Aku tak tahu nak kata apa dah sekarang.Apa sahaja aku buat memang selalu tak kena.Memang kau tak pernah puas kan?Kadang -kala kalau kau ada kuasa besar sekali pun kau janganlah nak dengki dengan aku.Aku tak buat apa-apa pun dekat kau.Kau ingat kau cepat daripada aku,kau ingat kau cepat daripada semua orang,memang aku akui engkau cepat daripada aku serba – serbi tapi itu sebab kau punyai kuasa.
Aku tahu, aku kejar macam mana pun memang aku tak boleh kejar engkau, aku kena adaptkan diri dengan kau, aku kena cari jalan untuk sebati dengan kau.Aku kena belajar menerima bukan nak mengejar atau marah pasal kau memang dah jenis macam tu.Cakap pun tak guna, tak ada orang boleh larang kau.Kau kan bagus, orang semua kena ikut kau.Takkan kau nak ikut kiteorang pula, terbalik lah pulak hukum alam kan?
Ikut engkaulah apa engkau nak buat, aku malas nak fikir pasal kau dah.Aku redha je dengan perangai kau, nak kejar kau?lambat lagi.Tapi itu bukan maksud aku mengalah , aku takkan mengalah pasal suatu hari nanti aku akan berjaya , bukan untuk mengatasi kau tapi sama level dengan kau pun dah cukup.Waktu itu, aku tahu kau takkan puas hati dengan aku, atau kalau kau jenis baik, memang kau akan salute aku waktu itu.Tak apa biar kau menang dulu.Engkau memang selalu menang pun,mana pernah kau kalah.Ego kau tinggi sangat, orang suruh berhenti kau pergi, orang suruh kau perlahan, kau laju, tapi kadang-kadang kalau orang suruh kau laju, kau berlumba dengan siput pun kau kalah.Memang kau jenis tak dengar kata, aku tahu , kau memang tak nak dengar pun kan, kau pun memang jenis tak boleh dengar atau ikut kata orang, kau diri kau sendiri.otak kau sendiri, orang cakap apa kau buat dek je dan terus berlari.
Tahulah kau pentingkan, tapi kadang-kala aku harap kau boleh perlahan, aku tak suruh kau undur semula tapi kalau kau perlahan memang aku hargai sangat.Letih kejar kau tahu tak?Dah nak bercucuran airmata, peluh,air -air lain yang aku tak nak sebut, pasal nak kejar kau.So kita cool eh?Aku harap kita cool, cukup lah dengki dekat aku dengan orang lain.Memang kau hebat, tak payah tunjuk kau hebat boleh.Tapi kalau dah ada tu, jangan lah nak menunjuk-menunjuk, tak baik.So kita cool eh, minta maaf lah aku marah kau.Okey aku nak tidur dah ini.Aku nak ucap goodnight dekat kau pun tak guna , kau bukan tidur pun.Kau bergerak 24 jam sehari.So teruskan lah kerja engkau ye MASA.BYE!!!!
3 Responses
teruk dah kes kau ni weyh!
Nadirah:melepaskan perasaan
Nadz:berat sampai tak boleh pikul eh…
huih ini dah kes berat..