Keropok dan Surprise

Tepat pukul 4 petang, aku akan bergegas menuju ke cafeteria untuk membeli makanan ringan kesukaan ramai, Keropok!!Kepada yang tidak mengenali keropok, saya suggest anda bertemu dengan Abg M untuk mendapat stock percuma dimana beliau menjalan perniagaan keropok antarabangsa @ international keropok business.. (memandai aku jep)..So seperti yang kita ketahui, makanan ney kebanyakannya kita semua dah berkenalan dengannya sejak dari bangku sekolah lagi, alah time-time die sepuloh sen lagi.Sekarang dah 20 sen sebatang, yang keping2 tu 10 sen lagi kot..hurm anyway, belilah aku keropok tu dalam Rm2.dapatlah dalam ..alah korunk kiralah sendiri.Sekelip mata jer, abis licin sampai tiada setitik kuah@lada@cili yang tinggal.memang terbaik lah keropok makcik cafeteria tu.Tapi maybe sebab kiteorang ney lapar sebab tu jadi sedap sangat.Tengah duduk-duduk merehatkan diri selepas menjamu selera tadi.Aku teringat cerita si Aizat pasal keropok yang agak terkenal jugaklah di kawasan rumah beliau, alah area2 nak menghala ke Pekan.So, Si Aizat ni lepas duduk makan2 keropok makcik yang memang gile komain lagi sedapnyer,terhabis licin lah rm1.apa lagi di tambah nya lagi rm1 dek tak puas menikmati juadah yang sedap gile ney,(sampai gile tu, lek lu~)Lepas tu, sedang duk mencelup@mencicah kuah keropok yang best tu, tetiba ternampaklah sehelai@seutas benda berwarna hitam di dalam kuahnya.Memula disangka rambut, tetapi bile di teliti bebetul ada kaki,sayap,dan badan~apa?BADAN?!!!!!!! rupa-rupanya apa yang di sangkakan rambut tadi adalah LIPAS!!!!WAH!!!!PATUTLAH SEDAP GILER KEROPOK TU!!memang kije giler betul , apa lagi kembang lah tekak si Aizat ney.Brother meja sebelah  tengah khusyuk lagi makan.Aizat apa lagi angkat kaki la bai.Pesan kepada makcik keropok terbabit mana tahu kalau2 die terbaca blog ney kan, kalau bela serangga tu kenalah di tempat yang betul,kalau dah men terlepas macam ney tak dapat den ank nolongnyer.Tapi aku risau satu benda jer kalau makcik tu respond “Lah memang pun saje letak, sebahagian dari ingredient turun – temurun tu”. :rotfl: .

Nota Kaki: Berhati-hati ketika mencelup keropok

Ok ney satu story lain yang takde sangkut paut dengan cerita di atas,satu hari yang lepas, hari apa, memang tak ingatlah kan,kalau ingat dah tulis takdelah pakai perkataan satu di mana ayat tu memang dah salahkan…so?biar ar~~!!!Ok,ok ,ok, nak sambung tulis.Aku dengan Nazz berjumpa dengan client sampai kul 11 mlm.Jadi niat nak ke coffee house memang terpaksa di batalkan, itupun si client tu nak jumpa balik pukul 11.30 dimana kami menolak permintaannya kemudian melalui tepon apple NAzz (ok macam tak perlu bagitahu jer kan?)..So Nazz kata apa benda yang boleh makan area sini?(sini adalah IM di mana tempat tinggal dia, so die tanya kita mana lah kita nak tahu)..Jadi Pusing2lah area bandar nak cari tempat makan, sampailah di satu kedai di area town2,ala~~kawasan town2 tu, sesiapa duduk kuantan tahulah, Malay town,Indian town,china town..kan senang namakan The WHOLE town sebagai 1Malaysia town( sambut seruan kerajaan)..Melayu suka makan India punya roti canai,India suka makan yong tow foo, cina suka makan nasi lemak… lagi semua orang suka itu MC Dono..haa 1 malaysia~~ ok OK next jumpalah, satu kedai makan ney, dulu pernah makan kat sini, range harga makan dalam rm10 keatas, minum dalam rm 5 keatas tak plus tax lagi, so Kiteorang orderlah air dan si nazz makan tomyam serta nasi putih.Dalam menunggu order, tetiba si waitress ney hulur kertas dekat aku, tgk2 no telepon ..ney apa benda pulak ney? hahaha sebenarnya no telepon tu password untuk wifi kat situ , tadi aku mintak,kan dah cerita..eh?takde eh?eh ada ar?tak de?serius..so?biar ar~dtang lah makanan dan minuman kiteorang.yang peliknya tomyam Nazz datang dengan Mee sekali, kelakor tak?bila ditanya jawapan nya berbunyi kat sini takda tomyum sup ada mee tom yam jer…so makan jer lah Nazz.Bile time nak bayar, minda aku yang hebat mengira secara imaginasi, air 6.50 +6.50+15(aku budget)+tax..Rm30. Datang bill, RM13..What~~~ Excuse me?What?!!!!rm13?biar betik…(tiru ayat lil scamp)…rupanya terdapat potongan 30% bagi setiap minuman dan makanan so aku macam Oh~okay.So next time boleh la datang sini lagi.nak tahu nama kedai?manaleh~~ Oh BtW kat sini pun ada jual all you can eat steamboat Rm22 satu kepala tak silap, maybe next time bleh dtang dan amakn disini lagi hehehe…Oh Air strawberry aku (nama betul tak ingat) memang sedap!!terbaik!!!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

9 Responses

  1. ikan keli terburai dengan mata terjojol pun sedap lagi…
    ada sapa2 yang jumpa binatang yang lebih mengerikan? :laugh:

  2. aku pernah makan nasi kat warung…punyalah sedapp..last2 tgk kat pinggan ada binatang terburai perut!!

    binatang tu adalah ikan keli..memg sedap

  3. alah kepohh
    sekolah aku dulu lg power
    ada cicak meh
    siap terburaiburai organ dalm dia
    tulahh pasal aku bengong skunk nih
    aiiiih
    -___________-” :silly:

  4. Wah WAh wAh…Dah lupa ker?keropok itu hanya untuk international punya orang saja ok?Btw, lipas adalah ingredient yang baru aku hari ini, selalunya pakai rambut je :-P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »