Mr. Vampire

Siapa yang suka vampire atau erti kata lain pontianak.Kepada peminat susah kipas mati Twilight mesti suka makhluk ghaib edisi Stephenie Meyer yang di lakonkan oleh Robert P, Si Edward Cullen.Tapi kalau di fikirkan betul-betul kan, Edward boleh terbang, dan badan dia boleh bersinar, Edward bukanlah kategori vampire, dia sebenarnya adalah fairy.Kira anda dekat luar tu kena tipu ar yang Robert P tu vampire.Vampire kalau kena matahari dia terbako,mana boleh bersinar, kalau gitu macam mana kita manusia  nak defense diri dan bunuh vampire kalau kita letak depa bawah matahari, dia orang bersinar and then kita kata “WOWWW, you are beautiful,”.

bentuk muka mcm aku

Kalau dalam versi melayu, kita ada pontianak cantik edisi Shuhaimi Baba lakonan MAya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam.Kalau harum tu mungkinlah sbeab dia cantik, part yang sundal malam tu, tak tahu lah pula.Tapi pontianak ni tak habis-habis nasyik nak “Pulangkan!!,Pulangkan!!!” Dah mati buat ler cara dah mati, pulangkan barang tu nak bawa ke mana? takkan nak bawa terbang sana sini, berat dan emlambatkan penerbangan.Takut lumba dengan sugar glider pun , sugar glider menang (tertiber pulak iyer?)

pulanglah..... sebelum ku runaway, eh...pulangkan!!!

Dulu-dulu masa aku baby lagi, tipow sangat kan?kira masa aku masih dara lagi, tak sesuai gak ni, ketika aku masih muda belia, eh, ni still lagi, kira masa aku kecil -kecil dulu, la ni dah besar, besar apa?itu kita tak tahu kan? :-D .Ok sambung , masa aku kecil dulu, aku selalu tengok cerita cina, lebih tepat lagi cerita hantu cina.Entah kenapa aku rasa cerita dieorang menarik.Dan time tu, aku teruja bila tengok chinese hopping vampire’Geng si’ ni agak famous time -time aku tadika dan sekolah rendah.Alah vampire yang lompat-lompat tu, yang kena tahan nafas kalau tak nak bagi dia detect tu.Memang seronok layan cerita dia, ada adegan kungfu juga.

Semalam aku berkesempatan mendownload Mr.vampire1,Mr. Vampire 2, mr Vampire 3.bagi aku, vampire chinese ni paling real, pasal apa?pasal dieorang punya yang buruk.Mana ada vampire handsome macam Robert P atau secantik Maya (takde ar cantik sangat pun), kalau lah adalah makhluk ghaib jahat macam tu, semua orang nak jadi vampire, yelah kan, orang cantik dalam dunia ni kan sikit jer, kalau ambil 10 orang kawan hangpa , 12 tak cantik , termasuk hangpa jadi 13.(jangan pertikai ar pasal math tu, kalau korunk tak faham lawak ni kena tengok video mat lufti).

haaa handsome lagi dop?

Jadi pada pendapat akulah, jangan terlalu percaya sangat makhluk ghaib bernama vampire ni mempunyai rupa paras menawan , nampok beno meniponyer, ni memang banyok tengok twilight ni.Takpe, kalau tak nak ambil pendapat aku, harap-harap lah korunk jumpa yang real punya lepas tu baru ar korunk nak caya kan…

P.S tengok insidious, aku rasa buang duit jer, aku mengantuk, nak gelak tengok antu tu senyum dan paling best Demon tu rupa sebiji macam Darth Maul dari Star Wars, nasib baik takde dual lightsaber jer hahaha.

ni red demon dalam insidious
darth maul dalam star wars

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak