Look out!!!!!

Okay kali ini nak bercerita tentang makan.Saya suka makan, siapa tak suka makan kan?Ok nak cerita pasal hari inilah dulu before cerita pasal semalam.Hari seharian keluar dengan parents since Iq akan memulakan sessi barunya pada hari isnin ini.Bercerita pasal pointer kedengaran agak kecewa adik kecil aku ini apabila tak mendapat dean list tahun ini.Tak apa, keep up the good work boleh lagi tu..kalau abg boleh takkan adik tak boleh dean list betul? :-D

So singgah sebentar hantar ubat dekat rumah Aunty Yah.Oh, leka benor saya tengah berendam dalam swimming pool dekat rumah sewa tadi, tetiba mak tercinta call kata dah sampai tol gombak.Mencit cit aku berlari bersiap segala, emnyarungkan baju turtle neck yang baru di beli dengan seluar jean twister dari butik Topman (semangat nak bercerita pasal baju benda nak pakai kan).Cepat-cepat sarung kasut onitzuka Tiger kesayangan aku dan bergegas turun.Minyak wangi davidoff aku dah hampir habis, rasanya tinggal dalam beberapa titik lagi kot, nasib baik aunty Zura bagi perfume Ck untuk birthday, so HEY, I got another perfume.Cuma aku tak berapa minat CK ini, thank you btw, buat susah-susah jep.

Singgah sebentar beli pisang goreng atau goreng pisang.Terkejut ibu aku dengar harga pisang goreng 5 rm1, katanya di kuantan, still 7 rm1, tapi mak jangan terkejut depan rumah abg tu, rm 1 dapat 3 keping je tu.Rasanya pisang platinum kot tu yang mahal sangat tu.

Singgah dekat rumah aunty Yah, sempatlah berborak-borak dan tengok video german lakonan sepupu aku Fiq, project untuk bahasa german dia.lawak dowh, beberapa kali aku tengok memang tergelak,nanti kalau ada masa aku upload kan yerp.Pada mulanya aku ingat nakk round bandar usha harga kinect.tetiba semalam main dekat cineleisure bersama Abeng , terminat pulak dengan benda alah ni…

Malamnya waktu yang di tunggu-tunggu.Makan time.Sorry kepada Fiq,Mina dengan Anis pasal tak boleh join makan dekat murni.Maybe some other time yar.Malam ini destinasi aku eh saya adalah di sini

look out point

so menu malam ini adalah jeng jeng jeng…western food as usual.Apa dah lupa asal usul ke asyik makan western ni?memula nak order nasi goreng tapi bila tengok orang sebelah makan steak tetiba nak makan makan steak pula.(cakap jelah ko memang nak steak kan) So ditanya pula, nak daging Argentina ker nak daging Australia, aku minta Argentina pasal nak merasa daging lembu yang jauh sikit, tapi pelik apsal argentina punya murah skit dari Australia?mungkinkah argentina punya kurang berkualiti?next pergi lagi order yang australia ar gini. Untuk selection air, aku nak pilih ice lemon tea kesukaan tapi tengok tak ada and harga teh ais agak melampau yang emnyebabkan ada keinginan untuk bah uncang teh boh sendiri hahaha walaupun bukan aku yang bayar tapi aku rasa agak ralat juga nak order benda yang macam tak berapa suitable dengan price dia..So aku pilih lah soursop+ blue… bunyi dia sedap , rasa dia agak sedap lah…

Combination kedua-dua benda ini meang terbaik.Sempat juga aku merasa sphagetti carbonara (yeker eja gini) yang si Wa makan.Rasa boleh tahan tapi aku cepat muak dengan cheese, prefer bolognese hehehe.

cousin busuk kesayangan aku

Finally, lepas dah habis makan-makan tu si chef datang dari kitchen dan menegur aku yang baru sahaja habis makan.

“what are you eating sir?lamb?”

“rib eye steak”

“oh, its a girl, I know it because I slaughter it myself,”

“really?no wondered he’s loves it” sampuk aunty yah aku…

“yup, after sembelih with start with bismillah, hehehe so hows yours?”

“great, thanks, it’s very delicious,”kata aku yang tersenyum comel..

“what’s your name Sir?”

“Fadli”

“That’s a nice name, I Ali Baba from pakistan, I will remembered your name Sir'” kata dia sambil tersenyum lagi.

aku tak tahu nak respond menda, senyum je lah balik.

“I craved your name onto my heart, and please come again sir,” satu meja gelak2. :laugh:

“hahaha, that’s so sweet of you, thanks,” tersenyum lagi sambil ternampak barisan gigi aku yang tersusun rapi tanpa sebatang pun yang tersembul keluar.

Aunty yah kata si Aman rajin layan Ali ini, and no wonder, bebudak yang jaga parking dekat sini macam kenal Aunty yah, diaorang selalu mari sini.So lepas dah habis makan aku gerak balik rumoh….

Oh, oh, lupa nak cerita pasal semalam..So semalam keluar dengan Abeng dan adik-adiknya, Alia dengan Adriana.Aku singgah ambil Pah kejap then we head straight to the curve.Aku punya target , meatball lah apa lagi, sedap dowh meat ball dekat sini, datang lah IKEA makan , you gotta love it, except for Pah yang takleh makan daging.Hurm baru rasa nak belanja VS hahaha, sekarang VS dah tak berapa dah,kan aku baru makan hari tu.So pergi beli tiket Harry Potter (again~) si Ana nak tengok sangat, ikutkan jelah budak comey ni, kata baru dapat 5A so hari ini hari dia, (boleh jadi abang mithali aku ini 8-) ). Pilih pukul 7.45 malam..yelah lepas maghrib afdal sikit , takkan nak tengok time maghrib kan, tak molek orang kata.

So sambil tunggu nak masuk wayang tu, aku sempatlah lalu depan kedai video games dengan action figure.Bebudak perempuan ini pelik tengok harga patung yang sampai ribu-ribu, yelah collection item buka toy terang Abeng dengan muka serious.lalu pula depan kedai video games, ternampak Black Ops, hurm tunggu lah aku tibai kau dekat X BOX nanti kat ktn.Ada satu benda yang menariik perhatian aku, aku tengok ada budak ini terlompat –lompat main depan television.Agak hairanlah sebab kalau nak kata main Wii (aku pernah pinjam benda ini dari Abe Taufiq) patut ada controller so aku pun tengoklah betul-betul.Rupa-rupanya ada kinect for Xbox 360, atau aku kenalinya sebagai Project Natal.Agak gempak jugak.So aku baru nak try juga seround dua dengan Abeng tapi tetiba datang dua orang remaja yang agak kacak lintas kitaorang so sempatlah di rakam aksi dua orang remaja ni.

dua budak comey bermain kinect

so terpaksa mengalah sebab tengok lps 3 round dia org tak puas lagi… Tapi tk lama selepas tu, budak dua orang ni beredar dan datang pula 3 orang gadis nak try main.Aku yang memang suka tolong orang ini pun tolong mengajar , si Abeng tk henti -henti menjerit “Dia tak kerja situ,” ” Add Radin Fadli dekat facebook” terima kasih abeng you have made me famous aduyai… Lepas aku tengok macam dia orang boleh handle jep, aku pun chow lah..lagipun cerita dah nak start. Tetiba Abeng cakap, budak tu follow ko dari Ikea dowh…ler patut ar rasa familiar pasai diaorang ada dekat meatball court tadi…Awatla hang tak habaq kat aku awai-awai?ngeh~

Lepas balik tu,kitaornag singgah dekat kedai kayu.Pelik bunyinya kantapi gitulah nama dia kedai kayu original nasi kandar.nasi kandar bai, sodap , aku yang kelaparan order nasi kandar kuah ayam madu, rasa dia memang tak boleh tahan, tak boleh tahan sampai aku yang suka snap gambar ini tak sempat nak snap gambar nasi pasal semua dah tak sabar nak menyerahkan diri kepada perut aku hahahaa… tetiba datang satu benda yang pelik tapi benar, roti tisu Pah..Sekali tengok macam roti , dua kali tengok amcam ikan..so korang judgelah sendiri.

Pah main cak cak dengan Ana

Pah cuba berain cak – cak dengan Ana tapi aku tak dapat tangkap gambar semua pasal wide lens untuk iPhone aku tertinggal dekat rumah….Ni second attempt aku untuk menangkap benda ajaib ni..

Aku cuba angle lain, tapi still tak dapat nak tangkap the whole meja.ketidakecekapan aku menyebabkan mata Alia bertukar menjadi undertaker sebentar.Hehehe sorry, abg fadli gurau jep :-P .so kalau sesiapa yang berkesempatan datang ke kta damansara sila lah ke kedai kayu ini untuk memesan ikan bukan, untuk memesan tisu roti  no  what I meant was, Roti tisu.

Seketika kemudian, ayah dan ibu Abeng sampai memeriahkan suasana.Seronok dengar mereka bercerita tentang majlis perkahwinan tadi, for once Im enjoying myself seeing others couple being nag by the elders , out of spotlight for once in a while okay gak…hahahaSempatlah mendengar pesanan uncle dan aunty pasal pelajaran.Mana-mana parents pun yang aku jumpa selalu cakap benda yang sama, so thats prove that its an important subject.have fun in Japan yar to both of you, fadli nak ikut tapi bulan 3 diriku tak ada cuti…kenapalah offer datang bila aku tak cuti ngeh~~~So lepas menghantar Pah dan Abeng balik, aku meredah kehujanan di malam hari sambil di iringi lagu frankie J obsession…..

Tamat~~~~

dah macam novel pulak hahaha…

*P.S Orang damansara memang lawa – lawa ke?

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »