Bila duduk lepak dengan member-member sambil menghisap rokok (saya dop hisap pun),tak kira lah samada selepas habis bekerja atau pun penat bersukan, pasti ada topik yang di bincangkan untuk mengisi masa lapang.Salah satu topik yang famous dan terkenal, adalah tentang Freemason dan Iluminati.
Kepada yang tak tahu tentang Freemason dan Iluminati itu saya suggest boleh lah buat kajian atau research sendiri tentang kegiatan mereka ini untuk mendapat sedikit gambaran tentang apa yang sedang berlaku di dunia ini.
Jadi rakan-rakan aku ini, seperti juga orang-orang lain, begitu bersemangat membongkar rahsia-rahsia pertubuhan ini.Habis semua keluar, dari The All Seeing Eye, unfinished pyramid, lady in red, black and white checkers dan juga isu-isu yang yang mempunyai kaitan dengan kegiatan kumpulan ini.
Pernah tengok siri “the Arrival”?Haa kalau belum, boleh layari youtube untuk mendapatkan informasi yang sangat bernilai ini.Tak kurang juga yang megkaji begitu dalam sehinggakan lyric lagu P diddy bertajuk I’m coming home juga di kaitkan dengan pertubuhan ini.Malah, maskot olimpik 2012 yang memaparkan makhluk bermata satu juga turut hangat diperkatakan.
Hebat.Memang hebat penangan kumpulan ini dalam usaha untuk membentuk New World Order (NWO) mereka ini,dan kita boleh diibaratkan seperti orang buta yang di berikan tongkat oleh mereka untuk terus mengikut telunjuk mereka tanpa kita menyedari bahaya kumpulan ini.Walau bagaimanapun, bukan ini yang ingin aku kongsi di dalam entri ini, benda-benda ini banyak terdapat di internet and anda semua boleh google je sendiri.
Apa yang aku ingin ketengahkan adalah pasal hari Valentine.Okey, mungkin ada sebilangan yang tidak akan setuju dengan apa yang aku cakapkan ini.So baik stop baca je sampai sini.Kalau nak baca pun boleh~
Aku bukan nak berkhutbah ke, apa ke, tapi aku hairan.Kenapa begitu hebat sekali orang-orang kita ini ingin mengungkai kisah freemason dan Iluminati yang agendanya tidak lain dari ingin menyesatkan umat Islam khususnya, tapi secara terang-terangan ada di antara kamu yang menyambut hari Valentine?Ce cite, ce cite.
Malas nak tulis penjelasan tentang hari valentine, (seperti biasa google je dah dapat pelbagai jenis versi) Jadi kenapa kita seperti buat-buat tak nampak aje.Ada yang lebih hebat yang sanggup mempertahankan hari ini “Alah, kita bukan sambut hari p*&#ri tu,kita cuma nak kasi bunga untuk kekasih jer” .Fine, tapi kenapa kena hari itu juga?Tak faham aku tentang benda ni.
Tapi satu benda yang aku nampak pada hari ini, bunga dan coklat akan naik melambung-lambung harga dia,TERBABOW gitu!!Tapi still orang akan beli sebab apa?sebab cinta perlukan pengorbanan,jadi apa salahnya beli bunga untuk keaksih hati pada hari itu.*Tetiba aku rasa nak cari share partner nak buka booth jual coklat atau bunga, confirm kaya dowh~
Kalau kita nak tunjukkan kasih sayang kita, tak perlu tunggu valentine, tiap tiap hari pun boleh.Kenapa nak tunggu sehari dalam setahun jer?364 hari yang lain guane?gaduh ker?gitu?kadang – kala bila kita ingin mengikut sesuatu perbuatan tu, kita fikir dulu baik buruk dia, fikir dulu punca, fikir dulu kesan, bukan main tibai jer buat.
Seperti aku kata tadi,aku bukan nak berkhutbah pasal agama, tapi itulah kadang-kala benda depan mata kita, kadang-kala kita tidak nampak.Ikutkan sangat budaya barat hingga kita hilang identiti kita sendiri.Betullah zaman sekarang kita dijajah melalui pemikiran, secara halus.Tak percaya tengoklah 14 februari nanti.Kepada yang bukan beragama Islam tak apalah, tapi kenapa kita nak ikut sama?tapi again, it’s our own choice kan?seperti ramai orang yang jahil akan berkata “wei kubur lain -lain, lantak aku lah aku nak buat menda pun, tak susahkan kau pun”.So, terpulang lah iyer.This is only a piece that came from my thought, If you disagree with it, then go ahead.
*Coretan dari seorang lelaki yang di katakan tidak romantik kerana tidak menyambut valentine, takpe saya senyum jer :-))