Selepas bertungkus – lumus menyiapkan entri trip ke Seoul, kini tibalah masanya kita berubah angin ke China! Pada permulaannya, aku berborak dengan pakcik aku, Encik Hatta, beliau seorang yang selalu travel, menguruskan perniagaannya. Jadi, kalau di katakan pasal China, memang sudah acap kali beliau pergi ke sana. Mengikut perancangan asal, kami nak tengok sambutan New Year, atau pun sambutan Krismas di tempat orang. Memandangkan trip kali ini banyak yang nak sertai, dan terdapat rancangan lain untuk New Year, jadi trip ini di awal sedikit. Bayangkan kurang dari 2 minggu selepas balik dari Seoul, aku terus terbang ke Shanghai, balik dari Shanghai terus terbang ke Langkawi menghadiri majlis perkahwinan Yuyu. Dalam hati rasa nak beli private jet satu.
Macam biasa tugas untuk menguruskan jadual jatuh ke tangan aku. Masalahnya, mengikut carian aku melalui blog, kurang sikit orang menulis pasal Shanghai. (sepatutnya tugas ini diberikan kepada sepupu aku si Amelia, barulah jadual macam gempak sikit, memandangkan dia dah pernah pergi 2 kali ke Shanghai). Jadi apa boleh buat labu, hentam sahajalah.
Nak masuk China ni leceh sikit sebab nak kena ada Visa bermaksud tambahan wang lagi :cry: (Aku buat Visa ikut travel agency di Kuantan, mengambil masa selama 5 hari bekerja, harga seingat aku bayar hari tu RM123, kalau korang duduk KL dan rajin ke China Embassy, aku rasa baru rm85). Dah aku duduk Kuantan, rajin pula aku nak turun naik KL 2 kali hanya untuk Visa kan~
Pertama sekali aku cari adalah hotel penginapan. Kalau pergi travel ni, aku tak kisah sangat tempat penginapan, asal murah, selesa, selamat, dan ada kemudahan asas untuk masak maggi dah cukup. (kalau tempat ada microwave, memang syukur sangat). mengikut suggestion Uncle Hatta, aku pun carilah hotel menggunakan Agoda. Kita orang menginap dekat sini. Kenapa hotel ini jadi pilihan? sebab kedudukannya yang dekat dengan kedai makanan halal. Benda kedua, kalau korang travel, research lah sikit pasal kedai makanan halal.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shanghai mengambil masa selama 5 jam lebih kurang. Kita orang punya flight petang pukul 7. 30 petang, jadi sampailah dekat Pudong International Airport lebih kurang pukul 12 malam. Malam pertama tu, kita orang tidur dekat airport je sebelum nak check in hotel keesokan harinya. Tak adalah lama nak tunggu sebab lepas kastam, borak-borak, dah pukul 2-3 pagi, dan train ada seawal pukul 6 pagi. Oh lupa, trip kali ini, Kita orang ada seramai 14 orang, ramai kan? (1 uncle, 3 aunties, 8 cousins)
Jadi sampai – sampai situ, kita orang terus menuju ke Starbucks. Berita baiknya , Starbucks dekat sini 24 jam, berita buruknya, internet kalau nak pakai anda kena ada nombor telefon China baru boleh access wifi dia.
Untuk pengemar halaman sosial seperti Twitter, Facebook, Youtube, dekat sini site-site itu DI BLOCK yer, ulang sekali DI BLOCK. Ada cara nak bypass tapi nantilah aku cerita. Semasa aku dapat tahu kena ada nombor China baru boleh access internet tu, memang risau betul aku dibuatnya. Bukan apa, sebagai seorang internet marketer, tanpa internet, memang membunuhlah. Macam mana nak entertain client kalau internet tak ada (Travel – travel juga, kerja tetap berjalan bro :-D ).
Selepas selesai solat subuh, kami bergerak menuju ke stesen keretapi. Permulaannya , aku ingat nak cuba naik Maglev, keretapi laju, tapi Maglev hanya buka pada pukul 7 pagi, sekarang baru pukul 6 pagi, Jadi kita orang decide naik keretapi biasa sahaja.
Dari Pudong Airport terus ke East Nanjing Road. (Kena turun dekat Guanglan Station untuk tukar train yang berada di sebelah bertentangan. Train dari Pudong Airport berulang alik antara Guanglan Station). Masa sampai dekat Guanglan ini, semua orang dalam train pandang kami, ada yang cuba cakap dengan aku , tapi dalam Mandarin, manalah nak faham. Bila train patah balik, kita orang semua panik, bayangkan kalau dia patah balik ke Pudong (kita orang dah lalu 8 stesen kot, ada lagi 9 stesen) stesen yang berikutnya kami turun dan ambil train yang bertentangan. Memang kelakar sebab aku masa tu dah lah mengantuk yang amat, siap tertidur lagi dalam train. Nama je tidur dekat airport, tapi tak tidur pun. Dalam kapal terbang terlelap juga, tapi sepanjang pengalaman aku, tidur dalam kapal terbang sangat tidak selesa.
*Sampai dekat East Nanjing Road Station, ambil exit 2. Lepas tu jalan terus sehingga ke penghujung jalan, kemudian pusing kiri terus tiba dekat hotel.
Sebab tak boleh nak daftar masuk, jadi kita orang tinggalkan bagasi dekat hotel dan terus mencari makanan pagi. Cuaca ketika ini tak silap dalam 9 Celcius. Jalan punya jalan, jumpa kedai makanan Halal. First time nak makan Lanzhou La Mian (Mee Tarik Daging). *kedai yang ini bukan yang dalam map tu, kedai ni dekat Tianjin Road. Kalau korang tengok map tu, intersection yang pertama dari East Nanjing Road , korang pusing kiri akan jumpa kedai ni.
Inilah Beef Noodle Soup yang di perkatakan tu. Bayangkan makan mee ni tengah panas dan cuaca pula sejuk, pergh! Sangat menarik dan selesa ok. Level dia rendah sikit je macam minum kopi panas pada 4 Celcius. (Perbandingan macam apa tah)
Ini pula nasi goreng dan roti kering. Nasi goreng ni macam nasi goreng cina yang kita makan dekat Malaysia, tapi memandangkan kita ada dekat China, dan tukang masak confirm Cina, jadi tak perlulah nak cakap ” saya nak nasi goreng cina, saya nak nasi goreng sudah” Punchline sampai tak? tak sampai? tunggu esok eh?
Ini pula uncle Hatta ada beli strawberry dari kedai depan. Aku suka strawberry, tapi aku lebih minat Strawberry dekat Seoul, dekat Shanghai ni buah dia macam keras sikit, masih manis tapi tak boleh lawan Seoul punya okey.
Makanan dekat Shanghai sangat murah, mee tarik tu baru 8RMB (RM4). Dah lah murah sedap pula tu.
Lepas perut dah kenyang, kita orang berjalan menuju ke Nanjing Lu. Sepanjang – panjang jalan ini, kiri – kanan banyak shopping complex dan Mall yang boleh kita , boleh apa? dah pergi mall mestilah shopping kan? Kawasan ini waktu malam memang gempak, tapi di waktu pagi cuma di penuhi dengan orang yang membawa anjing mereka berjalan-jalan.
Jadi setelah berjalan-jalan seketika dekat Nanjing Lu, kita orang pun balik ke Hotel untuk daftar masuk. Rancangannya, tidur dulu sekejap, selepas zohor barulah nak pusing kawasan yang berdekatan. Selesa sungguh dapat katil, nanti lepas bangun tidur, aku sambung lagi entri ye. Tata
18 Responses
Info menarik utk dihadam utk trip nanti..tq..
Cmne nak access social media?
gunakan VPN
Tq sharing…nak hadam b4 g nanti..oo nak tanye gak cm ne nak access social media..mmg ade baca kene block kat cne
Guna VPN.
Salam Radin,
Cukup ke 4D3N di Shanghai? Plan to go in mid April. Tgh study about Shanghai, thanks for this, sgt membantu. Pasal akses ig and fb tu mcmana ye?
salam, boleh tak share bagaimana nak access FB, Insta di Shanghai….dok scroll tak jmpa plak tips
Salam, saya ada reply di email, ada dapat tak?
hehehe sy korek2 entries lama ye sebab suka baca entri org yg sy da pegi tempatnya..
waktu kita ke shanghai samalah.. dec 2013 hehe tp sy betul2 1 jan sampai ke shanghai..
bound di hangzhou.. betul.. mmg tak ramai yang tulis pasal shanghai.. terpaksa refer official
website..
aaaa tengok makanan teringat balik..
Saya suka shanghai, apart yang orang mereka yang suka meludah tu.Makanan pun sedap, kawasan banyak bangunan yang cantik- cantik.
Great write up but quick question, how was the hotel? Read quite mixed reviews so am wondering, if it’s an okay enough place for 7 nights? Appreciate your feedback in advance ya
Hello, based on my personal opinion, I think Lakeside Holiday Inn is very suitable for budget traveler. It got Wifi, heated air conditioner during cold season, easy check in and check out process using Agoda . Near the famous Nanjing lu, quite near the subway station, and plus it got Halal Restaurant between subway and your hotel, so it’s kind of a great spot for Muslim traveler.
Ok, that’s assuring enough for my redah trip since I’ll be dragging my 2 young cousins (19 & 20 yr old, young ke?) and no, not to sell them :)
So just want to get first hand opinion before I secure the air ticket + accommodation.
Thanks a bunch Radin.
Hahaha, not a problem, hope you will enjoy shanghai! make sure to try its nuru lamin , ( mee tarik daging) and dare yourself to walk on those transparent glass floor at Oriental Pearl Tower.
Tq sharing…nak hadam b4 g nanti..oo nak tanye gak cm ne nak access social media..mmg ade baca kene block kat cne
Thanks for this! sgt membantu, flying solo to Shanghai this march. work trip :)
terima kasih kerana sudi membaca. Enjoy your holiday!
Keadaan berjalan di waktu pagi, menikmati pemandangan, siap breakfast bagai memang normal…tapi keadaan buat2 macam dah mandi pagi tu memang epik kan.
epik sangat, sangat tidak selesa hahaha. Macammana orang yang berjalan jalan tapi tak mandi sebab tempat diaorang ada winter kan?