Semester Baru

Pagi semalam awal – awal dah bangun.Bersiap-sedia untuk ke Kuala Lumpur bagi sessi pendaftaran semester.Excited giler nak memulakan semester baru ni.Well, kalau selalu happy, semua benda rasa seronok.So lengkap berpakaian seragam, celah mana,berpakaian ala-ala formal.Terus menuju ke kenderaan untuk ke Ibu kota.

2 jam perjalanan akhirnya ternampaklah pusat pengajiaan ku di sebelah kanan highway.Rasa macam lama pulak tak balik.haha ye lar tu,kan baru balik dari sini hari itu.Sampai-sampai memang tak ramai lah kan orang.Panjang juga nak beratur adalah dekat sejam bagi sessi check list yang pertama bai kesalahan disiplin.

Tapi tak de la rasa sejam memandangkan rakan-rakan sibuk bertanyakan tentang kemenangan di MIMET.Bangga ada, penat pun ada.Ye lah nak menceritakan kisah yang membanggakan tapi kalau dah dekat 10 kali cite menda yang sama, nak termuntah juga rasanya tambahan pulak selsema memang agak tak selesa.Bebudak registration pun kebanyakan nyer budak JPM so memang banyak lah aktiviti berpoyo -poyo dengan mereka.Terjumpa dengan Sir Roy yang hebat bertanyakan pointer.

“So hows your pointer?”                                                                                                                                                                                            “Bolehlah Sir, 3 something”                                                                                                                                                                                           “Dekat-dekat 3.98?”                                                                                                                                                                                                     “Lebih kurang kat situ la Sir” kata aku sambil tersenyum

Kemudiannya barulah aku mendapat tahu bahawa Sir memang kena menanyakan semua orang benda tu untuk memastikan Kedudukan Baik atau Bersyarat.HAHAHA.Nak tahu macam mana aku tahu?sebab selepas settle aku duduk lepak dengan die org dekat situ and Acap bertanyakan setiap pelajar yang lalu di depan kami.Aku pun ada tanya sekali, hahaha kelakar pulak.

Semua berjalan dengan lancar kecuali aku terpaksa mengisi borang auto-debit 2 kali memandangkan tersilap mengisi buat kali pertama.Si Suhaimi hairan kenapa aku boleh cepat sangat settlekan finance kerana selepas aku disuruh mengisi borang untuk kali kedua, aku menyiapkan semuanya dalam masa less than 2 minutes.Nak kata aku potong line, takdelah pulak tapi yelah yang orang lain gi beratur panjang sapa suruh kan ade counter lain yang kosong.

Semasa membuat kemaskini dengan pihak resource centre aka library, kawanku si Salleh sempat pulak di tanya oleh akak library tu.

“Eh awak tak pernah pinjam buku ker?”                                                                                                                                                                      Tersenyum la member2 ney dan hampir nak tergelak la pulak melihat apabila si Salleh respon “saya prefer membeli daripada meminjam” haahahaha memacam la ko Salleh.Dalam tak meminjam pun, Salleh antara top scorer antara member-member aku.macam mana die belajar pun aku tak tahu.

Selepas settle semua kerja, aku lepak jap dengan Sir Roy,Ustazah Roslina dengan 2 org staff yang lain yang aku tak tahu nama hehehe.Memacam bercerita dengan dieorg, sampai cite masuk ke Harry Potter lagi.Tak sabar nak pergi tgk malam ney.Kemudian,Si Zulhilmi @ MIMI call.Haih baru sampai budak ney.So aku teman si mimi membuat pendaftaran.Dalam tgh duduk menunggu tu, terserempak lah dengan Hafiz member diploma aku.Skang merangkap senior aku.Sibuk sangat die tanya pasal signal.Maklum lah aku dah lepas syukur.Subject yang agak tough lah dalam course aku.

Busy die bercerita tentang practical di kilang Sony di bangi.Campur elaun dengan sara hidup.Banyak jugalah die dapat Seribu lebih jugak perginyer.Ok lah bagi student kan.Office boy pun kerja nak mati gaji rm500-600 je.Teringat aku kepada course yang ditawarkan kepada lepasan graduan di kolej lama aku.Dulu elaun bagi rm500 skang dah bagi rm1000!!! KOrunk leh imagine elaun rm1000 sebulan hanya korunk attend class and pergi ceramah.Siap kalau korunk lulus exam dapat certificate yang menelan almost rm20000 kalau korunk amik kursus tu kat luar?masyuk wei.belajar 8 bulan atleast rm8000 dapat kalau campur elaun company bagi time practical.Koman-koman dapat rm1500 semasa belajar, bukan korunk kerja haih seronok nyer la.

sambung cite nasrul aka Nasrul Hafiz, cerita punya cerita masuk la sampai result.Biler tanya mandarin masing-masing A haha seronok sangat mandarin A.Makna tak nyer terbelit lidah nak melepaskan diri untuk bahasa asing ney.Sebelum bertolak balik, singgah kejap di Carl’s Jr makan burger.Aku ingat first time aku pergi sini dengan Idham, nak try punye pasal dan tanpa usul periksa aku mengorder set besar.Kena dekat rm30 ahahaha.Bile besar tu memang besar la, tak abis aku makan first time tu.Kalau tahu air boleh refill semula, aku minta set kecil aje.Selepas makan,aku bertolak pulang ke Kuantan.

Thanks Ta cik for the perfume.Suke sebab die cantik hehehe

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »