Salam perkenalan, dekat sini nak kongsi pengalaman sikit.(asyik kongsi pengalaman je kan) , fenomena smartphone sekarang semakin menjadi-jadi tak kiralah anda seorang pengguna BB(blackberry bukan bukit bintang dan KLCC), iPhone ataupun Android dan pelbagai lagi yang sewaktu dengannya.Kepada yang celik I.T mungkin suka mengexplorekan gadget-gadget canggih ini.Kepada yang memilih untuk memanfaatkan sepenuhnya gadget ni memang dapat kepuasan impak maksima.
Dekat sini nak cerita sikit tentang satu aplikasi yang bernama foursquare.Kepada yang tak tahu, boleh pergi website tersebut untuk dapatkan informasi dan mungkin anda boleh membeli aplikasi tersebut dan mula menggunakannya jika berminat.
Pelbagai komen yang positif yang aku dengar dari pengguna aplikasi, dapat infolah, dapat kawanlah and etc.Chup!! Chup!! Chup!!! Sekarang nak cerita tentang dari pengalaman aku tengoklah kan.Setiap kali anda check in, aplikasi ini akan mengupdatekan info tentang di mana anda berada, macam nak bagi tahulah anda dekat mana, location pointer omputih kata.Tak ada masalah , itu hak masing-masing nak guna benda alah ni kan.Tapi beberapa keburukan yang aku nampak di senaraikan di bawah..
1. Agak merbahaya kepada kesihatan- kerana contoh kalau anda ini seorang yang terlalu pintar anda akan check in setiba dimana-mana lokasi betul?yang menjadikan ia merbahaya kerana kalau anda terlebih pintar, anda update ketika anda di ATM machine, di bank dan sekiranya anda menjadi tempat seperti bank, atm ini sebagai rutin harian anda, mungkin anda seorang pekerja bank,akauntan,atau ahli perniagaan, anda membahayakan diri anda sendiri sebenarnya.Sedar tak sedar anda memberitahu orang rutin harian anda.
2.Hak andalah nak update dekat mana pun,tapi tolonglah takkan jamban pun nak updatekan.Perlu ke bagitahu orang benda tu semua, bagi aku tak perlu kot.Second kalau yang rajin ke masjid tu, alhamdulillah, tapi tak perlulah update 5 kali sehari anda dekat masjid, maybe nak menunjuk atau riak tak tahu lah pula kan niat tu.Tapi hak andalah kan nak buat macam mana.
3. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan aku ni, tapi takpelah ini pandangan aku bukan pandangan anda.Kita mungkin tak sepandangan kot.huhuhu.maybe anda ada cita-cita murni nak jadi ‘mayor’ masjid negara hehehe.
Rasa tak ada benda lain aku nak tulis,cuma nak kongsi cerita jer…
*P.S dari ‘mayor’ masjid lebih baik jadi imam masjid… ;-)
3 Responses
Mayor Masjid? Gahahahahahahahahaha.. Memang lawak.. :D
hahaha jamban pun nak bagi tahu ker?jadi mayor jamban lah gitu..
Akuh pun pakai gop foursquare ini… tapi tak adalah sampai update nak bagi tahu akku check in dekat masjid, benda kita dengan tuhan, biar tuhan je tahu kenapa nak menunjuk-nunjuk kita ini kuat pergi solat?Riak gila siapa yang buat macam tu….