Mann se kaho tum, mann ki suno tum

Bangun pagi tadi rasa sangat letih.Demam selsema still tak juga reda-reda.Nasib baik hari ini kelas ada satu je.Aku bangun sekejap dna rebah semula ke bantal.Malas dan tak ada mood.Tiba-tiba dapat message dari HM tanya aku habis kelas pukul berapa.Aku jawab 5.Tengah duduk bersiap-siap memakai baju, aku berkira-kira berapa helai lagi baju aku tinggal sebelum aku kehabisan baju.Bukan apa baju aku yang aku basuh semalam still tak kering.Dah beberapa hari hujan menyebabkan pancaran sinaran matahari agak lemah.Lainlah ada mesin pengering, tak payah lah aku nak pening kepala nak keringkan pakaian.Housemate aku yang dua orang lagi prefer hantar ke dobi, katanya lebih mudah.Aku fikir nak jimatkan duit, maklumlah duit susah nak dapat,daripada aku beri ke tokey kedai tu lebih baik cuci sendiri.Lainlah, kalau parents aku cop duit masukkan duit tiap-tiap bulan. :laugh:.Nasib baiklah biasiswa cukup untuk aku tampung kehidupan aku setiap bulan, tak adalah nak menyusahkan ibu bapa nak suruh sara pembelajaran aku.Alhamdullilah juga tadi dapat order untuk satu temasya (lain macam je, temasya, kira macam occasion something) dekat Kuantan, syukur Allah murahkan rezeki aku masuk bulan Oktober ni.Last month sales tak begitu memberangsangkan.

Amy sepupu aku masuk wad minggu lepas akibat denggi.Bahaya, wabak ini kalau menular.Dulu pernah kena dekat dua orang sepupu aku, aman dan si najwa.Aman yang agak kritikal sikit.Nasib baik kitaorang bertindak cepat kalau tak, teruk juga kena.Aku suspect juga dulu, tapi agaknya sebab ikut petua orang minum 100plus banyak terlepaslah aku dari penyakit ni.Bergelen-gelen 100 plus aku minum  tak campur dengan air kosong lagi.Teringat aku sampai siap duduk depan water dispenser tu togok air sampai kembung perut.Tak sangka pulak petua tu boleh diguna pakai, yelah aku pun was-was juga, lagipun orang yang bagi nasihat bukan doktor,mana lah nak percaya.Tapi lepas berhasil, tak perlu jadi doktor boleh rawat juga denggi ni.Sebab tu dengar kata-kata orang tua.

Aku dah melalut ke denggi pulak, okay sambung balik.So nak di jadikan cerita kelas takda.So aku bagitau lah HM yang aku free.So lepas solat, aku gi fetch HM.masuk kereta je, HM dah buka macam-macam cerita, pertama kali jumpa orang lebih banyak cakap daripada aku, ataupun aku yang terlebih diam sekarang entah~ Mula-mula ada kena ingat ada tempahan oreo MC flurry dari Rini.So sambil nak ke tempat makan, HM pun berborak sampai tak cukup nafas aku tengok :-D .Marah betul die aku tgk bila msg dari Z masuk.Mamat tu macam nak suruh HM tolong amik notes untuk dia pasal si mamat ni tak pergi kelas.Aduyai, yang cerdik sangat tak pergi kelas tu buat apa , haih macam kata ke diri sendiri je .So sampai tempat makan, tak jauh JJ je.Aku terus meng order nasi ayam, lapar dowh, dari pagi aku tak makan.Tapi jumpa HM aku rasa lapar.Tak tahu lah petanda baik atau buruk kan… kang aku makan tak berhenti-henti tak elok pulak.kami order juga sotong kangkung.Hrm teringat sotong kangkung teringat dekat kawan aku si Farah Etilia yang bising pasal kedai dekat TC yang melayan beliau macam bebudak.Memang aku kenal tokey kedai tu, agak tidak respect sikit customer.ramai dah orang kena dengan dia, tak tahulah cara dia macam tak nak meniaga jer.Bukan tak boleh cakap elok-elok kan, kita orang bukan tak paham.maybe makcik tu period or something sebab tu terkena angin dia macam tu kot.Takpe harap-harap dia sedarlah perbuatan dia tu nanti tak bawa untung, tak pasal-pasal pelanggan lari.

Lepas makan, kitoerang ronda-ronda ke kedai buku.Aku suka pergi ke kedai buku.Walaupun sekarang duk baca semua benda guna ebook, tapi tak ada yang boleh menandingi kehebatan bau buku.Okay kalau korunk pernah masuk kedai buku mesti ada “bau’ buku kan, tak pun korunk masuk library ker, haaa bau tulah aku maksudkan.Dulu, rajin juga aku lepak dekat Times, dekat border sambil hirup kopi sambil baca buku.Seronok dekat situ tapi sekarang tengah renovate so tak boleh nak kesana.Minat aku dengan HM kebanyakkan sama, kira boleh kata sekepala lah.Lawak aku semua dia boleh terima, I felt like I can be my own self dengan dia.Aku memang tak suka jenis berpura-pura depan orang nak buat apa?tak selesa lah macam tu.Nak cerita apa, boleh cerita, nak tanya apa, boleh tanya, nak buat apa, boleh…err ini tak boleh hahaha…dengan si “Dia” dulu boleh lah… :devil: astaghfirullahalazim, jangan fikir bukan-bukan.Kita orang je tahu benda ni , oh tak, lupa pulak polis yang ketuk estima tu pun tahu :-P .. Berdebor time tu … nasib baik tak ada pape kalau tk dah ada 2 anak dah sekarang ni hehehe

Ni aku melalut lagi, ok lepas ini tak dah, lepas masuk kedai buku, belek2 buku Photonics Principles and Practices dengan Microcontroller 8051 padahal belek GLAM,ELECTRONIC GAMING MONTHLY kita orang decide it’s time to go home.So singgah beli oreo mcflurry dengan sundae chocolate dengan cornetto benda tah, yang penting chocolate…chocolate sapa tak suka chocolate?Oh ada , ada orang tak suka, mungkin die suka benda lain kot vanilla maybe, siap nak simpan dalam tisu lagi  :-P .Uih tak baik, tak baik ingat ish…

Lepas tu gini antar dekat Rini yang seronok sangat dapat tempahan dia, haih tetiba rasa mcm ada ciri-ciri buat delivery McD, lagipun dah ada experience dalam menghantar cupcakes kan  boleh masuk dalam resume gitu :laugh:, apa yang penting halal kan….. itulah sebaik-baiknya.Lepas, tu gerak ke rumah HM, dah nak dekat sampai rasa macam awal lagi, so pusing kejap dekat sekitar kota, wah jam sana sini so berjalan dalam jem lah.Tapi seronok, banyak menda boleh buat, maksud aku berborak, dalam kejemman <—— ayat menda ni .. kota, aku terpandang lah, ada restoran ni yang nama die pelik sikit , satu lagi syarikat ni yang nama die macam agak menarik juga.Jadi mulalah huru-hara dalam kereta dengan hilai gelak ketawa yang di selang seli dengan batuk akibat kekeringan tekak.So pusing-pusing.HAbis dah bergelak ketawa mujur tak terkencing, aku pun pusing ke rumah HM.Best lepak dengan HM hari ini atleast takde lah aku buat menda yang sama je tiap-tiap dengan mengadap buku.Bak kata-kata status MAZ daripada mengadap bussiness plan baik mengadap The Ugly Truth walaupun aku prefer tgk how to lose a guy in 10 days. :heart:

Oh tadi aku baru beri member aku cerita Spartacus.Memang cerita ini terbaik, kalau sesapa yang suka ganas dan ada ehem2 sedikit. :devil: sikit apa, banyak kot.Tapi most of them tak boleh lawan 10K, tul  tak D?gilah tengok kalau tak percaya.Aku suruh tgk cerita bukan tgk dia.Muka hero dalam cerita ni takdalah smart tapi badan diaorang macam katang -katang gitu.Boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang menyukai kehidupan di GYM, boleh jadi sumber inspirasi.Ada satu orang jahat ni, watak dia sebagai healer ala -ala doktor dalam cerita di mana tugas dia merawat para gladiator ni.Muka dia macam tikus sikit, bukanlah nak kata hidung dia macam mickey mouse tidak, tapi gigi dia cam tikus sikit.Mula-mula macam tak ingat dia ni takde lah watak penting, last-last jadi penting.Yang paling geli sikit, doktor ni rupanya homoseksual.Kira masa dia rawat gladiator dia amik advantage sikit lah, doktor memang gitu ke?entah ar.Tapi ending healer/doktor ni tak berapa best since die kononnya mastermind dalam konspirasi ni last-last mati dekat gelanggang di tangan hero.Patut dia buatlah orang jahat kuat sikit baru boleh best tgk.Ok, ok aku tahu aku dah melarat dah ke movie.Apa-apapun trylah cari cerita ini memang masyuk.

Buat pertama kalinya lepas aku balik rumah, aku nampak house mate aku menyediakan makan malam, hahaha malam ni tugas aku nak makan je lah.Tak payah nak kupas bawang and everything.Boleh tahan gak dieorang masak.Ayam goreng jer hehehe.Ok lah tu dari makan telur je kan.Aku dah agak kurang memasak dah sekarang since dieorang suke sangat lepak luar tgk bola.So malas nak penat memasak, tapi tak leh blah juga bila aku masuk dapur “Uit ko letak garam tak?kenapa ajinamoto ada dekat sini?”,”Eh, letak, eh ni ajinamoto ker?aku ingat garam”KWANG KWANG KWANG ….

HM buzz aku di Ym, so borak jap lah sambil aku buat assignment mandarin aku.Hurm, lenguh juga tangan nak tulis, atleast jawi tak de lah macam ni.Alhamdulillah sempat jugak aku siapkan,walaupun tergeliat tangan nak tulis.Seronok juga bila dah faham bahasa lain ini, baru rasa semangat satu Malaysia ye dak?Mak aih dah pukul 3pagi dah ni, lagi 12 jam aku ada kelas hehehe.So kena tidur sekarang lah nampak gayanya.Esok nak bangun buat business plan.Thanks HM for today, seronok sangat.I really do, I never laugh so hard as I laugh today.U really made my day.Thanks for being here. :rose:

P.S I know you love white rose, tapi dalam emoticon takde, takpe nanti kita gi cari yerp :lashes:

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »