Kita banyak kali merancang, tapi tak semestinya semua benda yang kita rancangkan tu akan menjadi kenyataan.Contoh paling senang, aku tak merancang pun nak tidur awal macam tadi.Pukul 11 malam aku dah terlelap, dan kini, di malam yang sunyi ini, aku dengan mata yang segar-bugar menaip entri terkini pada pukul 4 pagi.
Hari ini aku berpeluang bercakap dengan seseorang.Kadang-kala ,orang yang kita paling nak elak adalah orang yang kita tak boleh nak elak.Ada orang kita kawan, bagai nak rak dekat facebook, mention berpuluh juta kali dekat twitter, tapi still orang yang kita tak kawan dekat facebook, yang tak follow dekat twitter tu lah yang kita cari.
Ada orang macam daya tarikan graviti.lagi kita nak lari, lari dekat kita dengan dia.Contoh macam kita buat,macam-macam benda jahat kan, ambil dadah, minum arak sampai mabuk, tup tup dah balik ke padaNya.Begitu jauh sekali kita nak lari dari Dia, tapi tup tup, paling awal pula bertemu dengannya.
Kadang-kala hidup ini mengejutkan kita dengan pelbagai cara.Kita dah buat perancangan, persiapan, tapi tup tup benda tak jadi.Tapi itu bukan bermaksud kita tak patut merancang, merancang itu penting, supaya kita ada hala tuju.KAlau kereta bolehlah pakai GPS,tapi tu pun kadang-kala sesat juga, kalau map tak update kan?
Minggu depan aku convo.Kalau di tanya, beberapa tahun lepas, aku harapkan time aku convo, Si dia ada bersama.Tangkap gambar sama-sama, boleh frame, nanti boleh cakap dekat anak-anak ini time ayah convo, mama ada datang tapi seperti aku katakan tadi, semua hanya perancangan.Aku tidak nafikan yang aku sayangkan dia,tapi nak buat macam mana , Tuhan lebih sayangkan dia dari aku.
Sekarang dah lebih setahun dia pergi meninggalkan aku.Bila orang tanya aku, mana dia? aku akan jawab dah tak ada lah, Tuhan lebih menyayanginya.
*Kelip -kelip di sangka api, kalau api mana putungnya?
hilang ghaib disangka mati, kalau mati mana kuburnya
– Imran Ajmain, Seribu Tahun
4 Responses
tetibe2 tergerak tgn ni nk bc entrt2 kt blog awok ni.. btw nice entry.. semuanya ketentuan Allah, kita hanya mampu merancang tp perancangan Allah itu lebih bagus.. :)
terima kasih kerana sudi baca.
saya suka baca block awak :) saya tak meranang nak baca block awak ni.. tapi macam menarik so saya truskan membaca.. :) btw setiap perancang yang kita lakukan tak semuanye yang menjadi.. kalau yang manjadi tu alhamdulillah.. kire ok la tu kn.. tapi kalau yg di rancang tak menjadi mesti ade sbb musabab napa la tak jadi betul x? huhu :-) same juga dengan jodoh.. even dah bercinta 5 tahun pun kalau dah ditakdirkan bukan jodoh kita so redho je la.. siapa tahu allah akan bagi jodoh yang sesuai untuk kite kn?.. ( sedih bile terkenang T_T )
thanks sebab baca .