Dah usha entri Venetian?Cantik kan reka bentuk hotel ni.Jadi moving on from Venetian, our next destination is THE HARD ROCK HOTEL.Tujuan utama ke Hard Rock Hotel ini seperti biasa, untuk membeli cenderahati dari Hard Rock Shop.Jom gerak ke Hard Rock Hotel!
Lepas keluar dari pintu tadi, anda akan terus nampak bangunan hard rock hotel, jadi jalan terus je merentasi jambatan ini untuk sampai ke sana.Senang bukan?
Sebelum lintas jalan ini, pastikan anda lihat kiri, kanan dan kiri balik.Dekat sini kalau ada zebra crossing, anda boleh lintas terus (kena juga tengok kiri kanan kiri) dan kereta akan berhenti untuk anda.Kalau dekat tempat kita, confirm-confirm lah kita akan di sajikan dengan bunyi hon yang bertalu-talu ibarat posmen yang datang ke rumah nak hantar bungkusan pos laju.
Kalau anda nampak kereta limosin ini, bermaksud anda berada di tempat yang betul.Bolehlah bergambar kalau rasa nak bergambar dengan kereta yang panjang komain ini.
Akhirnya kami sampai juga ke Hard Rock Hotel Macau ni.Pekerja-pekerja di ruang utama hotel ini sangat prihatin terhadap pengunjung.Masuk-masuk je terus salah seorang sambut dengan senyuman dan tanya “What can I help you with , sir?” jadi anda tak perlulah nak bersusah payah nak tanya apa -apa dekat kaunter.Mungkin kalau ada rezeki nak try juga menginap dekat hotel ini satu hari nanti.
Tu dia kedai Rock Shop dia, aku tanpa membuang masa teruslah membeli apa yang patut di beli.Tak banyak pun beli barang dekat sini sekadar cenderahati untuk diri sendiri dan orang yang terdekat.Nak beli untuk satu kampung kena tunggu lagu Awi Rafael ‘Kalau aku kaya” hehehe.
Tengah nak bayar barang-barang, boleh pula pekerja dekat kaunter tu cakap , awak collect pin kan? .Aku dah terpinga-pinga, bukan tak tahu nak jawab apa, tapi mana pula minah ni tahu aku collect pin?.Aku tak collect pin pun, yang collect aunty-aunty kesayangan aku.Sebiji dah RM50 bhai.Aku tanya pula dia,macam mana dia tahu pasal pin tu, dia kata oh kawan anda yang bagi tahu. Mesti kerja Shuk ni.
*Perbualan tu dalam bahasa inggeris, jangan nak buat pelik pula, macam mana dia pandai cakap Melayu ok? HAHAHA!
Dah habis membeli, tujuan seterusnya nak cari tempat untuk solat.Jadi beralih balik ruang lobi di mana aku di approach oleh pekerja dia seperti tadi.Dekat Macau ini susah sikit,dia orang macam tak tahu je Muslim tu apa,halal tu apa, cakap pray, pun dia macam blur blur.Tapi satu benda aku kagum, dia orang ni sangatlah helpful.Pekerja yang cakap dengan aku , Claudia siap suruh aku duduk dulu, sambil dia tolong carikan info , kemudian selepas 10 minit dia approach aku balik nak inform , dia tengah dapatkan info dari bahagian perlancongan Macau.
Selepas lebih kurang 20 minit kemudian, dia pun bawa aku map Macau (yang aku ambil dekat jeti) dah siap bulat-bulat dah tempat yang patut di tuju.Mula-mula, aku nak try minta ruang kecil untuk solat, tapi dia macam blurry sikit, mungkin tak faham dengan permintaan aku. Aku terus minta dia bagi tahu pemandu teksi tentang tempat yang hendak di tuju.Terima kasih banyak- banyak Claudia, jasa mu di hargai.
Tempat tujuan kami adalah Macau Islamic Mosque & Cemetery yang terletak di Freguesia de Nossa Senhora de Fátima .Bukan main lagi bahasa portugis, boleh dah aku cakap dengan CR7 lepas ni kalau berkesempatan.Tempat dia lebih kurang 15 minit dengan menaiki teksi dan terletak jauh daripada bangunan-bangunan kasino.Agak tersorok juga tempat dia. Bayaran teksi lebih kurang rm12 dari Hard Rock Hotel tadi.
Kawasan Masjid ini kecil je dan terletak dekat dengan tanah perkuburan, bukan dekat tapi memang tanah perkuburan tu sekali dekat sini.
Lepas selesai solat , sempatlah aku berborak dengan seorang lelaki. Menurutnya, masjid ini hanya dibuka pada waktu zohor sampai Isya, kiranya lepas pukul 9 malam macam tu masjid ini dah di tutup.Aku tanya juga pasal Subuh, dia bagitahu , dia orang solat Subuh dekat rumah je.Kalau ada sesiapa yang mempunyai info tentang waktu sebenar operasi masjid ini bolehlah perbetulkan aku, since pihak Hard Rock Hotel pun minta aku inform diaorang balik. Dari gayanya macam bahagian perlancongan Macau pun tak pasti waktu operasi sebenar .
Misi seterusnya adalah untuk ke St Paul’s Ruin.Tak tahu kenapa susah betul nak dapatkan teksi.Aku dapat tahan sebuah teksi pada mulanya, bila aku tunjuk atas peta kami nak ke St Paul, dia boleh respon, I don’t know.Last-last kita orang buat keputusan untuk menapak je ke St Paul.Nasib baiklah si Shuk ada download aplikasi Macau Map dalam iPad dia, memang banyak membantu .Berapa jauh kita orang menapak?tak jauh, adalah dalam 3 kilometer ajer (memang turun 3 kilo berat badan hahaha).
Sebenarnya aku tak kisah pasal menapak ni, dah biasa kalau travel, tapi aku kisah pasal masa.Kita orang ambil masa dekat 45 minit juga nak ke St Paul dari masjid tadi (tak campur masa cubaan untuk menahan teksi).Pasal apa aku cakap pasal masa? sebab bot kami bergerak pukul 7pm. Atleast kena ada sana pukul 6.45 pm, buat terlepas nanti naya, jadi kalau sesiapa nak gi Macau tu, lebih baik ambil waktu balik yang paling lewat anda boleh ambil.Pemandangan malam dekat macau sangat cantik, dah umpama berjalan di Las Vegas dah.
Kalau nak tengok jarak antara masjid(HIJAU) dengan st paul (A) ini lah lebih kurang.Trip kali ini pun tak sempat nak ke Senoda Square yang terletak berdekatan dengan St. Paul Ruin tu.
Selepas 45 minit or so, akhirnya sampai juga kami ke St Paul Ruin yang tersergam indah.
Selepas ber cam whore (terma orang sekarang ) , kami terpaksa bergerak menuju ke jeti.Sempatlah bungkus starbucks untuk menghilangkan dahaga selepas penat berjalan.Esok dah nak balik Malaysia dah.Tambang teksi dari St paul ke Jeti lebih kurang Rm12.
7 Responses
makanan halal kat macau ada x?
ada , tapi tak banyak choice sangat di macau.
Hahaha agaknye driver (bus/taxi) kat Macau suka jawab xtau. Masa saya haritu, tanya bas tu ke A-Ma temple ke x…dia jawab I dont know gak. Sibaik memang dah tau # tu betul cuma nak kepastian je.
itulah pasal, bila cakap pasal pray, mosque, church, dia orang macam blur je. Tapi nasiblah dapat juga berjumpa dengan masjid tu, agak jauh juga dari bandar.
Thank you very much for dropping by my blog.
wow, awesome blog. nice place and bestnya dapat melancong seluruh dunia :)
Terima kasih sebab sudi drop by