Bila aku kata…
“aku sedang berubah “
kadang kala diri ini terbabas juga.
maka,
tegurlah, bukan menghukum.
sayangilah, bukan menfitnah.
maafkanlah, bukan membenci.
mudahkanlah, bukan menyusah.
jadi,ingatkanlah aku,bukan mengejek.
kerana diri ini masih lemah.
mudah terlupa, mudah terleka.
dan aku cuma musafir, yang perlukan panduan. – A
Kita manusia, bukan sempurna.Menasihati bukan maksud kita lebih baik, tetapi sama – sama berkongsi apa yang terbaik.
Hari ini biar lebih elok dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini.
Kita kejar tempat yang sama. Tempat mulia di sisi Dia.
3 Responses
betul, sama – sama improve kan diri masing – masing ^^
insyaAllah…same2 kte tegur ye…=)
manusia mudah alpha..