in ,

Raya – raya, entri raya, Tunang azri,Kahwin egy dan bbq

Selamat hari raya , dan maaf zahir batin semuanya.Saya tahu, Syawal dah makin meninggalkan kita tapi baru nak tulis entri raya.Takpe, baik ada dari takde kan?Sebenarnya entri ini bercampur aduk, dari entri raya, tunang sahabat saya azri, kahwin sahabat saya Egy & am dan bbq raya.Kita separatekan selagi yang mampu yerp.

Entri raya 2012

Seperti raya-raya yang sebelumnya, raya tahun ini sangatlah awesome.Kunjung mengunjung antara rumah ke rumah, tahun ini sampai ke Jengka tu.Tak banyak yang dapat diceritakan di sini, biarlah gambar sahaja yang dapat menemani anda semua.

Ok, cukuplah dengan gambar raya, banyak lagi sebenarnya tapi kang upload banyak-banyak habis bandwidth rumah korang pula tengok.Maklumlah semua gambar beresolusi tinggi. (High Resolution orang omputih kabor).

Entri Tunang Azri

Jadi baru-baru ini sahabat saya , Azri telah melangsungkan pertunangannya dengan cinta hatinya Norain.Sweet sungguhlah mereka berdua, bila la saya nak sweet gini juga?okay.Harap hubungan mereka sampai hingga ke anak cucu hendaknya.Hendak anak kacak orang kata letak, nama fadli dalam nya, orang kata, saya tak kata, saya tolong tulis je. Ini gambar sekitar pertunangan. Ditangkap oleh jurufoto tak bertauliah saya dan Izzat hahaha.

 

 

 

Still dalam mood nak scroll?maaflah, nak cerita , panjang sangat nak tulis, nanti korang boring, letak gambar bunga-bunga korang tak boring tgk kan??^^.

Entri kahwin Egy dan Am

Egy , sahabat aku dari sekolah rendah hingga kini, akhirnya berjaya ke jinjang  pelamin.Jadi aku dengan sahabat/saudara ku Nik Azali menuju ke sanggang uoll untuk majlis perkahwinan.Sebenarnya, aku patut pergi majlis resepsi di sebelah malam, tapi malangnya kesilauan malam menghalang kehendak hati (Egy:ALASAN JE KAU TU) hahaha.Betullah, lagi pun Nik tengah standby untuk kerjanya jadi tak boleh lama-lama, apa -apa pun harap, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Entri terakhir adalah BBQ raya 2012.Apa itu BBQ raya?ia adalah acara tahunan yang aku dan rakan-rakan buat sempena hari raya, dan percaya atau tidak team yang membeli , menyedia, memerap, memotong, mengilis, adalah aku, Acap, Mie dan Yed.Untunglah siapa dapat mereka, BBQ terbaik kot hahaha.Event kali ini dibuat di rumah Boy, tahun lepas dekat rumah Yed.

Mula-mula aku dah risau since hujan ribut petir kilat guruh bercampur aduk dekat langit ketika itu.Tapi Alhamdulillah, semakin lama,semakin reda.Apa-apa pun ini je gambar yang dapat aku upload, since most of the gambar(ko tak boleh broken lagi ke?) ada pada Aboo dan aku tak sempat nak ambil.

Rasanya sampai sinilah kita stop, ada rezeki , kita berjumpa lagi, majulah sukan untuk negara.Hahaha.Oklah, minta maaf kerana entri kali ini penuh dengan gambar, mungkin ada yang suka, mungkin ada yang menyampah, mungkin ada yang copy paste gambar nak buat wallpaper,akaun fakers dan sebagainya, buatlah, jumpa nanti , kita saman je.Jadi kalau ada masa lapang lagi akan di update blog ini.Kepada yang berjaya puasa sunat 6 hari di bulan syawal, tahniah.Yang mana berjaya tambah berat badan, tahniah.Saya nampak berisi dalam gambar, bicep makin besar, perut makin lebar, pipi makin chubby.Yang penting kita happy ^^.Hingga bertemu lagi , salam semua.

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenapa masa ini selalu terasa nak terkentut?

iPhone 5 di lancarkan hari ini