First time

i woke up with a start.So pagi ni bangun pukul 8 walaupun jam di setkan ke pukul 9.30 pagi.Tapi tak tahu kenapa, 2 3 hari ni asyik bangun awal.So lepas mandi2, menonton television kejap.belek2 astro, sempat lah tgk cerita senja permai siri ulangan.nak tergelak tengok part si budak lelaki tu menyelesaikan kerungsingan gf nyer ” alah awak datang bulan la tu” hehehe… umur baru dalam darjah 3 atau 4 dah tahu pasal datang bulan.dalam pukul 10 pagi, time kedai buka lah kan, so singgah kejap kat kedai buku nak binding report Li :-) FINALLY siap pun.. takdelah tebal sangat dalam 60 pages gitu.So sampai kedai buku tu, aku tanyalah kat perempuan kerja kat kaunter tu” adik berapa harga nak binding?” “ikut tebal”katanya sambil tersenyum,so aku aku pun pass lah report tu ke cina yang tukang buat binding, sambil2 tu belek2 majalah, (dah lama tak beli, since semua dah main baca ebook)..dah settle, aku pun buat bayaran, then aku ucaplah “terima kasih ye dik” “sama2″ katanya sambil tersenyum lagi..aku rasalah kan ide tersenyum pasal apa tahu, pasal aku panggil die adik kot, yelah tah -tah dalam hati die kata eh mamat ney, umur lebih kurang sama, tapi panggil aku adik pulak, since aku rasa die ney baru abis SPM, so aku adrress je lah adik… ( kalau korunk paham maksud aku kat sini, mesti korunk dah menyampah hahaha)..

Aku pun call lah engineer aku, kata aku otw ke ofis nak minta signature,so sampai2 terserempak terus die kat reception, since die nak cepat ada conference call dengan Agilent, omputih UK.Siap je sign seme, die pun kata” terima kasih banyak2lah radin tolong aku 4 bulan ney, sekarang ko takde , takdelah orang boleh jadi right hand aku…” terkelu jap aku tak tahu nak respond menda, so aku tanya lah pasal trainee baru, die macam hurm ok.Yelah budak baru nak menyesuaikan diri , takes time kot.So abis salam2.Aku pun bergerak ke Megamall kuantan, bukan nak buat apa, nak gi men BOWLING wee~~~ So ney lah first time aku pegang bola sejak entah 3 bulan lepas kot.So risau jugaklah ingat tangasn dah pekong kan..so planning nak men 3 games jer, tapi terlajak sampai 5 hehe.189,167,211,191,188…hurm score takdelah tinggi sangat boleh tahan jer…siap ada budak perempuan sebelah tepuk lagi kat sebelah eceh..malu ar ;-)

Abis jer men, aku pun masuk office nak ajak akak aku, wai teng makan lunch.Well die nak belanja kuikui…sampai dalam office terserempak lah dnegan kakitangan office yang sibuk menawarkan peluang nak buat duit dekat aku.So aku pun dengarlah jap… satu word, MLM terus hilang mood aku.So berbetahlah kejap pasal MLM…aku cerita pengalaman aku semua, since from my opinion, nak jadi kaya ikut MLM kena cari orang..tapi dieorang nak tegakkan pasal produk dieorang bagus.So aku katalah mana ada bussiness yang kata product die tak bagus.Lagi nak cari orang mahu beli product.So aku diterangkan lah pasal direct selling dengan MLM dengan networking benda berlainan.Dieorang kata, aku tak nak ke dapat rm10000 sehari.aku kata sapa tak nak, and aku kata juga aku percaya benda tu boleh tapi tgklah caranya confirm kn cari org, and yang kaya orang atas.Die kata eh itu piramid, die benda lain.So bile die kata die benda lain and nak ajak aku jumpa upline die aku katalah macam mana bukan pyramid kalau u ada upline and downline?takkan guna sistem circle pulak hehehe.Berbagailah benda dierang cerita, upline dierang doktor,engineer,acountant basis nya nak cerita semua cendekiawan lah join benda ney so boleh percayalah..maybe benda tu bagus,product bagus, market sampai luar negara,alah semua MLM pun mcm tu jugak.Abis die nak kata aku tak tahu sepenuhnya pasal MLM, well maybe betul tapi aku rasa cara nyer sama jer, lagi ramai org bawah ko, lagi kaya.So aku diam dulu, sampai lah die sebut the product it just a tool, and we need to find people (kat sini aku attack balik, apa you kata?find people kan?haaaaa so I rest my case)… Tak kisahlah apa die reason atau alasan,samada ayat2 manis MLM akku pernah dengar, nak bagi peluang, nak train orang, kalau tak rebut peluang mana nak kaya, still mencari hala tuju and belum jumpa so dieroang akan guide.Dulu time aku lepak dekat midnite, siap ada mamat sorunk ney sampai main agama nak tarik orang masuk MLM, kononnya die sebut (aku tak berapa ingat ayat die tapi lebih kurang lah) ..(rasul kita berniaga mana ada kerja dengan orang, ada korunk terserempak dengan rasul kitakerja dalam ofis) lebih kurang gitu lah ayat die nak tegakkan rasul kita berniaga.Memang betul baginda berniaga, dan apa orang kata 9 dari 10 pintu rezeki dari berniaga,tapi baginda berniaga bukan dengan cara korunk, cari orang , baginda berniaga sama lah macam orang ada kedai sekarang.modal rm1, jual1.50 untung 50 sen.

ok ok sambung,so apabila aku da attack die dekat ayat die kantoikan sendiri cari orang yang dari tadi die duk deny, die kata pulak alah kalau kita berniaga pun kita memang cari orang kalau tak mana mau untung.Aiyo memang lah konsep sama tapi menda you buat lain,kalau u berniaga u promote, u jual barang, orang pakai barang u, bukan u cari orang, orang bagi duit, u suruh die cari lagi…sampaidie mati kaki kata alah mesti cari orang takkan cari antu.And she said in 2 years she will become a millionaire, aku kata aku nak tgk die dulu.and she said it will be terlambat lah time tu.Die dah setahun join, atleast mesti dah ada m500,000 dalam tangan kan?tapi kenapa still kerja pejabat lagi.Baik buat fulltime and she will get richer much more faster betul tak?

Actually she is selling some kind they called reset genetic machine which involving in genetic engineering.Siap die tanya aku lagi apa itu genetic engineering (alah kalau korunk tgk cerita tetiba ada raksasa lah, tikus besar,zombie tu seme genetic engineering)… So boleh nampak muda la kalau pakai, maybe benda die boleh di percayai and anda bukti tapi tadi diie tanya kalau aku umur 60 tak mahu ke nampak macam umur 20 lebih, aku jawab selamba jer.time tu rupa dah tak penting,kang handsoome ramailah amoi kejar… Siap die kata lagi ala, u boleh kahwin 4.aduyai nasihat tak bagus lasum hahaha.Still die nak tegakkan, product die based on technology and MLM lain ada technology ker?aku nak malas berbals dah, pasal kalau di fikirkan supplement tu,penyerap toksin tu…kalau takde technology manalah dieorang nak discover benda tu.takkanlah tanpa teknologi dieorang pakai buat ubat pulak kan?Tapi last sekali dieorang pun kata hati aku tertutup terhadap peluang, so memang aku takkan terima benda ney.Hahaha ikutlah, tapi kalau die kata dapat rm10k sehari buat menda2 gini, aku percaya.kawan2 aku umur 20 an, yang uat benda2 gini memang dah pakai BMW 5 series, fairlady (ney kawan2 dari golongan kebanyakan bukan anak lord, atau dato,atau tan sri yang bapak dierang memang kaya). So memang lah aku nampak, duit berkepal-kepal..tapi tgk ar lepas 3 ,4 bulan dah tak mampu bayar hahahaha akalu dierang pandai skit duit tu, seme di simpan atau dilaburkan di mana2,kalau baru setakat ada dalam rm30kko gi rembat bmw memang cari nahas.Benda macam ney memang banyak, nak2 bebudak universiti sekarang,macam2 ada.Dieorang ingat akuu baru tahu benda2 macam ney,haih..dari yang cari orang , takda product,labur duit 2 hari dapat, seme dah try dah…ada yang jadi , ada yang tak.Sekarang kalau nak berniaga biar ada product lagi senang, ko jual keropok ker,baju ker, tudung ker..atleast kalau orang beli memang kita nampak hasilnya, pasal kita jual barang and dapat untung dari hasil jualan tu.Dierang kata, MLM yang aku cerita ketinggalan zaman and aku mesti moden dan kena ikut arus hidup MLM yang ini yang berteknologii ney (aku rasa kalau aku suruh dierang cerita pasal genetic engineering kat aku belum tentu dua orang ney leh terang, paling last sekali confirm suruh jumpa upline die hahahahaha)..and they want to talk about technology with me, FYi, Im doing my bachelor in technology engineering section of electronic…so when it comes to technologies nak bercakap dengan dierang memang..haih..kang kuar jargon2 penat pulak nak explain.last2 kena berdebat dengan upline die kuikuikui :laugh: . teringat aku kes junior aku nak langsaikan utang MLM L&*(^.dierang sampaikan ajar junior aku pinjam rm50 dari 100 untuk dapatkan modal.Bile ajak bukan mainlah, tapi bile dah join, hurm, hampes…

ok ok sambung cerita lagi… so aku makan lah lunch dengan waiteng dekat MCD.So lepak2 makan, banyaklah menda cerita pasal zaman bowling dulu2…kita orang lepak all star,men bowling bulan puasa,pasal coach, pasal skill, harga equipment, budak dulu, budak sekarang, score kiteorang dulu bukan men tinggi lagi tapi nak menang susah, since kena compete dengan pemain kebangsaan.Time aku Sukma final dulu..out of 16 bowler almost half national bowler.Memang hebat persaingan dulu, average aku dulu dalam 200+- mcm takde kesan since everybodyy is shooting 210+ – 230+ average per game.sekarang setakat men 180 pun boleh champion..kalau ko dalam 190 memang dah hebat sangat dha…haih senang nyer tgk bebudak sekarang men.Kalau korunk tak percaya tgk lah our national squad men, seme hebat2.Dulu aku pernah compete dalam satu tournament anjuran maggi hot bowl di Sunwy Pyramid.Si Eric Ang time tu tak silap akulah, die shoot perfect game.takde orang perasan pun.Time aku men circuit, dalam satu circuit ada 2 , 3 attempt nak perfect game.ada sekali tu kt melaka 2 orang perfect game.Memang hebatlah bowler2 batch aku ngan ke atas.Selepas National Bowler tak di benarkan men Sukma , barulah ada muka2 baru boleh naik.tp standard jauh sgt.Seronok juga borak dengan wai teng lama tak borak.Sedar tak sedar aku dah kenal wai teng dekat 12 tahun. huih lama betulkan..tak perasan kekeke.Dari die sekolah sampailah die dah ada baby sekarang.

Abis makan, kiteorang naik atas balik,terserempak dengan Taufiq yang baru balik kerja so lepak lah kejap bertiga dekat bowling alley.dengar cerita ada satu alley lagi nak buka dekat ECM.Maybe boleh lah men pulak dekat sana hahaha.Sebelum balik rumah, aku singgah jap rumah tma tgk Qistina.Rindu pulak dekat si ketot tu, ceh padahal aritu baru jumpa.1 thing about babies is, we can’t get enough of them.Tapi memang aku suka kanak2 maybe one day jadi ayah yang mithali hehe jgn jadi anak ku sazali sudah…oklah dah panjang sangat aku rasa ney.So adios.

lovely Qistina

P.S malam sabtu datang ramai2 kat ecm tgk batrisyia menyanyi iyerp..tata

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

6 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »