in

Review: Dongdaemun Neighbors Guesthouse , Seoul

Seperti yang anda sedia maklum, aku hanya berdua dengan Zaidi. Jadi kami nak mencari tempat penginapan yang sesuai untuk dua orang, kira yang sesuai dengan budget kami. Pilihan kami , Dongdaemun Neighbors Guesthouse , Seoul.

1

2a

2

3

Tak banyak sangat gambar yang aku boleh sediakan sebab tak banyak tangkap gambar. Daripada gambar, tak ada apa sangat, tapi inilah tempat penginapan kami untuk 6 malam sepanjang berada di Seoul. Antara kemudahan yang di sediakan di sini ialah:

  • Televisyen
  • Peti Ais
  • Penghawa Dingin (Tak guna pun sebab udara sangat sejuk)
  • Bilik Air persendirian (tak perlu risau nak berkongsi)
  • Check in dan Check Out sistem yang sangat express
  • Ada bilik makan (kalau anda nak masak di nasihatkan bawa perkakas sendiri)
  • Ada air kosong percuma
  • Tempat letak bagasi

Kawasan ini agak gelap apabila malam, tapi memandangkan anda di Seoul, jangan risau , masih selamat. Stesen yang terdekat ialah SinSeol-Dong LINE 2 (Hijau Muda) , EXIT 8. Kalau anda nak naik eskalator, anda perlu mengambil EXIT 4 LINE 1 (BIRU TUA). Di antara EXIT ini pun ada di sediakan lif.

map

Mudah saja untuk ke sana, hanya perlu ikut laluan garis Merah seperti peta di atas dan anda akan sampai. Kepada yang pandai membaca hangul , tempat bintang berwarna hijau adalah Dongdaemun Neighbors Guesthouse.

Sebab aku rajin jadi aku bekalkan panduan bergambar untuk mereka yang tak berapa pandai nak membaca peta.

1

Jika anda berjaya sampai ke EXIT 8 ini dengan jayanya, tahniah di ucapkan kepada anda. Ada dua benda anda perlu tahu, pertama, lelaki itu mungkin tidak akan sepanjang masa di situ, kedua perlu anda ketahui yang SinSeol-Dong ada dua stesen yang bergabung iaitu LINE biru dan LINE hijau muda. Jadi pastikan anda EXIT bernombor 8. Seperti yang telah diberitahu tadi, kalau nak EXIT ikut LINE biru pun boleh, anda boleh gunakan EXIT 4. *Anda akan sampai ke kawasan ini dari LINE biru kalau anda mengambil train dari airport.

2

Keluar sahaja dari EXIT 8 anda akan nampak benda berbentuk seperti roda ini di hadapan anda. Ini boleh dijadikan landmark kalau ada secara tetiba tersesat seperti anak kambing biri-biri yang gatal berlari jauh dari pengembalanya dan sedang mendapat ancaman dari seekor serigala yang lapar.

2a

Alihkan tumpuan anda seketika dari benda yang berbentuk roda itu, dan fokus untuk ke hadapan. Apa lagi, gerakkan kaki anda untuk mula berjalan menuju ke hadapan. Kalau anda setakat fokus sahaja , anda tak mungkin boleh bergerak ke hadapan melainkan anda mempunyai kuasa mutan seperti Profesor Xavier atau Dr Jean Grey.

3

Selepas anda bergerak dari posisi tadi akan melihat kawasan ini. Seterusnya, teruskan pergerakan anda dan bag anda tersebut menuju ke arah lelaki dan ayahnya itu. Pastikan anda melihat ke kiri , ke kanan dan kiri sekali lagi ssebelum melintas. Jangan melintas secara membabi buta, kemungkinan untuk menjadi arwah adalah sangat tinggi kalau berbuat demikian. Perlu di ketahui juga, lelaki dan ayahnya itu kemungkinan tidak akan berada di posisi berkenaan semasa anda berada di kawasan ini, jadi lebih baik menuju ke iklan belon di belakang mereka itu.

4

Setelah melintas jalan raya tadi, dan sekiranya anda telah melihat kawasan ini, tahniah anda masih hidup. Apa yang anda perlu buat ada berjalan sedikit kehadapan , dan eprhatikan papan tanda yang berwarna merah jambu yang comel itu. Jadi bergerak menghampiri papan tanda tersebut.

5

Kawasan ini akan kelihatan melalui pandangan mata anda. Nampak tak lukisan mural di belakang kereta tersebut, anda sudah hampir tiba ke lokasi.

6Akhirnya anda berjaya tiba dengan selamat. Apa yang perlu anda lakukan ialah berjalan menyusuri dinding inni dan anda akan sampai ke pintu masuk utama Dongdaemun Neighbors Guesthouse. Senang bukan? Dah sampai dengan berbekalkan gambar ini tentulah jawab senang kan? Anda hanya boleh check in pada pukul 2.00 petang dan check out pada pukul 11 pagi.

Kalau nak di ikutkan sudah dua kali aku menginap di kawasan SinSeol – Dong ini kerana stesen subwaynya menghubungkan LINE 1 dan LINE 2. Kebanyakan tempat tarikan boleh di capai menggunakan kedua-dua line ini, kira tindakan aku ini berdasarkan strategi untuk tidak membazirkan masa dan wang untuk bertukar-tukar line.

Kepada mereka yang ingin menginap di Dongdaemun Neighbors Guesthouse ini boleh terus membuat tempahan dengan link yang aku dah sediakan atau anda boleh membuat carian dari pautan Agoda yang aku bekalkan di kanan blog. Serius boleh dapat harga yang murah, dan untuk dapat offer yang lebih murah, apa yang perlu anda buat hanya daftar sebagai ahli agoda sebelum membuat tempahan. Just cetak atau tunjuk sahaja bukti tempahan dekat check in kaunter. Senang bukan? selamat menginap!

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Aku sejak 1st time smpi 3rd time tetapppp setia dgn namsan guesthouse…lepak smpi tgh mlm pun still happening myeongdong tuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langkah aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

Sakura Trip Seoul | Gwanghwamun |Samcheongdong