Antara Auto dan Manual

Mula-mula nak tanya, pernah naik kereta tak?kalau pernah naik, nak tanya lagi pernah bawa kereta.Okey salah ayat, bukan bawak kereta tapi pandu kereta.Kepada yang cukup umur tu mesti kebanyakan dah pernah merasa bawa kereta ini, tapi harap biarlah bawa dengan legal, jangan pula takda lesen pergi bawa, itu cari pasal namanya.

Kalau di buat survey , mesti ramai akan memilih auto daripada manual,termasuklah anda yang tengah membaca entri ini kan?itu memang perkara biasa,kalau aku pun prefer auto, tapi bukan bermaksud kita lupakan cara nak guna manual.

Aku sebenarnya tergerak nak tulis pasal ini bukan pasal apa,pagi tadi aku berkomen dengan member aku.Yelah pagi, so nak ajak breakfast pagi tadi,nak pekena nasi dagang dekat area-area sini.Lepas tu dia jawab,ingat senang-senang je ke dia nak drive dekat kuantan ni, jadi aku tanya eh?kenapa pula la kan, takkan nak kena pakai gps ke apa ke kat kuantan ini.Lepas tu dia kata, dia reti drive tapi auto dia tak pernah bawa.Hehehe comey jer aku rasa reply dia ni…aku siap ajar cara-cara gear auto berfungsi lagi.

Sebenarnya dulu aku bawa manual juga.Lagipun bawa manual ni baru rasa bawa kereta, kalau auto tu takde feeling, macam bawak kereta menan, minyak , brek,minyak,brek.Tapi kalau dekat KL aku rasa memang patut kut bawa auto pasal jem dia, aduh, penduduk kota jelah tahu.Kalau manual,memang nak tercabut kaki ini.

Nak di ceritakan tentang pengalaman aku bawa auto ni banyak jugaklah pengalamannya.Mula-mula sekali aku bawa, masa tu aku dengan member aku sorunk ni.Aku stoplah dekat kedai makan ni.Lepas park kereta, aku nak buka kunci kereta, tapi entah pasal apa, kunci kereta tak boleh cabut pula.Kaget kejap aku, apahal pula tak mahu buka.Aku try start balik kereta, lepas tu aku try,tutup balik.Still tak boleh cabut.

Check punya check, baru aku nampak sesuatu yang mengejutkan.Gear aku still dalam D.Kereta tak bergerak pasal aku tarik hand brake.Aku apa lagi, gelak lah kuat-kuat hahahahaha!!! :-D .Okey itu pengalaman first lah aku bawa auto.Second tu pula, aku dengan Sireen.Tengah drive tu, sampailah dekat traffic light kan.So macam biasa , aku yang baru lagi bawa kereta auto ni pun membuat satu perkara yang kelakar.Selalunya kalau samapi traffic light, boleh je letak gear dalam N atau pun tekan break kan?tapi aku dengan handsomenyer telah meletakkan gear dalam kedudukan.P.kena gelak lagi sekali di situ.Jadi peringatan tak perlulah nak letak P dekat traffic lain tahu? :-D .

Okeylah, akhir sekali, tak kiralah, manual ke, auto ke,kalau bawa kereta patuhi lampu isyarat dan jangan langgar sign stop.Tak lupa juga, patuhi tanda isyarat JKR seperti “tak rasa bersalah ke memotong barisan?atau tak rasa bersalah ke membuang sampah keluar kereta.”

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

5 Responses

  1. “Check punya check, baru aku nampak sesuatu yang mengejutkan.Gear aku still dalam D.Kereta tak bergerak pasal aku tarik hand brake.Aku apa lagi, gelak lah kuat-kuat hahahahaha!!!”

    – aku pun pernah alami benda yang sama gak masa memula bawak auto..hehe.

  2. alhamdulillah okay..kepala terhantuk dekat body kereta je..apepon airbag berfungsi dgn baek(walaupon satu pecah)..org ramai yg tgk kami accident tak percaya kitorg selamat..syukur! itula..bila kereta hdpn brek mengejut..kwn yuyu pulak tak biasa auto..dia nk brek tp tertekan minyak..so..kemalangan yg dijangka tp tatao nk buat ape..blurr..hehe

  3. ade satu signboard yg menarik di kota medan..’orang yang beriman tidak melanggar lampu merah’.. hehe

    pasal auto n manual..huhu mengingatkan malam semalam..1st time tlibat dengan kemalangan..sbb kwn tak biasa bwk auto..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »