Dinner Career Guidance 2011

Hari Jumaat yang lepas merupakan penamat bagi minggu ke 12.Pejam celik, pejam celik dah minggu ke 12 dan tinggal hanya 1 minggu lebih sahaja lagi untuk presentation final year project yang menakutkan.Takut ker?Agak menakutkan jugalah situasi ini.Orang selalu kata, takut kerana salah,berani kerana benar, tapi tak tahulah boleh apply kan tak istilah itu dekat sini.

Pada sebelah petangnya setelah tamat sessi consultation untuk innovation management, aku bergerak pulang ke rumah sewa tercinta yang terletak di pinggir kota.Hujan turun mencurah-curah dengan hebatnya.(Sepatutnya lebat tapi suka hati je nak pakai hebat).Aku menelefon ke kedai cermin mata bertanyakan cermin mata aku yang baru, sama ada sudah siap atau belum, Oh kenapa dengan cermin mata aku?adalah cerita dia.Nak aku ceritain, ye aku tahu mesti korunk tengah cakap cecite ce cite kan?

Dah siap-siap mandi tu, aku penin nak decide nak pakai apa untuk dinner malam ni.Since tema dia adalah hitam dan putih, aku ingat pakai kasut putih dan baju hitam dah menepati syarat.Hurm, I did bring my white pants and white jacket , so malas nakk beria sangat jadi aku pakai jerlah jaket Sub  yang aku beli dengan Adik dulu.Pakai pun baru sekali jer hohohoho.membazir betul kan?

Si saifudin dah call tanya aku dekat mana,time tu baru keluar dari bilik tapi aku text bagitahu dah otw,tipu?bukan tipu, aku cakap tak jelas je,on the way dari mana,itu kita tak tahu kan?Jadi selepas memakai contact lens  (oh , aku tak suka pakai benda alah ini, makes me look like that hideous vampire from twilight,apa nama lelaki tu, Robert P eh?).Jadi aku pakai simple je malam tu, black long sleeve Topman, White jacket Sub,Black Jean Topman, White Shoes Polo and My beloved Cerutti watch.Lepas tu terus heads out ke Gombak.

Pusing kejap area Green Wood nak isi minyak, sampai -sampai, minyak tak ada, apa daaa buka stesen minyak tak jual minyak, ornag tak jual minyak pun boleh jual minyak (if you guys get what I meant).So, it’s time to head out ke destinasi, Nelayan.Aku pernah pergi sini sekali, time tu wedding Kak Hani dan aku ada buat blog entri pasal dia, tapi cari je lah sendiri yerp.

Kita orang sampai dalam pukul 8.On time,memang saya suka on time, not sooner, not later.(Padahal lewat selalu kalau gi kelas lol).Aku mencari kawasan tempat duduk yang boleh duduk, free seating sapa cepat dia dapat tempat best, au punya dekat dengan stage,duduk sekali dengan geng-geng electronic au dan juga pasangan Emcee malam itu (member aku gop lol).

Makanan dia boleh tahan, dan favorite aku butterprawn turut disajikan pada malam itu.Apa yang lebih seronoknya, bebudak meja aku tak makan udang,alergik, malas kupas dan pelbagai alasan lagi.Takkan aku nak kupas udang untuk die orang pulak, (I used to do it for one person only).Memang masyuk lauk malam tu.Ada band dari budak UKM tak silap, boleh tahan dieorang ini main gitar.Terdapat beberapa siri cabutan bertuah di jalankan.Dan guess what?aku memang tak dapatlah kan, memang tak pernah bertuah pun hohoho.Ada juga persembahan nyanyian dari modul 2 CG, tapi nak upload takes time since I need to convert it first,takpe nantilah aku upload,nak upload dalam HD memang besarlah kan.Acara kemuncak pada malam itu,aku apabila time nakumumkan King of the night and Queen of the night.And guess who is your king for that night?Mesa,mesa hehehe macam tak percaya jer.Queen of the night, is my good friend cik Siti yang merangkap Emcee pada malam itu.Oh nak tengok gamabr ke?Sebenarnya tak banyak gambar yang aku tangkap malam tu, bukan apa , aku tak berapa minat sangat tangkap gambar guna phone, and I was too lazy to bring my Dlsr,aku upload sikit mana yang sempat, nanti kalau yang official gambar keluar aku buat entri baru lagi oraite?

Zul,Din,Azim

tomyam
azim
Mima and Hid
Zul and Ca ah
Ama & G
Hadioh =p
The King and the Queen
Kak dayah the vice president

Terima kasih kerana memilih saya ye kawan-kawan , You guys rocks!!!

Quote of the day:kalau saya tak pakai Speck , saya tak kenal lelaki kacak di dalam cermin.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »