Welcome to my life <3

Saturday.Dari minggu lepas dah nak pergi beli tapi hari ini baru beli.Bukan apa , nak minta pandangan dulu.Ingatkan nak ke Low Yatt nak beli yang baru tapi memandangkan harga lebih kurang sama jadi saya beli je dekat WW.Banyak kali juga fikirkan sebelum saya nak beli.* berapa banyak ayat beli daa…..

Ok, first saya nak beli kerana si besar 1T dah bunyi click2, kalau nak tahu itu bunyi the sound of death kita panggil.Itu menunjukkan bahawa HD tu dah nyawa-nyawa ikan dan tindakan segera harus diambil sebelum perkara yang tak di ingini terjadi.Mana taknya, dalam 1T semua cerita,movie,gambar,lagu,blog,document,assignment dan pelbagai benda lagi, not to mention PC games installer dan ebberapa installer lain yang dah susah nak jumpa sekarang.Dari the big bang theory hinggalah ke naruto shippuden sampailah ke how to lose a guy in 10 days sampailah ke vmapire diaries sampailah ke gundam sampailah ke banyak giler aku nak list down kan..lebih kurang banyak tulah benda yanga da kat dalam tu.So kalau 1T tu rosak, abis lah smeua benda tu.* berapa banyak tu ar…….

So teng teng teng presenting….

750G WD

Besar ar pulak terupload, ah lantak ar,tapi benda ni kecil jer…so aku ada another 750Gig lagi nak di sumbat dengan pelbagai benda menarik.Tadi ingat nak ambil 500gig x 2 tapi bila fikir balik, hurm 750 dulu lah ini pun dah kena dekat rm300 campur dengan sarung rmg 310.Boroslah pula sekarang ni, alah tak adalah boros mana, ni beli pun psal nak backup HD yang clicking tu.So bersama-sama 1.75T hahaha puas hati betul.Inilah adik beradik yang bakal berkhidmat dengan aku huhu.

Abg Tera dan Adik Gig

Tadi Zahid dengan Kimi belanja aku makan Popeye.Sedap.Aku memang suka popeye walaupun sesetengah orang kata dia prefer KFC.Bagi yang belum try, try lah dulu.Kalau dah try tapi tak suka, mungkinlah selera kita berbeza :-D

Teman dieorang membeli belah kejap dekat Carrefour.emmacam juga diaorang beli, macam stock 3 tahun hahaha.Aku sempat jugak rembat selipar satu.Aritu pergi CGC, boleh pula ada hamba Allah ni rembat selipar aku.Aduyai, selipar tu baru 1o ringgit, aku tak paham betullah, bukan jenama croc pun.Kekadang aku pelik manusia ni, benda yang setakat rm10 pun nak kebas,kalau yang beriban-riban ko rembat logiknya adalah, tapi kalau setakat rm10 ko tibai, tak tahulah, mungkin dasar lanun kot (uit lanun selow skit kuikuikui)….Dahlah ko rmebat ketua punya selipar,nasib baik aku dah tak berkuasa dah,kalau tak aku sula seorang demi seorang ngeh~~ :reallypissed:

Oh sempat juga aku ambil snicker dengan M&M, tengok dalam peti ais dekat rumah ada snickers, si Wan punya.Minta dia, dia tak nak bagi :-(( , so saya beli sendiri!!! WEEEE!!! apasal lah ko nak gedik sangat ni hahaha…gedik ker?taklah kan?dah makan 1, terbaik!!ada lagi 2 tinggal atleast , ada lah benda nak makan di waktu boring malam nanti.Actually aku tulis ini pun dah malam, bising betul mercun sana-sini, tak tahulah siapa yang menang bola , jangan sampai ada yang cuba menghangatkan suasana dengan membuat pembakaran sudah…

Coklat-coklat mari2~~

So sambil menunggu mihun aku masak, aku tibai dulu snicker dengan M2M eh, M&M silap pula,M2m tu group yang nyanyi lagu “THE DAY YOU WENT AWAY”.Sedap, apa yang sedap?dua-dua, lagu dengan coklat ler..So sambil tu jugak aku tak ada kerja,sempat mensnap gambar.meamng tak ada kerjalah kan nak gi buat macam ni.

M&M <3

aku berdebar sebenarnyan ni..tapi jap lagilah aku cerita.Nak makan japokey?tata

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »