in ,

Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 5 Day 3 (Nami Island, Banpo Bridge)

Hari ketiga aku di Seoul, bertarikh 28hb 10 2013.

Tempat yang akan kami tuju hari ini adalah Nami Island!! Aku sengaja pilih hari isnin supaya nanti tak bersesak pula, yelah kawasan tourist kan. Confirm sesak dengan orang ramai yang nak menikmati keindahan Winter Sonata kononnya. Jadi macam mana nak pergi ke Nami Island ni? Susah ke? tak susah pun, korang boleh naik ITX untuk ke sana. Jadi macam mana nak ke sana? KOrang kenalah berhenti di stesen yang ada ITX contoh macam aku , aku naik di Yongsan dan ada juga orang naik di Cheongnyangi dan stesen yang korang nak tuju adalah Gapyeong station yang terletak 63 km dari Seoul.

116

Gapyeong Stesen tempat yang kita tuju!

117Harga tiket adalah 6900 sebenarnya tapi sampai akhir tahun 2013, ada diskaun jadi harga cuma 4800 won (sehala)

ITX ini ada jadual dia, tak silap aku macam setiap satu jam ada satu. Perjalanan dari Yongsan untuk ke Nami Island adalah 55 minit. Dekat Korea ni, dia orang sangat menepati masa, jadi jangan bawa perangai sambil lewa bila datang sini, for sure kena tinggal punya. Kalau nak beli tiket ITX ni, cuma perlu pergi dekat counter sebut Gapyeong Station dan kalau nak lebih selamat sebut juga Namiseon Island hahaha.

118Keadaan dalam ITX yang selesa

Aku sempatlah tidur sebentar dalam perjalanan. Dalam train ini siap ada toilet, ada juga pekerja yang menolak makanan dalam troli , dah macam naik kapal terbang pun ada. Sewaktu dalam Seoul, ITX ini bergerak slow je sampai aku pun macam rasa tertipu jje dengar kelajuan yang di gemburkan, tapi lepas dia keluar daripada Seoul memang ternyata laju perginya. Aku tak sempat nak tangkap pemandangan sewaktu dalam perjalanan. * inilah padahnya kalau berjalan tapi kemaruk nak tidur memanjang.

Selepas 55 minit, kami tiba di Gapyeong stesen, apa lagi kita tunggu mari keluar dan menuju ke Nami Island.

119Gapyeong Station, kalau korang keluar nampak ini, makna berada di tempat yang betullah, kalau takde benda ni, maknanya MU dah sesat~

Ada dua pilihan sama ada nak menapak (mengambil masa 20 minit) atau menaiki teksi (3000 won) untuk ke jeti. Korang rasa kita orang pilih yang mana? haruslah naik teksi kan…. Jangan risau , teksi dekat sini memang sentiasa menunggu , dan korang cuma perlu sebut Nami atau Namiseon Island terus dia orang senyum buka pintu kereta dan menjemput anda masuk. Sekali hantar 3000 won, pergi balik 6000 won, kalau 10 kali dah 60000 won which is rm180, kaya kan? perjalanan cuma 3-5 minit sahaja menaiki teksi.

Sampai je dekat jeti terus pergi beli tiket. Sempatlah aku nampak dua tiga kali orang yang naik flying fox terus ke Nami Island. Rasa macam nak naik, tapi harga dia mahal sangat 60000 atau 80000 sekali naik kalau tak silap aku. Kalau naik feri baru 8000 won, jadi kita naik feri ajer la. Perjalanan ke Nami Island dari jeti lebih kurang 10-15 minit macam tu.

120

121

122

123

124

125

Sampai akhirnya, sebenarnya tak banyak benda aku boleh cerita tentang Nami Island, kecuali dia tempat yang sangat cantik terutama masa musim luruh dan musim bunga. Ada orang kata musim sejuk dia lawa, sebab banyak salji dan nama cerita tu sah- sah Winter Sonata kan? tapi bagi aku kalau semua putih salji apa yang lawanya? tak yelah belum ada rezeki bertemu dengan salji lagi mungkin di masa akan datang. Jadi kalau korang sudi boleh lah scroll gambar ke bawah ni kalau tak mahu, boleh skip je hehehe.

By the way, dekat nami island ada Musolla, jadi kalau sesiapa nak solat tu, bolehlah solat di sini. Dekat sini ada satu je kedai makanan halal, yang di panggil nasi goncang, tapi aku tak makan, sebab time ni aku tengok, aku tak rasa berselera pula, maybe trip akan datang aku akan datang nak cuba pula siapa tahu, rupa buruk tak semestinya tak sedap kan?

126

127

130

131

132

133

159 135

136

137

  139

140

141

142

143

144

145

146

147

148

149

150

151

152

153

154

155

156

157

Kalau korang tercari- cari di mana surau, musolla tersebut terletak di bangunan nami library, dan kedai makanan yang aku cakapkan tu terletak di sebelah kanan musolla tersebut. Korang cuma perlu jalan ke kanan bangunana, lalu di sebelah kolam (kolam berada di sebelah kiri anda, ) dan terus pusing kiri di penghujung kolam dan sampailah kedai nasi goncang. Selepas meronda di kawasan Nami Island, kita orang pun mengambil keputusan untuk pulang ke Seoul. Kalau nak tengok video dekat Nami Island boleh lah tengok dekat sini.

balik- balik ke stesen, aku pun belilah tiket , korang jangan bimbang sebab pekerja dia sangatlah rajin membantu, tapi mungkin nasib aku malang sikit dapat dengan seorang budak ni, dia type laju sangat ( mesin dalam bahasa korea, nak tukar language memang aku tak tahu) so ingat dia ni nak ajarlah cara guna, tapi dia tolong belikan terus. Harga tiket 4600 won (murah 200 won) dan cuba teka, kami dapat tempat yang tanpa seat. Kemungkinan seat habis atau dia ingat kita orang tak mampu nak beli yang ada seat. Beza 200 won je pun, so I’m guessing memang habis seat (sangka baik).

1601 CFO, 1 CEO selamba duduk atas lantai, apa ada hal kan?

Sampai Seoul kami singgah di restoran semalam, untuk makan nasi. Terjumpa pula banyak orang Malaysia dekat situ, dari pakaian macam mereka datang untuk tugas rasmi. Dan guess what, orang Malaysia sangat sombong. Like seriously, langsung tak senyum, apatah lagi nak bertegur sapa. dalam banyak-banyak orang tu adalah seorang akak ni yang tegur juga lah kita orang sebab maybe tengok kita orang duk tertinjau- tinjau. Dia orang memang ada urusan rasmi, tapi aku tak ambil port sangat, mood sudah rosak, tengok perangai yang sombong tu.

Selepas dan mengisi perut kita orang ambil keputusan untuk bersiar – siar di Banpo Bridge, tengok pertunjukan air (water light show) untuk pengetahuan, oktober adalah bulan last pertunjukan ini di jalankan, so kalau korang lepas ni pergi, tak dapatlah nak tengok. Ini pun based on sumber bacaan aku, kesahihannya tak dapat di pastikan sebab aku sendiri tak tanya. Sampai bawah jambatan ni, sempatlah snap beberapa gambar, bateri pun kong bila tiba bawah jambatan ni, sedih~

161

162

163

Kalau nak tengok video light show tu boleh usha dekat sini.

Balik – balik hotel tu kita orang duduk minum dekat lobi hotel, seronok sebab lobi hotel berada di tingkat 30. Aku tengah gigih mencari tempat plug untuk charge camera. tiba – tiba sampai 3 orang pekerja dia datang nak tolong cari plug yang boleh di gunakan, dah lah semua perempuan. Lepas beberapa ketika, aku tengok macam dia orang tak dapat nak buka tempat plug tu ( tempat plug tu ada cover) aku cakaplah ” its ok, nevermind” tapi dia orang tetap insist nak tolong ” no, let us help you” sambil godel godel, hinggalah cover tu buka. Siap datang cakap ” if there is anything that you need, don’t hesitate to tell us”.

Dapatlah aku charge camera untuk sementara waktu, sebenarnya tak penting pun nak charge tu, aku saja je nak charge kalau ada plug tapi mana tahu di layan sampai sebegitu rupa, jadi sebagai balasan aku tangkaplah gambar dengan salah seorang pekerja mereka yang sangat berdedikasi itu. Good nite Sheraton D Cube, Good Nite Malaysia.

164

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Gambar last tu ..macam secocok jer.. :) . Part jumpa Malaysian tapi tak bertegur sapa tu..I am really sorry for you. Takperla, sabar yer.. Nak tanye, berapa lama eh nak spent masa kat Nami Island ni?.

  2. cantiknye nami! jealous tgk pokok merah kuning tu.
    aritu pegi macam gigih je nak carik any trees yg warne slaen ijau..too early for autumn at that time. haha..

    anyway, i think that bridge is supposed to be banpo..not bando. hehe.

    • Baru ni saya pergi lagi, semua pokok dah gondol, tinggal ranting je, daun bertaburan dekat tanah, next entri nanti saya update.Opps! My mistake! It is banpo hehehe, thanks!

  3. wow.. cantiknye suasana dekat nami island..bunga-bungaan dan siap ade gambar film winter sonata tu.. :D thanks for the review ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 4 (Namsan Tower, Cheonggyecheon Stream)

Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 6 (Namdaemun Market , Deoksugung Palace , King Sejong Memorial Hall)