Ramadan tiba lagi

Semalam,bermula rukun Islam yang ketiga dikerjakan oleh Muslim seluruh dunia.Ramai yang menunggu bulan puasa ini,kerana banyak keberkatannya.Boleh dikatakan peluang untuk melipat gandakan pahala.Jadi rebutlah peluang ini sebaik-baiknya, mana tahu ini ramadan yang terakhir.Rugi kan kalau tak buat betul-betul.

Ramadan lepas menyimpan seribu kenangan.Aku betul-betul percaya kalau Allah nak tunjukkan sesuatu dekat hamba Dia, tiada apa yang boleh di sembunyikan, walaupun sekecil kuman pun sesuatu itu.Tapi Dia benar-benar membuka mata aku yang selama ini buta.

Ramadan kali ini, aku berharap akan lebih baik daripada Ramadan yang lepas.First day of Ramadan, menyambutnya dengan berbuka puasa bersama keluarga, sesuatu yang sukar dibuat, sewaktu bergelar pelajar.Sahur bersama, berbuka bersama, solat bersama, indahnya hidup berkeluarga .Jadi kalau sesiapa yang masih mempunyai keluarga, hargailah mereka, sebab kadang-kala kita take for granted things that we have.

Jadi di sini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang sudi membaca entri pendek kali ini.Ini pun tulis sambil menunggu waktu bersahur.jangan pula ada yang berpuasa yang yok.Dan jangan lupa , dalam kita melakukan rukun yang ketiga, kita abaikan rukun Islam yang ke dua.Assalamualaikum.

P.S:Thanks Awin Nadya untuk ucapan anda, I really appreciates it.Hope Ramadan will be great for you too.Kalau rajin sila hantar popia basah itu kerumah saya  :-P .

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

  1. Hee. Semoga ramadhan kali ini menjadi titik tolak perubahan untuk kita semua menuju syurga dan redha Ilahi :) Yoosshhhh! Allah sayang Abang Fadli. No worries :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »