Kalau jadi robot best kan?Tak perlu pening kepala , tak perlu ada masalah, tak perlu ada emosi, tak perlu makan, tak perlu minum.Tapi in the end, manusia juga yang bertuah sebab manusia sahaja yang boleh masuk syurga, robot tak boleh.
Dua tiga menjak ini, pelbagai masalah timbul sampai aku tak tahu nak buat macam mana dah.Aku tak tahu macam mana nak rasa , aku tak tahu macam mana nak react.Serius aku dah tak tahu.Kadang – kala masalah timbul bertubi-tubi, ye mungkin ini ujian kot pada aku.
Pada mata rakan-rakan dan kenalan aku mungkin di kenali sebagai happy go lucky kinda of guy, tapi tak ramai yang faham apa yang aku rasa dalam dada ini (sambil menepuk-nepuk dada yang berombak-ombak).Cuti raya cina baru ini memang aku nanti-nanti kan.AKu harap aku dapat jumpa dia, Ye ,memang aku dapat jumpa dia, kejap je, 2 minit je, tapi takpe, itu pun dah cukup buat aku gembira.Oh by the way, ini adalah salah satu sebab aku syukur aku bukan robot.
Aku memang gembira dengan bercuti baru- baru ini.Tok, Abg Is akhirnya dah berjaya menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.Tahniah aku ucapkan kepada Tok.satu fasa telah berlalu dalam hidupmu.Majlisnya di jalankan secara sederhana di rumah pihak perempuan, tapi yang bestnyer, lauk ayam goreng dia adalah terbaik.Aku pergi beramai-ramai dengan si Paan,Giant, Zaidol, Capik, Hadi dengan adik aku Iq.Seronok cukup seronok.Petangnya pula, kami menonton Green Hornet, terbaik, memang terbaik.Lakonan bersahaja dari Jay Chou dan lawak selamba dari Seth Rogen.Akuminat Jay Chou , and believe it or not I could sing 2 of his song, Ji Dian Ai,Simple Love dan Kai bu Liao Kou, Couldn’t Say.
httpv://www.youtube.com/watch?v=URz-wKttvWQ
httpv://www.youtube.com/watch?v=pNbmf2ek4fM
Malam, sepatutnya ada kegiatan badminton, tapi cancel pasal court semua cuti raya Cina, habis pusing satu kuantan, tapi memang dah tak ada nak buat macam mana kan.jadi aku balik tidur jer,then pukul 11 malam lepak di coffee Street bersama Kero, Iq dan Adib.
Keeesokannya aku banyak melepak dengan the twins.Sesi berkaraoke dari siang samapi malam berkaraoke.Seronok cukup seronok.Keesokan harinya, ada majlis bercukur anak mak yaya, aku jadi photographer untuk hari itu, tapi sampai sekarang pun belum sempat nak menguploadkan gambar-gambar majlis tu, Oh BTW kalau anda baca, aku nak bagitahu, aku nampak kau berlari dekat luar rumah, tak perlu kot, aku tak makan orang.Kelakar je kau buat macam tu.Ok tutup cite.
Lepas bercukur aku pergi rumah Kak Shida kahwin.Kemudian ikut pergi rumah ain, tengok baby dia yang baru 2 hari.Aku suka baby, aku suka bau dieorang dan aku tak ada masalah langsung nak pegang baby.Maybe that’s why kids senang suka aku kot.
Keesokan hari aku bertolak balik KL,JEM.Memang dah agak tapi tak ada teruk sangat, sedang-sedang jer.Petang aku sempat berjumpa dengan Ai lepak makan jap.Tahniah Ai sebab dah bertunang, semoga bahagia dan emnjadi ibu mithali.Melepas ar doktor-doktor yang minat Ai tu hahaha.
Oh, aku juga dah jailbreak iPhone 4 guna greenpoison,senang jer, tak payah pergi kedai yang nak mengada charge sampai 100 ringgit, buat sendiri jer, DIY.Save sikit duit, kalau tak terpaksa beli dari iTunes.Maaf Steve Job, nanti iPhone % keluar saya akan support Apple dengan emmbeli satu lagi, ye sorry sesangat.
Bunyi macam tak ada problem kan?happy kan?karaoke,kawan dan everything.Tapi bila balik KL, raliti mula mengetuk kepala aku, dah masuk minggu ke 5, masih ada banyak masalah dengan FYP, final year project.Aku dah mula takut, dan semakin berdebar-debar.Hari ini buat pertama kalinya, aku sakit, sakit kepala actually.Dah lama aku tak sakit, tiba-tiba sakit kepala pulak.Aku rasa maybe hari ini aku masih belum properly eat, sapa suruh tak makan kan?padan muka ko dah sakit.Tadi digital design dah dapat assignment, dan minggu depan da kena submit lab report untuk Measurement dan Instrumentation.Minggu depan juga patut kena buat lawatan untuk Inno, dan weekend ini aku ada Kuiz untuk Inno.Kereta aku belum siap lagi, mungkin minggu depan siap kata workshop tu.Macam bertimbun benda dah datang, dan aku rasa sangat strsess.Dah kena start buat kerja dah ini.Oh, hari khamis aku ada tournament boling.Haaaaaa, dah lama tak ada tournament dan lama dah aku tak sentuh boling.Yang aku hairan kenapa semua orang macam tak puas, aku tak join group dieorang untuk bertanding.Aku masuk ini sebagai support untuk kelab sukan, untuk beriadah kenapa korunk serius sangat?And BTW, did you actually believe , if I was to join your team, confirm dapat no satu?Mana ada benda macam tu, takde benda yang confirm dalam dunia ini.Tak faham,sorang-sorang nak tarik muka bila aku bagi tahu aku dah ada team.Ah, ignore jer…
The only good thing nowadays is, I get to tweet with you everyday.Oh please God don’t take this away from me.(Bunyi gedik ork?) hahahahaha sorry can’t help it.