tangan yang ada mentos dengan top up tadi, tergerak hati aku, bila masa aku bayar untuk mentos nih?Terus aku meluru masuk dalam 7E.Cashier tu ingat aku tertinggal something,tapi aku cakaplah “wak, saya lupa bayar nih” senyum je si cashier tu, tak tahulah,senyum sebab mentos ke , atau sebab dia memang berharap aku datang lagi jumpa dia.Hahaha.
Jadi itulah kisahnya, kalau nak di ikutkan ,memanglah aku boleh blah dari situ, dengan mentos ‘free’ tapi aku takut, dosa aku bertambah hanya kerana sebatang mentos berharga rm1.40.
THE END.