Unofficially a graduate

12 MAY 2011 jadi saksi.12 MAY 2011 jadi penonton.21MAY 2011 jadi pemerhati.Hari ini adalah hari yang penting dalam sejarah perjalanan hidup aku.Aku kini seorang graduan.

Kenangan manis, pahit, kelat, tawar dan sebagainya bercampur -aduk menjadi satu rasa, rasa yang tidak dapat aku gamabr keenakannya.Jikalau anda yang telah melaluinya, pasti anda dapat merasakan apa yang aku rasakan.Di saat thesis di hantar dan lepas dari genggaman aku ke tangan committee, bagaikan satu nafas baru di hembuskan ke arah aku, oksigen, oksigen yang tidak terbilang banyaknya.

Kini yang menanti aku adalah dunia luar yang penuh dengan cabaran, yang penuh pancaroba.Aku bagaikan sang nemo yang comey berenang dari kolam yang kecil menuju ke lautan yang penuh dengan jerung dan tompokan minyak yang orang tidak bertanggungjawab buang ke  laut.Kotor dan penuh cabaran.Aku pernah ke dunia ini buat beberapa kali dan aku mengenali manusia yang tidak terbilang banyaknya dari segi ragam dan perangai.Dunia yang mencabar, politiik tempat kerja yang pernah aku lalui dulu mungkin akan menjadi asam garam hidup, tapi aku akan kuatkan tekad dan semangat untuk mengharunginya walau apa pun jua cabaran yang mendatang.

Berdirinya aku disini berbekal sijil, diploma dan ijazah sarjana muda, sebagai senjata, bersedia dengan peluru-peluru ilmu di dada, akan aku lepaskan ke medan perang yang tidak kenal erti belas kasihan.I have always stick with the quote “All is well in the end, if it’s not , then it’s not the end,”.

Pejam celik, bagaikan sebentar sahaja aku berada di alam universiti, mungkin sekali pejam celik aku sudah berada di alam perkahwinan (gatal na~).Kawan, aku kenali makhluk bernama kawan dari zaman persekolahan sehingga universiti.Aku kenal yang mana kawan sebenar, yang mana kawan makan kawan, kawan gembira dan juga kawan derita.Ya, aku dikelilingi oleh makhluk -makhluk yang pelbagai rupa dan perangai.Merekalah pendorong dan ada sebahagian juga penjatuh (alah yang ajak ponteng kelas, yang ajak tidur, yang ajak tiru assignment).

Kalau boleh aku nak upload semua gambar-gambar sepanjang masa aku belajar di universiti di sini, tapi biarlah gambar-gambar itu menjadi kenangan abadi tatapan aku sendiri (skill malas nak upload sebab banyak sangat).

Kepada kawan-kawan dan lecturer yang banyak membantu, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua, nanti aku buat satu entri khas untuk korunk yer.Kena buat sedikit-sedikit, baru elok.Oklah sampai sini sahajalah celoteh aku.

Yang benar,
Prince of Perlu @Radin Fadli
The man behind the white mask

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »