Nak berbicara tentang sikap

Nak kongsi pengalaman sikit di sini iyer… baru-baru ini aku pergi menemani ayah aku ke salah sebuah shopping complex dekat sini.Ayah aku berhajat pula nak membeli smartphone keluaran apple memandangkan handphone nokia n70 dia dah rosak.So, kami singgah lah di sebuah Maxis centre.

Dah tengok kami terjenguk-jenguk tengok display , seorang promoter berbangsa Cina datang menghampiri kami.So, ayah aku pun tanyalah pelbagai jenis soalan tentang iPhone 4 ni.Panjang lebar penerangan promoter ini bercerita, dari advantage pelan sampai ke pakej , tentang kelebihan beli pakej dari beli set phone sahaja.Dekat setengah jam juga promoter tu memberi penerangan, sampaikan ada sepasang couple ini pun turut sama join dengar.Aku pula sibuk tengok casing baru, mana tahu ada yang berkenan boleh lah juga aku beli.

Selepas beberapa ketika ayah aku meminta diri nak beredar , ye lah nak survey-survey kedai lain pula, so promoter tadi tu pun sambil tersenyum mengucapkan terima kasih, dah lah kita tak beli, dia penat bercakap, dia pula ucapkan terima kasih dekat kita.So, aku continue keluar dari maxis centre berkenaan.

Pusing-pusing jumpa pula kedai Dg, so drop by lah kejap, sambil tengok telefon yang dalam cermin display.Berbeza dengan kedai maxis tadi yang promoternya bergegas menawarkan bantuan, yang sorry to say, dua mangkuk staff dekat dalam Dg centre ini, buat don’t know je, dah lah kedai ini tak ada orang tapi  bila nampak customer tak ada pula nak datang sambut, angkat muka pun tidak sampailah ayah aku pergi ke meja dia bertanyakan tentang telefon.Aku dengar separuh je conversation, sampai aku dapat info yang Digi jual lebih mahal daripada maxis, aku pun keluar dari kedai tersebut.

Memandangkan tak jadi beli, so aku sekeluarga pun pergi ke kedai makan untuk mengalas perut yang memang tak beralas dari pagi.Dekat meja makan tu ayah aku katalah, yang dia terasa juga dengan layanan staff digi tadi.Aku pun macam eh, kenapa pula kan… layanan staff digi tu berlainan sungguh dengan layanan staff maxis tadi, yang staff DG ni macam layan endah tak endah je.Aku dengar pun agak berasap jugak lah, dah ko bukak kedai tu nak jual product buat lah nak jual product, ikut hati nak je aku report ke management Digi pasal staff dia yang sorang ni.

Cerita lain pula, baru ini aku pergi ke boling , nak training aunty aku (kononnya lah kan ) .So, seperti biasa aku minta lane kami supaya open ( open bermaksud, kita boleh bermain sebanyak mana game pun tapi bayar kemudian).So tak ada masalah di situ.Tengah-tengah main tu, sepupu aku, si kerol dengan hanif nak main juga tapi dia orang nak buka lane sebelah.Aku pun suruhlah si kerool open lane sebelah.Selang bebrapa ketika, kerol datang then merungut “apa dia ingat kita tak ada duit ke nak bayar?”Aku yang kehairanan pun macam “apasal ni?” “lelaki pakai spec tu tak bagi buka, dia kata ramai orang lari tak bayar”.. nasib baiklah makcik aku tak dengar, kalau tak sure kena smash mulut celupar dia.Aku pun pujuk kerol dengan hanif ajak main sekali dengan mak diaorang, saja malas nak cari pasal.

Bila tiba time nak bayar, aku pun tanya dekat seorang mamat ini “Bang, tiket parking ini boleh cop ker?” (FYI, aku dah main dekat alley ini dekat 12 tahun, and sejak dari dulu boleh cop je tiket parking).. so jawab mamat tu “tak boleh,”sambil tersenyum, aku macam “oh, tak boleh eh, dulu boleh,” dengan lancangnya dia reply balik “Oh, kena tanya orang dalam office , Alah bang, tiket parking rm1.50 jer,”.Aku pandang slack je dekat mamat ini, yelah mungkin budak baru kot… aku nak cakap dekat sini ,memanglah harga tiket parking tu rm1.50, dari dulu lagi dah harga macam tu, tapi kalau boleh cop, tak payahlah nak membazirkan, and satu lagi kau ingat bangs%t sangat ke tak boleh nak bayar rm1.50 tu.. parking area KL pun jauh leih mahal daripada tu pun boleh bayar jer, tapi kalau boleh dapat kurangkan jumlah tiket parking tu apa salahnya.Contoh dekat jusco kalau ada jusco card boleh dapat free 2 jam tak silapaku, and kalau dekat pavilion ,pembelian atas rm200 boleh dapat parking free 2 jam.Kenapa nak bayar benda yang boleh kita jimatkan?

Yang menyedihkannya, semua benda negatif dari promoter sampai ke staff boling tu semua bangsa aku, bangsa Melayu.Berbeza sungguh, kau orang kalau dibandingkan dengan promoter berbangsa Cina tadi.Aku tak kata semua orang Melayu macam tu tapi tengok lah , 3 insiden negatif membabitkan melayu.Dia orang ini patut kena ubah perangai, mana boleh layan pelanggan macam tu, nasib baik insiden tu kena dekat aku, kalau kena dekat kerabat ke, dato mana ke, tak ke kau orang yang susah.So fikirlah sendiri yer…

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

3 Responses

  1. dia rase tu bukan kedai dia.kalau bankrap pon ape masalah dia sebab tu dia buat camtu.
    org2 camtu, keje camne pon , camtu jugakla perangai nye nnt.sebab org2 camtu la org melayu kat takuk lame lagi..hmmm…

  2. totally agreed wif u…i think mmg normal kot ‘melayu’ macam tu…mcm biased sikit bab2 gni…ntah le nape kan…one thing yg i realized here, all the branded shop boleh main redah masuk and layanan pon first class..xde kira mampu beli ke x…layanan still sama…padahal kadang masuk bukan apa, just nak panaskan badan yg sejuk..hehe…but dorang still layan baik je…even kita cakap,it’s ok..i’m just looking…tp dorang xkisah pon…siap cakap, if nak ape2 nak tahu or nak dorang explainkan…they will do it…and kadang dorang siap suggest lagi…make a survey first and pastu baru make a decision nak beli ke x…hhhmmm…mentality kot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »