Telefon dah canggih, n70 di beri nama.Beli ribu-ribu tapi kalau call akan sampai ke suara awek yang setia menunggu.”Hello, you have reached the mailbox for the number,0139444%$ is not available,please leave your message after the tone,beep”.Nasib baik suara awek, kalau suara operator lelaki, tak ke sakit hati.Tapi kan telan lah juga baki kredit yang tinggal rm1.30.Sian dia.*Dia tu dekat sini , aku ler, contohnyer~ kira dongeng bukan betul, atau pun separa betul, ataupun, ish ikut je lah apa-apa pun.
Rasa-rasanya bukan aku seorang pernah alami kes seperti ini, rata-ratanya ramailah sekali.Kalau 2 kali telefon, takpe, kalau 30 kali telefon tapi sama juga.Panaslah juga kan?melainkan ko takde perasaan marah.Dulu aku rasa marah juga sampailah satu hari, sahabat aku Zul, mengeluarkan kata-kata ini, “Takpe, hak kita , kita nak call, tapi hak dia sama ada dia nak jawab atau tak,”benda ini aku ingat sampai sekarang.Zul dengan aku memang lain, ada orang ingat aku air, tapi aku rasa aku api, yang zul ni aku rasa boleh ibaratkan dia macam ice.Sumpah cool.Untunglah Reen dapat ko Zul, cool habis, aku tak, aku hot.Maksud aku , aku api ler,api kan hot..ko runk, nak kutuk ar tu.lol.
Walaupun aku setuju dengan Zul, tapi tak sepenuhnya, walaupun memang hak orang untuk jawab tapi kalau ikut etikalah, kalau ada orang susah -payah nak call , jawab je lah.Mana tahu ada job offer ke, emergency ke, Skim cepat kaya, peluang bisnes ke, tawaran hebat dari celcom ke, haa kita tak tahu.Mungkin juga ada orang nak berkenalan dengan kita, nak berkawan dengan kita, so apa salahnya berkawan?tapi kalau rasa-rasa tak nak, kata je, takpe, kawan saya dah penuh, jadi takde space , tunggulah kalau ada kekosongan saya contact awak balik.Haaa kan senang gitu.* teringat ayat Abeng, saya kalau nak berkenalan kena face to face, memang kesian girl tu sebenarnya hahaha.
Okey itu satu bab lah.Bab yang lain adalah bila call tak diangkat, atau message tak boleh dibalas ketika itu akibat kekurangan kredit, atau bil belum dibayar bulan tu.Apalah salahnya, kita memohon maaf, sebab tak dapat menjawab panggilan ketika itu.Senang je,contoh
“Sorry tadi tak boleh angkat sebab tengah mencirit,”
Orang yang menelefon pun akan macam, “oh ok”.Ini dinamakan peka dengan perasaan orang lain.Tapi mungkin ada orang yang tak setuju dengan pandangan ini, attitude AKU PUNYA TELEFON,AKU PUNYA PASAL AR, SAPA SURUH KO CALL atau jenis yang TAK ANGKAT TELEFON TAPI BILA JUMPA BUAT MACAM TAKDE PAPE BERLAKU pun ada juga.Jangan kata takde, mesti ada, kebanyakan kita kan makhluk jenis penting kan diri sendiri , tak mengaku?tak pe.
Seperti di atas,memanglah hak itu hak kita, tapi kalau benda tu kena dekat kita macam mana?Mulalah emo, tweet semua nak emo, blog semua nak emo, status facebook emo,jumpa depan pun emo, sebab apa?kes “Ingat aku takde perasaan ke?”, “Aku call banyak kali, tapi tak angkat lepas tu, jupa buat donno,” eh tahu pula kita nak marah, tapi kalau kita buat dekat orang,kenapa kita tak terfikir.
Dunia sekarang banyak kemudahan dia, internet mobile ada di mana-mana, smartphone pun ada, tablet berlambak-lambak, twitter ada, facebook ada, komunikasi sekarang bukanlah satu masalah, tak macam dulu kena pergi public telefon.Kalau lah tak de kredit, boleh je kita pergi twitter , tulis, sorry awak, saya tertidur tadi,nak reply tak ada kredit.Maaf ye.Orang dah minta maaf, kita yang dengar, duk tengah panas pun boleh jadi sejuk .Lainlah kalau kena jenis perangai yang “APA MAAF-MAAF?AKU TAK PUAS HATI LAGI DENGAN ENGKAU BANDUAN,” *mood KL gangster,gangster pasar borong SELENGOr~
Jadi kesimpulannya,apabila sesuatu yang bernama telefon itu berbunyi, sila lah angkat.Kerana kita tidak tahu apa mesej yang ingin di sampaikan di hujung sebelah sana.Mungkin penting , mungkin remeh, tapi kesanggupan seseorang untuk mendial nombor itu perlulah di hargai.Kerana kadang-kala, orang di hujung talian tersebut hanya ingin mendengar suara si di panggil, walaupun kadang-kala si pemanggil tu membisu.
By the way, the living of a phone call is one half of a social contract which is completed by the answering the phone call.If that contract breaks down,then all social contracts break down and we descend into anarchy.
FYI:Nina dan Awin , sorry pasal hari ini.
One Response
memang dia dop angkat, la ni dokmain picit butang ijau ja lol