Aku kurang latihan

Bangun,makan tengahari,solat,nak bowl.Aku tahu, banyak sangat cerita tentang boling kan?dengar dulu cerita dekat sini.Hari ini aku merancang untuk bermain boling bersama Adik tapi memandangkan kesihatan Adik tidak begitu baik, aku terpaksa pergi bermain sendirian.

Terdapat 4 matlamat nak pergi ke bangunan hijau, okey, aku tahu dia dah tak hijau tapi aku nak panggil juga Berjaya Megamall tu hijau.Matlamat pertama aku nak beli tiket hantu Mak Limah, okey aku tahu ini bukan tajuk asal cerita sebab tajuk asal adalah hantu kak limah:balik rumah

Tujuan aku tengok cerita ini adalah kerana sifat ingin tahu terhadap filem yang mengutip 2 juta dalam masa 5 hari, aku tak tahu sumber ini betul ke tak, tapi aku terbaca somewhere yang menyatakan begitu.Kalau salah, harap maaf yer.Kemudian yang kedua, aku nak renew locker (haih terbang rm100), ketiga aku nak renew membership ayah aku dan keempat aku nak jadikan score hari ini lebih molek daripada hari semalam.

So selepas settlekan semua benda,aku terus menuju ke gelanggang boling, tapi kali ini aku di temani oleh junior aku Afiq@AJ bersama beberapa budak Puliteknik Sultan Ahmad Shah(Polisas sudah).

Sempat juga ada adegan panas dekat kaunter boling, apabila ada seorang lelaki mabuk datang buat kacau, kononnya nak lane.Aku lalu dekat dia, bau dia macam semacam je, apabila aku bertanya dekat My Jia Jia,Wai Teng memang sah lelaki tadi tu mabuk, mabuk arak.Yang menyedihkannya mamat tu Melayu.Bila Wai Teng cakap lelaki tu mabuk, aku rasa segan tiba-tiba.Malu Dowh, dahlah hari Jumaat , tiba-tiba kau boleh pula mabuk dekat public dan bau beer memang kuat dekat lelaki tu.Kalau siapa pernah lalu depan pub mesti tahu bau dia macam mana.Boleh pula dia selamba je cakap”saya minum, tapi saya tak mabuk” , apa Jadah kau?!!FYI, waktu itu baru pukul 3 petang dowh…Malu sey, serius malu gila aku dengan Wai Teng tadi hurm…

Ok, lupakan pasal tu, orang kata kalau kita tak mampu nak larang guna perbuatan, paling koman pun pakai hati kan… Tetiba aku di sapa oleh si AJ, dah mempunyai business sendiri sekarang, siap ada card name lagi.Bagusnya si AJ ni, muda-muda dah cari rezeki sambilan.

Hari ini buat keputusan untuk bermain sebanyak 5 games.Bukan apa, aku dapat free games harini , so apa salahnya tibai habis-habisan.Hari ini senario lane agak kucar-kacir memandangkan lane belum di oil menyebabkan ia kering dan patchy di sana- sini.Bergelut juga aku main hari ini, dah lama tak main lane kering macam ini.MArkah agak kurang memberansangkan.Nak tunjuk ke?segan pula, tapi kalau tak tunjuk orang kata, kalau best, tunjuk, tak best tak tunjuk so untuk memenuhi permintaan pembaca aku tunjukkan lah juga…

125?!!!hahaha beybeh~

Ok saya tahu saya teruk, eh tetiba saya pula kan?Aku kena banyak buat latihan sewaktu permukaan lorong yang tidak sekata minyaknya supaya dapat memahirkan diri sewaktu pertandingan kelak yang mungkin menggunakan permukaan minyak yang sedemikian rupa.

Selepas emngucapkan salam perpisahan kepada AJ, aku berjumpa dengan Paan.Nampak gaya Kinect ada problem lah, adapula nak kena update version and software.Leceh gile, aku baru beria-ria nak melompat-lompat malam ini, kena macam ini pula, sakit hati juga memikirkannya.

Aku bergegas pulang , tapi teman Abg jap, dia lapar, sian dia hahaha.So lepak makan jap, Ada benda yang kami ceritakan di sini tapi nantilah next post aku tulis.Aku hantar balik Abg, nak balik mandi dan solat dan bersiap kejap lag kang, Ai sampai aku tak siap pula.

Selepas mengenakan singlet putih dan short pant, aku pun tunggu si Ai datang.Anda ingat aku sakit otak ke, singlet putih dan short pant pergi tengok movie hahaha, selepas mengenakan pakaian tajaan pelbagai jenis butik, aku pun keluar dari rumah dan menunggu di tepi tangga.(kepada yang tahu rumah aku macam mana, memang tahu aku reka cerita pasal rumah aku tak ada tangga kah kah kah :-D ).

Dalam waktu yang di tetapkan Ai sampai.Perut yang mula bekeroncong meminta di iisi menyebabkan kami perlu cepat membuat keputusan untuk memilih tempat untuk makan.Ok lapar, lapar di mana nak makan? Di kala waktu ini, Ai yang mempunyai kesilauan mata yang amat tinggi telah melakukan sesuatu yang dahsyat!!!Dia telah memandu, di sebelah kanan jalan raya di sepanjang MRSM!!!Ok, I know that you just came back from U.S but that doesn’t mean you have the right to do such things here in Malaysia.Noty Noty Noty :-P .Nasib baik tak ada pape yang terjadi.

Ai, yang sedang di landa kebluran,sambil tersenyum comel membuat keputusan untuk membawa kami makan di restoran Oh!Bulan.Sebenarnya Bulan je, tapi Ai pepandai tambah, mengikut Ai restoran ini dimiliki oleh ahli gerhana ska cinta.Amboi kawan artis u~

Oh Bulan~Yuna

Ok aku order makan, nasi goreng kampung dan teh o ais limau.Dan mendapat kejutan buat pertama kali nya, nasi goreng kampung aku ada telur dan udang!!!Kalah midnite kalau macam ini, boleh jadi port baru untuk menghabiskan duit.Comel jer Ai makan, “katanya tidak suka Sos Cili”.. hahaha

Selepas itu kami bergerak menuju ke Mega, dan aku pula memandu kali ini sebab aku bimbang nanti lain pula tempat yang di tuju kalau bagi Ai bawa kereta.Sampai di Mega, sempatlah aku berjumpa dengan Manager2 Feekir.com.Sempat juga aku menunjukkan kehebatan parents aku kepada Ai.”Eh, pakai sama green sweet couple” :-D .. Mestilah tengok lah anak diaorang sweet kan?(konon)..Dalam hati aku terfikir eh, aku pun sama colour baju dengan dia, so kita orang ini sweet couple jugalah ke?Hehehe

Sempat menyuruh Si Kero untuk mensnap gambar kami..nak tengok ke?Kejap eh?upload jap ..siap!!!

Ai

haaa comey kan aku?eh, comey kan Ai..?Kan dah kata kawan-kawan saya semua comey-comey dan kalau nak jadi comey silalah berkawan dengan saya :laugh: (lelaki jangan nak gedik macam ini,) tak elok…

So setelah tepat masa untuk ke dalam Wayang, aku pun terus menuju tempat tiket untuk di koyakkan tiket wayang tersebut.*Teringat aku tentang seorang pekerja yang enggan mengoyak tiket untuk aku dan rakan-rakan aku, fikir balik kelakar rasa budak tu.Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Khirun,Agy,syukri dan Am hahaha.

Okey untuk memberi rating bagi movie aku memang tak pandai, tapi aku harap anda semua bolehlah mengunjungi pawagam-pawagam yang berhampiran untuk menyaksikan cerita hantu kak Limah sebab memaang lawak dia tak boleh tahan sakit perut aku gelak.Kalau boleh nak berguling-guling time dalam cinema tu.Pakcik sebelah aku , sorry pakcik, nak kutuk pakcik ini.. Pakcik dekat sebelah aku, kuat betul makan, mula-mula aku rasa dia makan popcorn, lepas tu dia makan cikedis, lepas tu dia makan jagung kot, lepas aku dengar macam kacang, lepas tu togok air,lepas tu dia makan chewing gum, and lepas (aku rasa lah kan) habis manis cheiwng gum tu , dia makan cheiwng gum lagi.Tapi yang agak irritating pasal dia macam blur je tengok cerita tu, lepas tu dia tanya oran sebelah dia, “Eh, ni hantu ker?” , “Eh, apasal jadi macam tu?”,”Eh menda dia cakap?” dan paling aku kesian dekat bini dia kot, yang terpaksa memberi explanation yang panjang lebar supaya pakcik ini faham.Tapi masa dia kunyah chewing gum tu, aku terasa juga nak minta sekeping hahahahahaha….

Balik rumah, aku try nak buka ecitie, tapi dengan sakit hatinya ,tk dapat-dapat..sekarang dah dekat 4 pagi tapi tak boleh juga.Apa ke hei nyer yob?Geram juga aku, bukan apa, aku risau juga result semester ni, peristiwa-peristiwa babis yang mengacau sedikit sebanyak tumpuan aku semester ini.

Oh, sekarang aku menulis blog sambil di temani mereka..

thanks Ai untuk Toblerone "betul dop eja"

P.S: Ai adalah kawan (ayat agy lol)

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »