Siapa yang tidak minat membaca novel, could you please put your hand up?Macamlah boleh nampak kan .. Kepada yang berminat membaca tu baguslah.Dulu aku minat juga membaca ini, novel- novel macam siri Hadi (the hardy boys, detective, bukan wrestling tu), Siri Salma (Nancy Drew) dan beberapa lagi yang aku tak berapa nak ingat, tapi yang pastinya kebanyakannya adalah berunsur penyiasatan.
Kepada yang sempat mengalami zaman gamebook, buku-buku karya Joe Dever, siri Lone Wolf amat popular pada suatu masa dulu (macam tua sangat aku ni), karya beliau boleh didapati internet sekarang kalau anda pandai carilah.kalau sesiapa nak link boleh PM saya yer.
Dulu, saya adalah seorang pengawas pusat sumber, walaupun di tawarkan menjadi pengawas sekolah, tapi saya lebih preferred jadi pengawas pusat sumber.Semua orang ada habit kan yang sukar untuk di jelaskan.Bagi saya, salah satu benda yang saya suka adalah bau buku.Alah, kalau kamu orang semua peka, bau yang boleh dihidu sewaktu kita melangkah masuk ke dalam kedai buku, ke dalam library.Tempat yang paling seronok untuk menghabiskan masa.
Saya ada satu impian.Saya teringin nak ada library dekat rumah, besar,penuh ala-ala Kinokuniya, and then di satu sudut kecil ada coffee section so boleh minum coffee sambil membaca buku di hadapan tingkap yang menghadap ke laut dan titisan hujan renyai-renyai menitik di atas permukaan tingkap sambil saya menghirup coffee yang panas di selangi dengan sumbatan pisang goreng yang rangup dan sedap..OK OK saya dah tersasar jauh dah saudara-saudari.
Daripada Lone wolf saya beralih kepada novel seperti Harry Potter, Lord of The ring trilogy,Narnia, dan karya-karya Dan Brown seperti the da Vinci Code dan Angel and Demons, Siri Twilight dari Stephanie Meyer.Semasa praktikal di kuantan, saya sempat menghabiskan Siri Percy Jackson.Sekarang ini pelbagai jenis novel boleh di dapati di internet melalui Ebook.So kepada sesiapa yang ada smartphone tu boleh je download dan mula membaca.
Sekarang tengah try nak baca karya Sophie Kinsella.Alah yang fofular dengan cerita Confessions of a Shopaholic tu.Kalau orang tanya genre yang saya minat, saya tak ada yang khusus, selagi jalan ceritanya tu boleh layan, saya akan terus membaca.Lagipun, adalah benda lain nak buat selain menghadap 360 dan laptop kan?Lebih bagus adalah I can avoid myself from swearing over the net when someone from Finland shoot me in COD: Black Ops.Buat tambah dosa je main game.Kalau kepada yang gamers tu tahulah apa yang saya maksudkan.Jadi beralihlah kepada membaca novel yerp kawan-kawan ..or not :-D
2 Responses
hye..boleh saya dapatkan link buku-buku karya Joe Dever, siri Lone Wolf…thanks ^_^
iza boleh dapatkan dekat sini,http://www.projectaon.org/en/Main/Home