Antara iPad dan cinta serta Cermin mata.

Sabtu,sabtu,sabtu bangun pagi sabtu di kejutkan oleh Awin yang bersiap -sedia nak pergi examination.Good Luck, Okey mungkin dah terlambat, tapi ini cerita semalam so all the best for the result.Jangan risau,think positif okies?

Dah bangun tu memang tak boleh nak tidur balik la jawabnya,jadi aku meneruskan usaha murni menyiapkan laporan untuk subjek innovation.Tapi sebelum tu pekena nescafe secawan .Oh , memang tak sesedap yang mak buat, kurang kick orang putih kata.Jap,orang putih ke yang kata kurang kick?bukan orang kita ke yang reka luahan emosi begitu,hish nampok sangat meniponyer.

Keadaan rajin berlarutan selama beberapa jam, dan bila perut mula memanggil-manggil meminta di isi, bukan panggil macam “awak,saya lapar,sila isi saya sekarang, terima kasih” bukan macam ini, dia bunyi lah Kruk krak Kruk Krak, (eh, ni bukan bunyi kunyah cekedis ker? :-( ) Okay saya tak pandai buat bunyi.Kesimpulannya,perut saya lapar.Jadi tanpa melengahkan masa saya ‘memessage’ alah texting si Awien untuk mengajak STOP, kalau breakfast dengan lunch orang panggil brunch tapi kalau lunch dengan makan petang panggil apa?Lutea?LuncTea?TeaLunc? Ah, lebih kuranglah.

Selang beberapa minit, takde minit pun, beberapa saat kemudian saya mendapat balasan (macam buat dosa pulak) mendapat kiriman balas (haa~ baru betul) dari Awien yang setuju untuk ber, ber , ber, ber makan bersama since dia ada di cheras nak tengok orang tersayangnya bermain bola sepak malam karang.KL vs pahang, entah ar dia sokong mana since si kesayangan main untuk KL hohoho.

Tapi ada niat tersembunyi si Awien ni, dia nak minta tolong jailbreakkan iPado dia, okey jer, aku no hal.So, bertemulah kami di Pavilion,KL.Lokasi teppanyaki.Woow memang dah lama nak makan,sebab lama tak makan, jadi baru dapat makan,so makan lah semalam, sejak beberapa lama tak makan kan?Okey.kesimpulannya kami pun berjumpa di teppan untuk makan, Awien ada kejutan untuk aku, (Macam akademi fantasia kan?) “Radin, ko kena tolong jailbreak 2 iPad,” woww, sekali 2 bai, rupanya ada orang dapat iPad untuk hari jadinya.So cuweet~~ Hahaha member punya pasal kau bawak 80 iPad pun aku tolong.So selepas memenuhkan perut, kami bergerak menuju ke Coffee bean.

Singgah kejap dekat main hall Pavi tengok ada pertunjukan.Aku suka tengok teknik persembahan air dia, style kot…jap aku upload jap eh….

httpv://www.youtube.com/watch?v=3ekP1eEkhXg

Haa, setelah membuat rakaman video tersebut kami bergerak menuju Coffee bean.Aku tak reti sangat nak order dekat tempat mahal gini.So Aku follow jer Awien order Banan Chocolate.rasa dia memang superb ar.

banana chocolate

Bila aku buka iPad Awien dan si Axlan, rupa-rupanya dia orang punya iPad dah jailbreak dah.Ok save satu tugas, kira sekarang aku ajarlah Cik Awien macam amna nakguna Installous dan paling penting Cydia kihkihkih..Sebenarnya Installous tu semua orang boleh guna, tapi berbadning dengan cydia, kome kene belajak sikit.Kira kena discover dan dapatkan tunjuk ajar sikit macam mana nak guna.kalau sesiapa yang pandai gunakan cydia mesti faham maksud aku, dengan Cydia terdapat 1001 benda boleh tweak dan improvise jadi, setiap iPad akan kelihatan berlainan dan mempunyai identiti sendiri.

Awien and iPAdzzz

Minah salleh belakang tu kan, dia kan, ehem..ehem..biarlah rahsia….

technician apple di coffee bean lol

Thanks Awien for the banana chocolate!!!Len kali belanja agi …. aku dah addict dengan pisang ni hahaha!!Pelawas terbaik bak kata-kata, kata – kata…er kata..kata ku.

That blue eyes are dangerous, flirting with it might cause you to succumb into endless ocean of blues~~Unfortunately, she will require  a dictionary in order to converse with me LoL…(English-malay dictionary).

P.S:Awin and Awien is two different people.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

6 Responses

  1. at first i wuz like…. bile lak aku kejot ko pg2 tuh…?? hahahaha! thanks for teppanyaki! n extra class ;)

  2. Awin:Eh!!!Takdelah orang gurau jer…. :-P
    Nazz:CEO U should get yourself one …or waiting for the slimmer version of it?hhehehe
    Botak:Aduh bro , janganlah kasi kantoi!!!!!!hahahahaa :-D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »