in , , ,

Trip ke Universal Studio Singapore May 2013

Mungkin ramai yang dah berpeluang mengunjungi USS sejak ia mula di buka.Sepupu saya dah 4 kali pergi ke tempat ini.Kalau dah 4 kali, confirm mesti best kan?Jadi minggu ini saya berpeluang untuk mengunjungi USS buat pertama kalinya.

Untuk mengunjungi USS ini, saya highly recommend anda semua untuk mengambil pakej yang sama seperti saya.Pakej yang saya ambil merangkumi, pakej penginapan 3D2N di hotel New York di JB, transit pergi balik dalam coach VIP (siap ada kerusi urut tahu tak? ambil di hotel pukul 8.30 pagi, ambil di USS pukul 7.30 malam) voucher makanan berharga $15 (Sing Dollar), voucher $5 untuk merchandise , voucher $5 untuk snack hanya dengan harga rm363,murah kan? *untuk yang voucher makanan tu berharga $15 tu, sebab makanan yang saya makan harga macam tu, ada beberapa pilihan makanan lagi (makanan halal di kawasan Madagascar).

Sebelum itu nak cerita sikit pengalaman dekat Hotel New York ini.Bilik mula-mula yang kita orang dapat dah okey cuma ada masalah untuk mendapatkan pautan wifi.Jadi selepas hectic argument dengan reception (takdelah hectic sangat, tapi sebagai customer kena menggunakan hak sebagai customer lah kan? *Nowadays semua orang nak cakap pasal HAK kan~) kami dapatlah bertukar bilik kepada yang lebih selesa.

radin1 radin2Di tukar kepada

radin3 radin4Hari di USS sangat seronok, dia punya seronok siapa yang dah pergi mesti tahu betapa seronoknya USS ini.Lebih dari seronok, mungkin 2 ronok atau 3 ronok.Jadi mula – mula sekali, saya ikut ‘tourist guide’ saya si Nazz. Dari Madagascar sampailah ke Transformer the ride.

Depan Globe USS wajib kena tangkapRide Pertama,boleh skip, sesuai untuk budak kecilTempat nak claim voucher makanan,ayam grill okeyMelawat rumah Shrek, tapi dia takde dekat rumah pulak

far far away castle , orang sebelah tu nak tangkap gambar dengan saya tapi malu, so interframe dengan selamba jep

Dekat sini boleh tengok Shrek 4D, kemas juga.Kalu donkey bersin siaplah anda nak kena hingus dia hahahaha!

Hollywood

Tempat Sesame Street Crew Perform Sesame Street performingJom layan Dinasour Velociraptorbumblebee Transformer the Ride

Transformer the Ride ini memang KENA naik!Serious kena naik.Ada orang naik sampai 8 kali.Aku rasa dia pakai lane single rider.Dekat bawah ini ada video, tak tahulah macam mana dia amik masa dalam ride ini, kecuali dia dah berpuluh kali pergi.Semua perasaan ada masa naik ride ini, debor, serun dan excited.Video bawah ini boleh kira spoiler, jadi lebih baik jangan tengok.

httpv://www.youtube.com/watch?v=8FUxZ9edjXA

First time aku beratur dekat satu jam , 15 minit.Itu pun, tiba tiba perut buat hal, jadi nak tak nak terpaksa juga keluar nak cari toilet.Dengan selamba aku keluar ikut staff exit terus end up dekat ‘backyard’ diaorang.Tempat ini guest takleh masuk, mungkin akulah first guest yang sampai dekat sini.Pusing -pusing , nasib baiklah jumpa ada aunty yang kerja dekat Shrek 4D, dia yang tunjuk jalan dekat aku, siap ajak naik bus untuk pergi ke Shrek Castle lagi.Mula-mula dia ingat aku staff baru, bila kau cerita tentang kisah aku tadi, dia gelak je.

baru siap membeli belah dekat madam bassiel Dekat sini ada musical performance

httpv://www.youtube.com/watch?v=Ln7o8pVimyw

fountain Hollywood mana lu tokey kedai menunggu bus SIng Dollar tak cukup kena buat loan dulu waterworld

Bawah ini video tentang performance dekat waterworld.Terbaik tak tipu! Ada letup letup, ada tembak-tembak.Bawah ini bukan video aku, video aku malas nak upload hahaha.Untuk kawasan biru anda akan basah kuyup, serius tak tipu, kalau anda dekat kawasan hijau, anda akan basah sedikit, (tapi sama kuyup je aku tengok), dekat kawasan coklat, memang tak akan basah langsung.Jadi pilihlah tempat mana anda nak duduk.BTW heroin time show aku jauh lebih lawa dari yang dalam video ini.Serius tak tipu dow.

httpv://www.youtube.com/watch?v=7Fg-mRvpk8M

mr frankieakan datang,ADDAMS FAMILY

tunggu botAku tak banyak sangat nak cerita pasal USS sebab dah banyak sangat entri pasal USS yang korang boleh jumpa.Tapi yang paling penting aku nak cerita, kalau korang dalam tight budget, bolehlah try pakej yang aku sebut dekat atas tu.Totally worth it.Oklah, bot dah sampai, Adios, Amigos~

Points PENTING:

1. Pakej RM363 (New York Hotel 3D2N,transit pergi balik VIP Coach,$5 merchandise voucher,$5 snack voucher, $15 lunch(ini vary, tengok apa kita makan sbb dia tak bagitahu nilai lunch tu berapa, $15 tu nilai lunch aku makan,nasi,grill chicken,sayur dan air mineral) 

2. Ride yang tak boleh miss: Transformer The Ride, WaterWorld Show, Light,Camera,Action,(Demo tentang special effect dalam movie) Roller Coaster (Cyclone, Human).

3.Kalau sesiapa nak solat, ada surau dekat area The mummy.Seronok- seronok juga, solat tak boleh tinggal yerp ;-)

4. Kalau tanya nak bawa berapa duit dalam USS ini, bergantung kepada apa yang anda nak beli, since makanan dan ride semua percuma. (Ride untuk express pass adalah $30, kira macam Vip, takyah beratur-beratur) Saya bawa masuk $150 je dalam USS, itu pun tak habis lagi.So pandai-pandai lah budget yerp.

5.Dekat luar USS ada banyak lagi kedai yang boleh di kunjungi.kepada peminat Hard Rock Cafe, HRC Sentosa ada dekat luar USS je, boleh singgah beli pin ke, baju ke, nak lepak minum ke.

6.Show dalam video-video tu tak sama dengan apa yang aku tonton, mungkin dia ubah dari semasa ke semasa. (Semua video courtesy dari youtube, aku malas nak upload, sebab masa nak amik terlalu panjang, kepada yang tak suka spoiler, aku nasihatkan supaya jangan tengok, pergi experience sendiri)

Kalau sesiapa nak dapatkan contact New York Hotel, boleh pergi ke website dia kat sini. Masuk, tunggu 5 saat, then tekan continue dekat atas sebelah kanan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

15 Comments

Leave a Reply
  1. Pakej tu di buat oleh travel agent, tapi leceh kalau nak deal dgn agent.Boleh call je new york hotel and tanya mereka terus.n

  2. Awak boleh call new york hotel directly, 6073311588 pakej rm363.Pakej mcm yg saya cerita dalam entri diatas.

  3. Hello,awak boleh call new york hotel directly,tel:(607-3311588).Pakej macam saya tulis dalam entri.

  4. Mm..br 2 hr sy blk dr sgapore..trip tpt kja tp xdpt semurah rm363…:( total dlm rm630…stay dkt m suites hotel…1st day ada tourist guide ..dia dtg lmbt plk ostu bg direction silap 2jam mbazir masa dlm bas semate2 nk u turn ke sentosa…dok dlm uss xcukup masa…ride sume long q..nak xnak tpksa q jgk ambik masa sejam lbh br dapat main…hr ke2 rse xbbaloi…tour guide buat hal.nak p merlion xtau kt mne…plan nk pg lg sb 1st trip ni xbbaloi dgn ape yg kte byr..bole x email sy pakej yg u amik..

  5. Jarak dari hotel ke USS mengambil masa dlm 45 minit-1jam.Bas akan lalu ikut gelang patah.Berapa byk nak bawa bergantung berapa banyak benda nk beli.Saya bawa $150 je ke dlm USS.Keychain/Baju semua mcm harga barang kita cuma perlu darab 2.46(ini flactuate) .Kira keychain dalam $5, baju $28, jaket $89.Ride semua free dan mkn boleh claim dgn voucher,klu nk mkn benda lain kena spend lagi

  6. Berapa lama dari hotel untuk ke Sentosa Resort tu? Mahal tak barang – barang dekat dalam USS?planning pergi akhir bulan ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip Vietnam – Ho Chi Minh City April 2013 (Day 4)

Trip ke Bangkok – City of Angel – May 2013 (Day 1)