Simbah – menyimbah asid, hobi baru masa kini

Beberapa bulan kebelakangan ini ribut di perkatakan tentang kes orang menyimbah asid.Apa yang sebenarnya di fikirkan oleh si pelaku?adakah ketandusan idea untuk melakukan aktiviti sehingga mencipta satu trend baru, simbah asid.

Hingga saat ini, tak silap aku dah terdapat 20 lebih kes membabitkan kejadian yang sama di sekitar Kuala Lumpur.Apa kata kita baca petikan yang aku copy paste di bawah ini.Cerita lengkap boleh didapati di halaman polis diraja malaysia.

“Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi. Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika.

Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.

Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT. Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini. Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat yang menjadi sasaran kepada penjenayah ini dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang supaya penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah.

*Sumber: FB Polis KL, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur”

Jadi ingin di ingatkan kepada gadis-gadis di luar sana supaya berhati-hati dan berwaspada terutama dengan penunggan motorsikal yang nampak meragukan.Entah apa nak jadi dengan dunia masa sekarang ini,semakin lama, semakin huru -hara.Moga-moga kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t. dari sebarang marabahaya dan malapetaka.

Ni lah muka si pelaku, kalau jumpa sila hubungi polis yer

Kalau jumpa muka seperti yang dipaparkan di atas ini, sila hubungi ibu pejabat polis yang berdekatan.LUpa nak mention, petang tadi ada satu kes lagi di wangsa maju.Tak pasal-pasal je kena simbah asid, mungkin motif mereka ini untuk suka-suka atau dendam.Tapi kalau dendam jangan lah balas dekat orang lain, balas dekat tuan punya diri.Tapi kalau suka-suka, something is weng weng over here *sambil menunjukkan kearah kepala mengunakan jari…

Ok, apa – apa pun kerjasama anda amatlah di hargai…

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »