hari ini, hari memboling

Hari ini life starts at 3p.m. awal lah sikit.Cik kura-kura dah marah aku pasal aku melambatkan waktu zohor.Haih,nasib baik ada kawan yang suka tolong mengingatkan, sebab kadang-kala aku mudah lupa (bukan nyanyuk tapi melayu :-)) )Jadi selepas bangun, aku pergi berjumpa dengan Cik Agy, untuk meminta gambar yang di snapnya (aku yang snap sebenarnya) malam sebelum itu.

Sempat makan kek chocolate indulgance bersama mee goreng , nyum nyum nyum..minta maaf aunty, saya tak dapat nak balas jasa aunty dengan melipat baju.Untung betul si Apik, gf bagi kek hehehehehe.Dah dekat maghrib aku plan dengan Twins untuk melepaskan kesangapan untuk bermain boling .Boling bukan lubang tahu?hahahaha kalau sesiapa yang tak faham, boleh rujuk kepada dialog farid kamil dari movie aku masih dara.

Selepas maghrib , aku pergi ambil twins dekat rumah.Guess what?dapat hadiah dari Singapore beybeh~ hahahaha thanks tau…ingat juga korunk dekat hamba ini, seperti perkara harus,mestilah harus upload gambar kan bagi jealous sikit… :-D

dari universal studio singapore

Oh ni adalah second hadiah aku dapat dari luar negara, yang first dapat dari cousin aku Iryati Juwita, gift from Ireland beybeh hehehe.Selok ork bunyinya?mestilah benda susah dapat maaa….yang kata selok tu ada ker?tak ada kan?hahaha :-D , ok tak mahu gaduh gaduh, kita semua family dekat sini.

So sampailah aku dekat boling alley tempah tumpah peluh dan darah aku.Seriously,darah aku pernah tumpah dekat sini, peluh jangan cakap, berkati-kati dah.Mula-mula aku plan nak main 3 games je tapi memandagkan mereka berdua bergitu semangat nak berentap, aku pun tibailah sampai 5 game.Lama tak main boling ini agak berkarat jugalah…Oh aku nak perkenalkan dulu…ini si charge, dia keluar dari perut storm…

Cik cas

aku rasa dah beberapa tahun dah cik cas berkhidmat untuk aku, dah lama dah rasanya.Tapi still bersemangat untuk menjatuhkan musuh-musuh putih yang durjana.Aku ingat nak beli juga bola baru, tapi kena fikirkan budget juga.Anyway thanks tau cik cas…

Tak comey pun buat macam tu

Sempat bergambar dengan lensa 3.2Megapixel lagi tu.Selepas bergelut dengan peluh dan aku yang berbau Paco Rabbane dah bertukar berbau pak busuk, inilah hasil dia…aku tahu, takdelah bagus mana pun tapi ini je lah yang aku mampu lakukan setelah beberapa lama tak training…

amacam?boleh challenge tak?

Alamak!!!tersengaja upload besar sudah, so tak adalah kata tak boleh nak nampak kan?Lepas dah main-main biasalah perut akan merasa lapar dan tekak merasa dahaga.So aku mengambil keputusan untuk makan beybeh~Tapi sebelum tu aku turun kejap ke bawah, kononnya nak check harga kinect.Tanya sama tokey tu, dia kata rm680.Aku kata, takpe “wa fikir dulu,nanti wa datang balik,” ..dalam banyak-banyak kedai , kedai ini je yang promote kinect dekat depan kedai.So aku tengok lah Abg terkial-kial nak try, aku pun yang terer sikit, sikit jelah tak delah banyak pun….Settlekanlah masalah dia…kemudian…

Terkinja-kinja lah kiteorang main ping -pong, ramai pula orang tengok kita orang main, dah rasa macam main untuk Malaysia dah pula.Siap bagi tepukan lagi bila kita orang score hahahaha :laugh: .Masa tu jugalah si Am, dengan Adik msg,haha maaflah,tangan sibuk memukul bola.

So next stop, Ping Pong eh Padi, so sampai-sampai lepak denngan twins dengan Am.Berborak-borak seketika, dan kemudian di temani dengan Agy yang datang untuk mentaau makanan, eceh alasan je nak tapau makanan kan gy?Hehehe… gambar ada ambil tapi tak ada pada aku, so tak boleh nak upload…Okeylah tata

p.s tiba-tiba aku terjatuh cinta dengan lagu perfect nightmare dari   shontelle,or is it the song or …? :evilgrin:

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

  1. ayoy:yup tak seberapa,,,jatuh cinta tu sakit, tak mahu hahaha
    fairuz:beybeh beybeh nak lawan justin bibir
    eyla:seangkatan sebenarnya, tapi dia tua sikit jadi bagi dia menang lor hahaha…adha is my along :-D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »