Allah masih sayang

Semalam, kepala pening, badan panas, dan tekak loya.Agak-agak mungkin ada baby dalam perut tapi fikir balik, tak mungkin pasal aku lelaki jadi ada baby is out of the question.Semalam juga, hari pemilihan pasukan boling untuk universiti and it was a tough competition since kami bertiga(yang top seeded ) semua dekat -dekat.First block, aku leading, dan second block block serta overall aku jatuh no 2, tahniah kepada diriku, *tepuk bahu sendiri.Dah lama tak main, jadi system semua dah berkarat.

Sir Roy belanja Baskin Robbin semalam, seronok, sebab kalau nak beli sendiri mungkin aku tak beli lah kan, mahal, pilihan aku love potion, sir tnaya “Are you in love?” Aku jawab “Nah, I don’t think so” .Jawapan cliche, kononnya.Balik sampai U, hujan lebat, memang lebat tahap melampau, jadi duduk lepak rumah sir sampai pukul 8 malam dengan Zali dengan Harith, sambil minum kopi panas, pergh terbaik, kalau ada goreng pisang lagi best.

Masa ini aku dah rasa lain macam dah, sebagai seorang atlet, aku memang peka dengan keadaan badan aku, aku tahu bila ada something wrong dengan tubuh badan, mungkin dari pengalaman kot.Dalam 8 lebih hujan dah reda, jadi aku decide nak gerak balik rumah, si Harith teman Sir naik Ofis, bagi ikan makan hehehe.MAsa tengah drive kepala aku dah start berpusing dah, dan tangan aku dah start mengeletar,memang sangat tak seronok keadaan itu.

Sampai rumah, aku gagahkan juga untuk mandi dan bersiap,sempat aku telefon si Wan, suruh beli nasi untuk aku.Selepas lengkap berpakaian, berjaket, berstokin, aku tutup lampu dan terus tidur.Sedar-sedar pukul 11 malam, nasi da ada atas meja, sempatlah aku sumbat 3 sudu, then terus tidur kembali.Aku makan juga 2 biji panadol nak redakan sakit.Badan terus bisa-bisa, adey aku dah lama tak sakit, tiba-tiba sakit, nasib baik exam semua dah habis kan.

Tadi aku pergi klinik, Awin teman.Doktor cakap, aku ada demam, dan dia nasihatkan aku supaya jaga makan , jangan makan ikut suka jer, (mula-mula aku pelik mana dia tahu aku suka -suka tibai makan ) rupanya dia kata kalau awak takde selera pun , awak kena makan juga.Aku minta MC dengan doktor, doktor terus buat muka pelik lalu berkata “eh, awak ni belajar ke atau kerja dah?” AMaflah doktor, muka saya kadang-kala banyak menipu orang,saya tak berniat tapi nak buat macam mana , dah dikurniakan rupa paras macam ini kan….

Lepas tu singgah JJ beli barang sikit, then makan dekat nando’s sebab ada orang tu suruh aku makan dan doktor pun suruh aku makan jadi dah ada dua orang suruh aku makan jadi aku pun makan lah iyerk?Aku sempat beli ubat tambahan paracetamol aka panadol sebagai backup, yelah mana tahu kalau ubat habis boleh lah ada backup.Awin kata tak elok panadol ni sebenarnya, terutama sekali actifast, wah bagus betul, even engineer pun ada pengetahuan ala-ala pharmacist.

Aku pun meluahkan perasaan (perasaan lah sangat) sebenarnya aku cuma bagitahu yang aku dah lama tak sakit, aku pun tak ingat bila last aku jatuh sakit,aku rasa tahun lepas kot, tapi itu sakit hati jadi tak kira lah kot hehehehe.Tiba -tiba Engineer depan aku bertukar jadi ustazah kejap dia kata.

“Itu tandanya Allah masih ingat dan sayang dekat kita”

“Kenapa pulak Awin cakap macam tu?”

“Yelah , sebab Allah perhatikan kita lepas tu Dia cakap, bagilah sikit sakit dekat budak ini,”

“Kenapa?”

“Cuba awak kira berapa kali awak sebut nama Allah time awak sakit?”

“Ha ah, kan..betul jugak tu, kita selalu ingat dia bila kita sakitkan,”

“haa, sebab itulah Allah bagi kita sakit, supaya kita ingat dekat Dia,itu juga bermaksud dia masih sayang dekat kita”

Bila kita sakit, kita selalu ingat dekat Dia, tapi sayang bila kita gembira, bila kita happy, jarang kita nak ingat dekat dia, padahal Dia sentiasa ingat dekat kita walaupun kita sakit atau tidak.

Jadi moral of the story, kalau sakit janganlah merungut, kerana selain dari sakit itu menjadi penghapus dosa ia juga adalah petanda yang Allah masih sayang :-D .

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »