Kelmarin baru sempat nak buka email dan kebanyakan orang bertanyakan tentang jailbreak, port Siri dan aplikasi yang patut ada dalam iPhone4s dan iPhone4 mereka.
Soalan pertama bagi jailbreak, jailbreak untuk ios5 5.0.1 sudah boleh didapati bagi iPhone4,iPad1 dan iPod Touch.Bagi iPhone4s dan iPad di jangkakan akan keluar pada minggu ini atau minggu hadapan,memandangkan terdapat spekulasi sama ada ‘Dream Team’ akan mengeluarkannya secara umum sebelum atau selepas Apple melancarkan firmware terkininya.Jadi mohon bersabar. Note:Kepada mereka yang ingin menghantar phone mereka untuk di jailbreak,mohon maaf sangat – sangat, saya tak menerima permintaan sebegitu dah.Saya tahu ada yang begitu teruja sehingga sanggup menghantar dari luar kawasan,nasihat saya, cuba JB sendiri, tak susah sebenarnya.
Kepada yang bertanya Port Siri, ingin saya maklumkan bahawa, port untuk Siri amat sukar di dapati.Sangat-sangat sukar didapati.Sangat payah dan sukar.Kenapa saya ulang sukar dan payah, sebab saya nak galakkan anda untuk membeli 4s sekiranya ingin menggunakan Siri.With dual core and 8 megapixel, tambahan dengan personal assistant sendiri, it’s worth it.Lebih menyenangkan kerana anda kini boleh membeli terus dari Apple Store,jadi tiada kontrak.Nota:Get an iPhone4s , just like I did :-D .
Seterusnya,aplikasi apa yang patut ada untuk iPhone 4s/4 anda?Sebenarnya ia bergantung dengan apa sebenarnya yang anda inginkan.Adakah anda seorang yang menggunakan iPhone untuk bersosial, atau untuk kerja , ataupun sekadar memenuhi masa lapang dengan bermain permainan video.Disini akan saya senaraikan beberapa aplikasi yang saya gunakan.
1. Find My Friends
Aplikasi terbaru Apple, Find My Friends, boleh di katakan serupa seperti Foursquare. Sekiranya anda inginkan kawan atau peminat (kalau adalah) untuk mengetahui tempat -tempat menarik yang anda kunjungi, aplikasi ini amat sesuai. Find My Friends menggunakan GPS dan GLONASS yang membolehkan anda berkongsi setiap aktiviti dan pergerakan anda dengan orang yang anda pilih (jadi pilihlah dengan berhati-hati) dan begitu juga sebaliknya. Apa yang anda perlukan ialah iOS 5, an Apple login, dan rakan anda perlu memberi kebenaran untuk dijejaki (sekali je pilihan ni) dan anda boleh melihat mereka bergerak di atas peta iPhone 4s anda— dan mereka juga boleh melihat anda di iPhone, iPad, atau iPod touch. Walaubagaimanapun terdapat pilihan untuk tidak berkongsi setiap aktiviti anda itu, dengan menutup lokasi tempat anda berada.*Sesuai untuk pasangan yang ingin mengetahui kemana pasangan anda merayap hehehe.
2. Google earth
Bagi yang pernah menggunakan google mesti tahu bagaiman ianya berfungsi kan?Jadi dengan keupayaan Chip A5 terbaru untuk iPhone4s, Kehebatan visual Google Earth adalah aplikasi paling sempurna untuk menunjukkan kehebatan iPhone 4S dari segi kelajuan,grafik, dan kebolehan GPS/GLONASS. Kehebatan apliaksi boleh menunjukkan kedudukan anda yang berada di Malaysia sehingga ke bandar New York dengan sekelip mata berserta dengan persekitaran anda.
3 Videolicious
Aplikasi ini tidak ada kena mengena dengan Fergie ok, ia merupakan aplikasi kreatif untuk membuat mini video projek.Terdapat beberapa senarai kategori yang boleh dipilih termasuklah Real Estate Listing Video, Birthday Party Video, Trip Documentary, and Video Resume. Pilih salah satu dan Videolicious akan membawa anda ke langkah-langkah yang seterusnya untuk membuat sesuatu video tersebut. Mula-mula anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan gambar atau video(walaubagaimanapun, anda tidak boleh edit mereka dalam aplikasi ini, sedih sikitlah), kemudian anda boleh rekod voiceover, dan memilih muzik anda sendiri , hasilnya anda mempunyai video yang menpunyai gambar dan muzik.Saya akui aplikasi ini agak terhad dari segi kebolehannya , tapi untuk benda yang percuma ia agak seronok untuk dicuba dan diguna pakai.
4.iMovie
Yup, iMovie dah berada sekian lama di pasaran tapi kenapa saya masih mengatakan anda memerlukan iMovie khususnya dalam iPhone4s anda?Jawapannya full 1080p30 HD.1080p30 HD dengan fungsi stabilization atau keseimbangan, supaya video anda tidak rosak atau buruk akibat tangan anda yang tak boleh bendung, yang ketar – ketar lah . Aplikasi iPhone ini membolehkan anda untuk trim footage, move frames around, add themes, effects, still images, dan juga musical soundtrack. iMovie.Selepas habis mengedit, anda boleh kongsi video anda di YouTube, Facebook dan website-website yang lain. Anda juga boleh menggunakan AirPlay dan Apple TV untuk melihat video anda di skrin besar HDTV anda, terbaik kot :-D .
5.Path
Mungkin anda seorang yang suka bersosial di alam maya.Aplikasi ini mungkin sesuai untuk anda.Walau bagaimanapun, path tidak seperti facebook, atau myspace, kerana ia lebih merupai kepada jurnal di mana isi kandungannya mungkin lebih peribadi.Anda boleh mengupdate status anda,muzik yang anda dengar, video, lokasi anda dan juga berkongsi gambar.Filter yang di sajikan oleh Path agak menarik walaupun di bandingkan dengan Instagram (radinfadli).Anda juga boleh memilih untuk membenarkan rakan-rakan untuk mengikuti Path anda kerana jumlah rakan yang boleh mengikuti anda adalah terhad.
6. Drop Box
Dropbox untuk iPhone ini adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda membawa semua gambar, dokumen dan video kepunyaan anda ke mana sahaja.Selepas anda install Dropbox di komputer/laptop anda, apa-apa sahaja fail yang anda savekan dalam Dropbox akan secara automatik di savekan ke komputer anda, iPhone anda, dan juga iPad anda.Dekat website Dropbox pun ada. Anda boleh baca dokumen yang anda savekan tadi di mana sahaja anda berada, selain itu anda boleh juga kongsikan dokumen anda bersama teman–teman (kawan-kawanlah).Kalaulah nasib anda malang, tertinggal iPhone dalam teksi atau bas, dokumen anda still ada di Dropbox.Kiranya ada backuplah.
7 Find my iPhone
Aplikasi ini seperti nama dia adalah untuk mengesan iPhone anda yang hilang, ghaib, diculik, dirompak, di curi dan di rampas oleh pengetua sekolah. Aplikasi ini adalah untuk mereka yang mempunyai iPhone 4/4s, iPad, or 4th generation iPod touch (iOS 4.2 atau yang lebih terkini). Hanya perlu sign in dengan Apple ID anda dan turn on Find My iPhone untuk mendapat kedudukan iDevice anda.Mempunyai kebolehan untuk mengunci (lock) iPhone anda dari jauh, dan sekiranya memang tak ada harapan untuk mendapatkannnya kembali, ia menawarkan pilihan untuk mengformat iPhone anda dari jauh.Sobs.
Kita berhenti sampai 7 lah eh?nanti ada masa saya sambung lagi.
*Kepada yang ada pendapat tentang aplikasi apa lagi yang bagus dan bermanfaat, silalah kongsi disini
Sumber Image dari google (kes malas nak print screen ahaks!!)