High Noon- benda apa yang best sangat dengan High noon ni?

Tengah membaca newsfeed di FB baru-baru ini, aku ter come across, status update daripada Adik.Nampak selok bebenor mengupdate status tentang satu aplikasi yang bernama High Noon (sampaikan Anis yang comey pun menghantar komen “HIGH NOON” dekat adik) Jadi memang curiouslah dengan apa sebenarnya benda alah high noon ni.

Setelah membuat beberapa pertanyaan di kaunter pertanyaan, aku telah mendapat infomasi yang mencukupi untuk mengesahkan apa yang sebenarnya di panggil HIGH NOON ini. Ia adalah sebuah permainan online khas untuk iPhone dan juga iPod Touch.

Tiada benda yang lebih menyeronokkan daripada bermain dengan permainan video yang boleh menyebabkan anda addict dan boleh bermain dengan rakan-rakan , kawan-kawan, jiran sebelah rumah pada setiap masa dan ketika,samada tengah tunggu bas,tengah tunggu gf pakai make up,tengah beratur untuk ke tandas ataupun menunggu untuk membeli tiket konsert rossa.

HOwdy

Untuk pengetahuan anda , High Noon adalah real time multiplayer game,oleh itu anda memerlukan capaian ke internet (pergh capaian, dah macam capati pulak hohohoho) untuk bermain permainan ini.Rasa-rasanya permainan ini adalah antara ynag terbaik untuk iOS.Tak kisahlah kalau anda sekadar nak duel dengan rakan untuk setengah jam ataupun nak menyahut cabaran kawan-kawan untuk duel, aku pasti ramai akan selok nak jadi cowboy lepas ini.Untuk memenarikkan lagi keadaan, game ini di offer pada harga yang sangat murah, FREE..ya , you heard me right, FREE.

Kita akan bermula dengan level 1 gunslinger yang, botak, tak handsome , boring, tak cool dan gigi mancung, OKEY takde gigi mancung (tapi gigi mancung boleh dibeli di kedai untuk pengubahsuaian and believe it, there’s a section for PLASTIC SURGERY in the game), dan sepucuk pistol 6 peluru bersama dengan anda.Tapi bayangkan dalam beberapa hari bermain anda akan boleh berpakaian seperti santa clause dan membawa  sniper rifle, dan membuat pelbagai style rambut yang menarik dan pelik dan tertarik dan debomm~.Permainan ini berfungsi dengan satu sistem yang amat mudah, semudah ,mudah.com .Mula-mula anda akan ditempatkan di lobi bersama dengan pemain yang mempunyai level yang setaraf dengan anda, dan dari situ anda boleh mengajak mereka semua berduel, ataupun menggunakan pilihan Wild cat challenge untuk mendapatkan musuh secara rawak.Tak kiralah macam mana pun, anda kemudian akan di lemparkan , (bukan angkat badan  dan baling tapi di tempatkan) di High Noon Gulch, di mana hidup dan mati bergantung kepada setiap peluru yang anda lepaskan.

Menarik bunyinya kan?

Salah satu keunikan game ini adalah cara anda memegang senjata anda.The iPhone must be tipped upside down and held at your side, (macam pistol betul tu).Music akan dimainkan (ala-ala music cowboy sebelum pistol akan di “draw” kan) Apabila loceng di bunyikan, draw your iphone aka senjata awak tu lah, gerak kan iphone untuk menetapkan sasasran dan tap untuk tembak.Secaranya basicnya ia amatlah mudah, simple dan senang , tapi sangat addictive.Lagi senang kalau pandai target headshot hahaha…

kalau anda menang anda akan dapat duit, so boleh beli baju, seluar,boot,topi , senjata yang lebih canggih dan pelbagai benda lagi.Anda juga boleh main taktik kotor dengan membeli tepung dan garam hahaha, serius , tak tipoo.Anda boleh letakkan rakan-rakan di dalam shitlist,jadi kalau anda melihat mereka tengah online bolehlah ajak berduet, eh berduel…(duet tu karaoke yerp).

Tapi perlu diingatkan sebab saya takut anda terlupa dan tak ingat dan mungkin amnesia, dengan kawan yang ramai dan permainan yang sangat addictive ini , iPhone anda mungkin akan bergegar sepanjang masa dengan push notification.Oh anda juga boleh send telegram dekat kawan-kawan , kalau anda jenis suka menganjing hahaha trash talking omputih kata.

Apa -apa pun kita enjoy!!!!

P.S nak try download dekat iPad, senang skit nak tembak headshot hahahaha!!

JOM tengok orang yang selok men High Noon!!

httpv://www.youtube.com/watch?v=3ORrlCs4sv8&feature=share

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

2 Responses

  1. Klo highnoon bisa di sign out ga si??jd klo ada yg mau pinjem n maen highnoon di iphone or ipod touch kita,,ga perlu pke id highnoon kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »