Pasal kau aku tolak semua

Seperti orang lain, aku juga suka makanan segera.Entah kenapa akhir-akhir ini aku asyik makan Key yeh C.Prefer original dari dulu lagi dan lepas tengok video tu memang aku tak ada selera anak tekaklah nak makan yang spicy, no offense spicy lovers.

Seperti individu lain yang tak ada benda nak buat,aku menghabiskan masa lapang dengan menghirup udara segar sambil ditemani dengan kesejukan dari alat penghawa dingin di kompleks membeli- belah.Tiba-tiba ,telefon bimbit aku berbunyi, ternampak wajah kesayangan hamba terpapar di touchscreen, menandakan dia membuat panggilan.Setelah menslidekan lockscreen, terdengar satu suara di corong sana.

balik bila?

jap lagi abang balik .

…………. jangan lupa tahu.

Okey will do,bye mom.

Panjang lebar pesanan ibunda, sampai tak tertulis aku apa pesanan dia tu.Semasa aku melalui depan Laksa Shack, ada seorang ini menegur aku,”bang tak nak masuk ke, saya tengok abang ni sunyi je, bunyi pancaragam pun da semakin kuat, apa kata abang masuk dalm sini dulu,kita sembang-sembang,” kata pemilik suara tersebut, aku tengok memang hot dan spicy, tapi sebab ibunda dah pesan aku menolak pelawaan tersebut.Rupa dia kecewa habis.Bersalah pula rasa, tapi tak lama.

Lalu pula depan Pizza hut, kalau tadi hot and spicy kat sini berdiri pula seorang yang gempal dan muka berjerawat bagai,tapi sapanya mesra “Abang tak nak try ke?Macam-macam jenis ada, ikut nafsu abanglah nak yang mana,” sekali lagi aku teringat pesan ibunda.Tapi pandai betul dia gunakan perkataan nafsu,haih nafsu , nafsu seronok betul kau bila orang sebut nama kau kan?Tapi teringat pesan ibunda, kalau tak aku dah kecundang dekat situ dah.

Aku dah on the way balik,since aku parking dekat jockey aku pun tak tersengaja ter pass by Starbuck’s.Dekat sini , ada seorang lagi dah tunggu, dia senyum je dekat aku dari jauh, sekali pandang macam siren dalam cerita pirates of the carribean.Belum sempat aku di sapa oleh ‘siren’ itu.Aku disapa oleh seorang yang hitam manis, sekali tengok macam lemak berkrim di sukai ramai.”Hye, are you alone?do you need somebody to accompany you, watching the orchestra together?Ii’m very good at keeping man stay up all night long,’ kata dia dengan gaya seksi memukau.Sekali lagi pesan mak , masuk dalam sanubari aku.”No thank you,”.Aku terus masuk dalam kereta.DUP DAB DUP DAB rasa jantung ni sepanjang on the way balik kerumah.

Apasal aku laku sangat hari ini?mana diaorang tahu pasal pancaragam dengan orchestra?Misteri ni, misteri.Kereta aku terus memecut dalam kegelapan malam di temani dengan lampu-lampu neon di jalanan.Terdapat beberapa budak gila fixie yangduk berlumba di kiri dan kanan jalanraya yang bagi aku agak merbahaya dan mencabar pada masa yang sama.Merbahaya kalau dilanggar kereta, mencabar kewibawaan pemandu untuk tidak melanggar mereka.

Sampai dirumah, aku terus menuju ke bilik.Semasa aku melalui dapur, sekilas pandang aku nampak kelibat dada dengan peha.Aku dah macam eh, apahal pula ni?siapa pula ni?kenapa ada dekat sini.Aku pun masuk ke dapur untuk menyiasat, wah serius memang dua benda tu ada kot, aku apa lagi teruslah memuaskan ehem ehem.tiba -tiba.

“Kalau yer pun lapar, pergilah cuci tangan dulu,tak lari Key Yeh C tu,”kata ibunda kepada aku yang sedang memegang peha ayam original recipe chicken yang sedap.Pasal kaulah aku tolak semua godaan tadi tahu tak?SOrry mee curry hot and spicy, sorry pizza pepperoni dan super supreme yanggemuk , sorry kepada mocha ice blended starbuck, aku cuma follow pesanan mak aku je.

Abis dah ngarut~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

  1. Wah..ingat ape td… statement kate laku tu yang tak boleh blah tu..hehehehe… bro, chip pun Key Yeh C lover gak…hehehehe… teringat dulu ada satu mase beli sampai satu bucket…hahahaha.. mkn sorang beb… hohoho… mase tu heaven btul..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »