Esok nak pergi dah

Esok aku dah nak pergi, so bye bye korang.So kalau korunk rindu aku just msg aku atau call yer.Sedih pulak nak tinggal bantal, laptop,dengan segala gadget yang ada (banyak sangat ker?)Aku tak sampai hati sebenarnya.*Cit pergi 2hari je kotAku memang tak suka sangat nak camping/kem/hutan ni,memang aku tak minat,tapi dah kena pergi, tanggungjawab,kenalah pergi kan.

Soalannya sekarang, patut tak aku bawak DSLR pergi sama?,takkan nak tinggal bagi berabuk je kan…hurm ,tapi kalau kat sana kang, kurang pulak gambar aku kan….gambar aku yang penting sekali sebenarnya hahaha.Hurm,mungkin bawa je la kot…lagipun bila lagi nak tangkap gambar hurm kepala tengah serabut dengan assignment tetiba kena pergi pulak aduyai…

Semester ni teruk giler lah aku,kena get my feet back on the ground, takleh macam ni…Kena bersemangat balik macam dulu…Go GO GO I know I can do this…

Minggu depan singgah kedai beli P, aku dah nekad nak beli,ye ar nak isi masa lapang,mana tahu masa tengah tunggu kek masak boleh aku men hehehe,Hurm,maybe lama ar tak update blog lepas ni, kepada yang rajin click advertisement aku thanks tau, tak tahu nak balas macam mana,

kalau takda aral melintang, hujung bulan ni boleh lah cash kan check hehehe,amount dia?takde lah banyak, tapi boleh la kalau nak angkat Macbook air 1 hehehe *ye ye je die ney lah percaya ker, (alah tak percaya sudeh ),Tadi makan A & W , aku tertanya, apa maksud ,ye ar asyik makan tak tau maksud…And then aku ni jenis suka makan onion ring, barulah aku perasaan benda alah tu mahal jugak harga dia.Ish pandai kau eh,tahu aku suka charge mahal2,Ni aku tengah makan biskut jacob dengan air milo sambil menaip post kali ini…

aku tak tahu nak cerita pasal apa sebenarnya…

Nak cerita tentang study, aku malas nak buka cerita pasal study, pasal tak ada apa yang nak di banggakan pu.Nak buka cerita pasal kek, hurm, ok lah alhamdullillah setakat ni.Cuma demand nak keluar daripada kuantan , aku nak minta maaf untuk sekian kali nya memang tak ada lagi buat penghantaran.Aku pentingkan kualiti nanti sampai jadi tepung balik, tak best lah pulak kan.Oh,aku main bowling kelmarin dengan harith dengan Hafiz dengan ada sorang brader bernama FDAS.Entah angin menda masuk pun tak tahulah.Score ok, korang nak tahu ke score aku?takdelah hebat mana pun, main 3 game 246,206,173 …hurm..boleh tahan sebab aku dah lama tak pegang bola,last sekali masa main left handed bowler world bowling tournament last august dekat pyramid.leaps tu tak main-main dah.*kalau nak tahu dia dapat no1 main bowling , ko tgk lah dulu dia dengan sapa…

Rindu katil ini, kenangan terindah....

Aku nak ucapkan terima kasih sebab dah dekat 200 orang like blog aku yang tak seberapa ni, terima kasih sangat2 kepada yang sentiasa bagi aku semangat.Cuma aku harap kepada reader,blogger,hater,jangan lah mengeluarkan kata-kata yang kurang elok dekat blog ni.Tak cun la beb okay…

Aku banyak dapat msg yang bertanyakan kenapa aku tak letak tajuk lagu dekat blog aku.Apparently lagu2 kau di minati ramai * budget ko punya lagu hahaha… saja je tak nak letak bagi special skit.kalau yang stalk2 page aku boleh leh tolong klik kan iklan sekali ye, jasamu amat di hargai.terima kasih daun keladi kalau rajin kliklah lagi ..hehehe

Apa lagi nak cite eh, hurm takde dah kot..oh aku tersangkut dengan satu game ni, heroes lore, agak menarik jugak lah nak main sambil tunggu bas.*Bile masa pulak aku tunggu bus hahaha..Cerita dan jalan cerita dia menariklah jugak…so kalau sesiapa yang ada iPhone, takpe tak perlu iphone 4 pun boleh main game ni hehehe..*gurau je eh jangan lah amik hati guys…

So, aku rasa sampai sini je lah, kalau sempat aku post satu lagi ok…? Tata

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

  1. abg pae!sy pon suke onion ring..hahaha :p

    ingatkan nk gi mane..camping je pon..haih..have fun!

    p/s : blog abg pae ramai peminat plus stalker..wah!faymes!hee

    1. blog ku, di baca tak pe..pelik jer ada stalker.. tapi nak buat macam mana tak boleh puaskan hati semua orang kan? takpe walau apa pun terima kasih sudi buka blog ini and baca..jgn lupa klik nuffnang hehehe….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »