FYP , Digital Design Viva dan Innovation Management

Hai kawan-kawan!!! Apa khabar anda semua?Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.Disini ingin saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana kesibukan jadi blog ini jarang dapat diupdatekan seperti biasa.Well, I’m back!!

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada partner project saya  encik Zulhilmi kerana telah berjaya melaksanakan projek mega kami, projek mega bukan cinta mega iyerk?Jadi kemanakah saya telah menghilangkan diri?dan apakah itu FYP?FYP adalah final year project.

Semester lepas kami telah membuat keputusan untuk mencipta suatu projek iaitu security system for home/office based on 8051.Objektif kami pada mulanya adalah untuk membuat suatu system yang mampu untuk memanggil penghuni sekiranya berlaku ancaman keselamatan.Walaubagaimanapun, setelah di telitikan, kami merasakan bahawa panggilan telefon adalah sukar dan tidak practicable.Jadi kami telah menukarkan sistem kepada SMS.

Kenapa kami menggunakan SMS?Ini kerana peratus pengguna telefon untuk menggangkat telefon dan membaca SMS, membaca SMS lebih tinggi peratusannya.bayangkan anda berada di dalam meeting atau lecture hall, yang mana lebih berkesan?Tentu susah nak nampak orang bergayut didalam lecture hall daripada ber SMS kan?

Setelah beberapa hari tidak melelapkan mata akhirnya keyakinan untuk berdepan dengan presentation day telah bertambah kuat.Bukan apa, yang dirisaukan adalah kejadian tidak diingini.kadang-kala masa tulah sistem nak down, battery nak kong, prepaid nak abis, air tak bawa, sensor buat hal dan pelbagai lagi adrgan yang tidak ingin kita lihat berlaku.

The presentation went well, not great but well.Kenapa saya kata tidak Great?sistem berjalan,soalan dapat dijawab, cuma part hardware mengalami sedikit masalah berkaitan penerangan dengan litar.Tetapi saya percaya, semuanya okey.Bagi saya yang membuat software, tidak banyak masalah yang diutarakan.Walau bagaimanapun saya bersyukur semua berjalan dengan lancar.Harap-harap kami dapat good gred lah kan…hehehe

I know, it doesn't seems much, but it's a home eceh~
come on inside
aku memang nebes~
Mr Zoul~

Gambar tak banyak diambil since yang mengambil gambar adalah Zul.Aku yang memang tengah nebes dan tidak senang duduk, masakan nak bergambar-gamabr pulak kan?tapi adalah beberapa freelancer, salah seorangnya Aina, adalah mensnap gambar aku.dah tulis dekat sini nanti nak gi jumpa Aina minta gambar hahaha.

Keesokan harinya pula,awal-awal pagi aku dah bergerak ke universiti untuk viva digital design,bagi yang tidak tahu viva tu apa dan sebelum kome semua tersalah anggap dengan viva la vida loca, meh aku terangkan sedikit.Viva tu boleh diibaratkan seperti presentation juga, cuma apa yang berlainan di sini, bila presentation selalunya kita kan present dan ada Q&A tapi viva ada tambahan, kena alter program.Haaa, jadi dekat sini boleh lah detect kau buat kerja ke, atau copy kerja orang.

Walau bagaimanapun, tengah bersemangat nak viva, boleh pulak di pagi Jumaat yang mulia ni, ada pula fire drill, dan full simulation pula, sampai aku semua terpaksa ke dewan dan berkumpul di padang , di keterikan matahari.

Bukan nak complain tapi aku rasa agak geram jugalah, manakan tidaknya, kepala penuh dengan ilmu tambah dengan nebes nyer, dengan tidak cukup tidurnya, FYI aku tido sejam jer, dari 6.30 sampai 7.30 pagi, study untuk DD dan juga ada sedikit masalah dengan inno.Jadi memang temper aku sangat tinggi, kalau ikut hati nak je aku menjerit sekuat-kuat hati time tu, tapi biasalah aku ni cool orang nyer,..jeritan batin je lah…

Semua sekali disuruh ke dewan untuk mendengar ceramah dari pasukan bomba yang bertugas tentang waste engineering dan 5s danbeberapa perkara yang aku dah dengar bebribu-ribu kali.terima kasih kepada fire drill dan ceramah ini, aku selesai berviva sehingga pukul 1.15ptg (notis,hari ini jumaat yer, dan aku ada presentation pada pukul 3 petang).Tension meamng cukup tension.Tapi aku harung juga,nak buat macam manakan..housemate aku je tahu bertapa tensionnya aku haritu, tapi ada sebab lain lagi, nanti aku ceritainn dalam entri lain.

Petang itu , kumpulan aku last sekali present, nasib baik last dan miss dah cool down sedikit.Aku pelik juga dieorang ni, dah miss kata present dalam 10 minit, korunk drag sampai 40minit buat apa?10 minit   tu, 10 minit lah kan..apa susah sangat.Aku balik dan samapi ke rumah dekat pukul 7 ptg.Samapi dirumah, aku terus bersiap-siap..nak kemana kata anda?nantikan entri seterusnya..sebab saya dah nak tido ni..kul 2.42 pg dah..orait bye bye…

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak