Lelaki itu dan wanita ini

Dunia ada dua

Dunia sebelum dan selepas

Dunia hidup dan dunia mati

Seperti biasa, aku bicara

Bukan madah dendam, bukan bicara cinta

Sekadar renungan kita bersama

Mereka kata lelaki dan wanita

Dua makhluk, dicipta berbeda

Jasad tak sama, pemikiran tidak serupa

Tapi jangan pula di salah sangka

Dunia akhir, berubah sudah

Lelaki ingin wanita, itu lumrah

Lelaki jadi wanita, itu naya

Mulut wanita, kata-kata berbisa

Kalau tidak di jaga, dosa merata

Lelaki tidak gossip, wanita lebih suka

Kata nama lain, fitnah sebenarnya

Kalau duduk semeja,memang tidak ngam

Lelaki bicara bola, wanita dengan cinta

Tapi, kini tidak lagi

Gossip di cerita, nafsu menguasai

Sayang si lelaki, berbicara pasal agama

Hebat tak terkata, tinggi ilmunya

Sayang si lelaki, sayang dirinya

Kelakuan berlainan, langsung tidak sama

Ada pun wanita,makhluk ini istimewa

Gossip menjadi bualan harian,

Penambah dosa, yang menimbun tinggi

Ramai yang pelik, ramai yang bertanya

Mengapa mereka berdua, boleh sekepala

Jawapan mudah , senang cerita

Lelaki tabur duit, wanita pengikis harta

Hairan itu bukanlah punca

Kalau sama jiwa, sama rasa

Ini bukan madah dendam

Bukan juga peringatan suram

Sekadar perlian, untuk mereka

Yang tidak habis- habis mengumpul dosa

 

 

 

 

 

 

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

  1. Dunia hampir kiamat, banyak yang berubah rupa, yang lelaki nak menyerupai wanita,bukan dari segi rupa, tapi perangai.Perempuan tidak menutup aurat itu yang jadi pujaan.Banyak fitna sekarang, moga kita bebas dari fitna si mata satu.

  2. Dalam maksudnya, mula-mula ingatkan entri secara umum , tapi ada maksud tersirat.Nice one by the way…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »