Berapa harga diri kau sebenarnya

Tetiba dah dekat pukul 4 pagi ini setelah habis menonton cerita Charlie St Cloud lakonan Zac Efron dari high School Musical tu, aku terfikir balik tentang apa aku nampak dekat Mall sewaktu aku pergi beli hard disk tadi.Macam biasa, dekat mall-mall memang banyaklah couple-couple keluar hari ini kan,maklumlah cuti, so masa inilah nak berjumpa dengan kesayangan Eceh :-)) .

So rata-rata bila berjalan tu ramailah yang berpimpin tangan, mesra orang kata.Dari yang dewasa sampailah yang aku rasa muka dieorang ni baru habis PMR,semua macam tu.Yang duudk -duduk di bangku kerusi dan tangga-tangga mall semuanya saling bermesra antara satu sama lain.Lepas tu , kalau yang duduk dekat abngku tu mesti tangan dah merayap tempat lain, siap berpelukan lagi, alah biasalah normal lah kan?bila couple mesti KENA macam ini kan…kalau tak, tak payahlah couple.Ini menurut pandangan beberapa orang yang aku pernah tanya.So pendapat, aku dengar jelah kan…

Okay, kalau yang depan kita ini , mungkin setakat sampai di situ tapi realitinya kalau di belakang, confirm lebih daripada itu, kalaulah dekat public kita relaks pegang depan orang, dekat belakang apatah lagi kan..Ingat bila berdua mesti ada yang ketiga , NAsib baik yang ketiga tu pandai rap macam ALTIMET kan :-P.Daripada cerita yang aku dengar daripada beberapa orang teman, memang lumrah orang zaman sekarang ni “beringan-ringan”, sampai tahap mana?itu aku tak tahulah kan…Cuba jer korunk surf internet banyak jer video yang boleh didapati di pasaran, eh di internet, rata-rata orang mealyu kita,yang bertudung semua.Tapi kebanyakannya yang bertudunglah.

Kebanyakan kalau kes kan selalunya mestilah salahkan kaum adam ini kan, kita orang yang selalunya jahatkan.Tapi kalau fikirkan balik, kenapa masa dirakam tu kaum hawa ini tak pula nampak membantah?kenapa macam follow script je,tak ada pula pisau yang ada dekat leher suruh korunk buat benda tu.takde pulak pistol ke apa ke kan?tapi korunk buat juga.So macam tak adillah salahkan kaum adam sematakan…

Ada satu cerita aku dengar,dua orang ini couple bukan main lama, tetiba si perempuan ini berubah, so si lelaki ini pelik lah, then tiba-tiba kantoi ada lelaki lain.So si lelaki yang dah bertahun bersama ini ditinggalkanlah begitu sahaja, walhal lelaki inilah berjemput berhantar,bagi pinjam duit segala, then tetiba selang beberapa ketika,si gadis ini datang balik, tapi bukan datang sorang tapi datang berdua,BERDUA.Kau orang faham tak?Selama bertahun dia dgn mamat ni, tak pernah pula jadi macam ni, tetiba dgn amamt yang baru kenal ni, ko boleh jadi mama tanpa perlu ada akad nikah kan..express terus, dia jump 3 stage terus ahahaha…Lepas tu si mamat ni nak buat apa lagi?nak jadi pak sanggup tak perlu lah kan?tapi still dia bagi moral support, yelah dulukan gadis ini lah yang di cintaik..eh cintai.Si bapa tak sah tu pergi mana?bawa diri ke UK katanya,nak sambung belajar.So salah siapa?mamatyang ditnggalkan?atau mamat yang meninggalkan atau pun gadis yang merelakan…?terpualnglah nak pilih mana satu kan…

Ada pula yang jenis bertanggungjawab, yang dah buat tapi rela bertanggungjawab, tapi ada pula halangan, si gadis malu tak mahu ‘baby’ takut kacau pelajaran,family tak mahu juga sebab takut malu, masalah juga, si pemuda nak tanggungjawab tapi orang sekeliling pula tak nak , so nak salahkan siapa?pemuda ke?gadis ke?family ka?pilih sendiri dan jawab tak lebih dari 100 patah perkataan.

Kepada yang berpasangan bagai nak gila, macam -macam dah “eksperimen biologi” dah buat tetiba pasangan boleh pula lari kan?Kemudian kata-kata seperti “awak deserve yang lebih baik daripada saya” atau “awak akan bertemu dengan orang yang lebih baik “atau “awak baik,awak deserve orang yang baik” dan beberapa ribu ayat cliche yang lain diseburkan… kalau lah dikatakan kita ini baik, dan deserve orang yang lebih baik,maksudnya ada 2 je, sama ada si perempuan ini tak cukup baik dan ternyata dia teruk jadi ini point pertama, dan di deserve orang yang teruk jugak maknanya pengganti kepada korunk inilah sorry to SOB pasal die deserve perempuan ini.Haaa betul kan?

Tapi ada pula yang kelakarnya, sebab apa bila si perempuan ini nak blah and kata “die boleh bimbing saya, dia baik, dia tak teruk,dia alim, dia hensem, dan seribu satu ‘dia’ yang baik2 kan, pada pandangan awaklah kan, dia deserve ke awak yang ‘teruk’ ni?bukan patut awak berikan die peluang untuk bersama dengan perempuan yang baik juga ker?awak tak deserve die kan?so kesianlah dekat lelaki yang baik tu…tapi kalau fikir balik mungkin ini semua alasan je kan… maybe die nak try ‘barang’ baru, pepatah kan mengatakan habis madu sepah dibuang, so dah banyak kali buat eksperimen biologi jadi nak cari subject baru, bak kata-kata scientist for the sake of science. :-D

Lelaki,kita orang tak rugi apa pun, yang rugi adalah perempuan.So kalau kau orang jumpa, lelaki yang bila kau ready nak serah body kau, and lelaki tu refuse, come on tak pakai otak ke pasal apa?pasal dalam jahat,keji,tak jujur, bodoh,tak malu,tak ingat dosa, lelaki tu tak mahu rosakkan engkau pasal die ada plan lain.Plan apa?simple mungkin,just mungkin lelaki tu nak engkau jadi bini dia.Kalau kau setakat nak buat sedap,nak seronok,nak enjoy,nak geli2 jer, confirm dah lama dia tibai.Yea, ibarat kau adalah perempuan murahan, perempuan tak elok, so tibai je lah kan.

Jadi kalaulah jenis perempuan yang dapat lelaki macam ini, dia tak boleh fikir lagi, and dia mencari pulak ‘toy’ lain, jangan salahkan lelaki ini fikir, “you r here just because of the S word, so kau tak dapat kepuasan jadi cari orang yang boleh bagi kau kepuasan.Maybe kau akan puas hati bila orang rosakan engkau..entah, baru-baru ini aku tengok cerita BBT , and perempuan ni cakap “Just because I want to have a good time with you, doesn’t me I want to have a serious relationship”, so kalau berkenalan dengan perempuan macam ini, tak boleh nak kata apalah kan….

Dulu masa borak-borak dengan kawan-kawan sengal aku dekat kuantan, dia orang ada cakap yang ada sesetengah perempua dia nak ‘benda’ ni, clean relationship dia tak suka.Aku tak tahulah sejauh mana kebenaran pasal tak ada pula aku nak pergi tanya kaum Hawa soalan macam tu.”oit,betul ke korunk ni nak sex semata” salah orang aku tanya tak pasal hinggap penampar dekat muka aku.Berbekas pulak nanti.

tupai-tupai

kalau betullah ada jenis perempuan macam ini wujud, aku nak ingatkan lagi sekali, lelaki tak rugi apa-apa pun, tapi perempuan yang rugi,kau jagalah leklok jgn sampai kena tebuk tupai…sebab itu je benda kau orang ada, and once its gone… u have nothing even if you have everything in the world, you have nothing.Seriously….

dulu pernah rakan sekuliah berkata, “aku lepaskan dia pasal dia tak puas nak kenal dunia”Yelah sebab aku, aku larang dia buat bukan-bukan”, Tapi perempuan tu tak fikir orang larang pasal apa?pasal orang care pasal engkau.Care di sini bukannya menyokong setiap perbuatan kau, tapi bermaksud Kami akan melarang dan menasihati engkau daripada membuat sesuatu yang tak elok selalunya dipengaruhi oleh rakan-rakan kau yang membawa pengaruh tak baik.Tapi kau ada otak,so fikirkan lah sendiri sebab betapa susah pun jaga engkau, kalau engkau nak rosak, kau rosak juga.

kadang-kala orang yang tegur benda kita buat sebab dia nampak kita rosakkan diiri kita, tapi biasalah bila orang tegur, mana nak dengarkan, kita prefer ikut member yang tak larang kita buat salahkan, lagi best kalau dia mengiyakan perbuatan tu.SERONOK!!bagaikan dunia ana yang punya hehehe.Jom keluar lepak malam, JOM!! jom, kita berpesta botol bergelimpangan JOM!!jom pergi konsert,JOM!!!JOM, seronok kan?hahaha tahu seronok…tengok bila malang jadi nanti seronok ke tak…

Tapi biasalah orang tgh seronok dia lupa, dia lupa diri.Bila dapat ‘permainan’ benda lain tk penting, campak ke tepi.Reputasi kau gadis baik, tercalar pasal kau nk bergalak dgn jantan yg kau kenal.Yelah lepas jantan ni, jantan lain pula….Elok2 orang suka, orang benci tak pasal….tapi mungkin, mungkin tak pakai otak kot.atau termisplace otak somewhere kot..tak tahulah..

Sebab tu dari pengamatan aku,dari cerita aku dengar, dari apa yang aku nampak, the question is, berapa harga diri kau sebenarnya?Contoh kalau kau pernah ‘bersama’ dengan pakwe-pakwe kau, pakwe yang sekarang ini nak percaya kau tak buat? :silly:.tapi kesian, cukup kesian kepada lelaki yang terkini kalau macam tu, nak -nak kau jenis baik, alim, segalanya kan… kau lah sumber inspirasi, kau lah penyeri, kaulah yang tolong buat assigment, kaulah yang berkejar nak beli tiket konsert,One word kepada lelaki terkini, kauu sudah terkena si Tolol.Tapi tak boleh kita nak slahkan lelaki terkini kan, dia mana tahu perempuan jenis apa yang dia dapat, ye lah sebab reputasi dia baik, pakai tudung,Ish takkanlah buat benda-benda gitu…percayalah apa yang kau nak percaya.Takkan nak paksa kot.

Yang sayangnya lelaki terkini, kalau yang aku dapat di tebuk tupai, yang dah pernah “bereskperimen dengan lelaki lain”, nasib engkaulah kan… kadang kala lagi bodoh pasal apa, pasal kau ingat si dia setia sangat, tapi belakang dia jumpa lelaki lain boleh bercumbu mesra.So, agaknya ada betullah kata-kata sahabat aku perempuan (tak semua, sebab takkan nila setitik rosak susu sebelanga) memang nak ‘benda’ tu.

Okaylah nanti sambung lagi…

*Sorry kalau post ini agak bias, tapi ini pandangan je, tak semua perempuan macam ini,cuma sesetengah je…..Dulu ada kes perempuan berjubah, tapi tengok2 si lelaki sedap jadi ‘baby’ kat dalam jubah..haaa fikirkan lah

*kepada perumpamaan ditebuk tupai, jangan pulak ada yang cuba mengaitkan TUPAI dengan diri sendiri, bila aku baca balik tergelak juga,mana tahu ada yang terasa.Sebab kalau aku refer kau,aku tak panggil tupai, aku panggil doktor tikus 8-) and ku tahu dikau baca…   kudos mate…

WHATCHA PROFBLEFM TOFDAY? "DAMN I NEED TO GET A BRACES"

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

5 Responses

  1. buat pertama kali, we see eye to eye stalker.Takpe, lama-lama terbongkar juga.Kalau betullah pakwe baru tu baik, lepaslah dia dengan orang baik juga, kau yang dah kotor insaflah bukan nak pergi rosakkan lelaki baik…
    P.S nasib baik aku jahat…huahuahuaua :laugh:

  2. mulia sungguh ko Razz, kalau aku, memang tak dapatlah.Tapi bagi akulah kan kalau ada yang da pernah antar ringan-ringan hingga tahap hampir berat , dan dia still boleh nak ke lelaki lain pula , memang jenis SUND*L lah perempuan jenis ini.Yelah kalau dengan ex dia boleh beraksi demikian , inikan pula dengan yang baru…. alasan seperti dia tak deserve kita yang baik, kita boleh dapat yang lebih baik, memang lame gila… aku setuju dengan nashrick pasal ni.Bottom line is yang dapat perempuan itu sekarang adalah bukan TOLOL dah , BAdiGOL, BahLol, dapat bekas orang… :no:

  3. salam,
    Nk kongsi cerita sedikit seb mcm ada kn dgn hamba skit cerita ini.Dulu kami bercinta lama dekat 4 tahun,dan dan si dia berubah kerana orang ketiga.Kononnya orang ketiga ini mampu jaga dia since mamat ini dah bekerja dan hamba menuntut di tahun akhir.Selang beberapa bulan, si dia datang menemui hamba,kononnya ingin menyambung perhubungan yang terputusan.Hamba baru je grad pada ketika itu, sudi menerimanya kembali.semua indah kembali, tapi mungkin dek rasa bersalah, si dia memberitahu bahawa dia pernah terlanjur dgn mamat tu… hamba rasa kecewa kerana selama dgn hamba tak adalah sampai ke tahap begitu.Mungkin kerana cinta, hamba sudi menerimanya lagi…. kini hamba beserah kepadaNya moga diberi petunjuk…maaf panjang pulak komen… :-P

  4. Tak semua perempuan mcm tu, sesetengahnya mungkin, tapi tak semua.Dan bukannya free hair tu tak elok semuanya, kadangkala lagi baik daripada yang bertudung…

  5. Perempuan sekarang banyak dah rosak.susah nak cari yang molek bro, so pandailah buat keputusan.ada yang seksi tapi sebenarnya molek, tapi ada yang bertudung kononnya tapi perangai belakang mcm biatch… so fikirlah sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak