Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan hari jadi adinda ku, Iq. Kedai yang menjadi pilihan, Shin Nihon, Desa Sri Hartamas.
Shin Nihon merupakan restoran yakiniku, yang membawa maksud “grilled meat” atau daging panggang. Shin Nihon ni berasal dari Tokyo dan kita sangat bernasib baik sebab sekarang dah ada di Kuala Lumpur.
Tiba hari yang di nantikan, kami pun sampailah di Shin Nihon yang terletak di Desa Sri Hartamas. Satu benda yang aku kurang minat, tempat letak kereta kawasan ini sangat payah. Jadi kenalah bersabar, berpusing – pusing mencari parking.
Sampai di pintu restoran, kami di sambut dengan meriah. Pekerja di sini sangat ramah dan ringan tangan untuk membantu dari segi menjawab pertanyaan. Mereka juga boleh tolong masak kan untuk kita kalau kita mahu.
Kalau memasak daging, always, always go for Medium tahu?
Terdapat pelbagai jenis menu yang di tawarkan. Peringatan, kedai ini memang menawarkan kedai daging , jadi kalau anda mencari makanan laut mcm udang, ketam, atau ayam memang takde di sini. Datang ke sini, wagyu mestilah menjadi pilihan hati.
Terdapat dua jenis wagyu, dari Australia dan Jepun. Sila pilih Jepun. Daging Wagyu Jepun ni sudah cukup sedap , memandai dengan tambah sedikit garam sahaja, berbanding wagyu dari Australia yang selalunya memerlukan bahan perapan lain.
Wagyu: “ Wa” = Japanese , “Gyu” = Beef
Kepada yang tak tahu, wagyu ni harga dia agak tinggi di sebabkan kualiti daging tersebut. Kalau makan, dia punya kesan melt in your mouth tu memang perghhh orang kata, susah nak di gambarkan.
Adakah daging di sini halal? ya. Daging wagyu sebelum ini dimport dari Australia sahaja, walaupun wagyu berasal dari Jepun. Sejak syarikat bumiputera, AAH Nippon Sdn Bhd membuka jalan untuk mengimport wagyu asli dari jepun yang di sembelih mengikut syarak, kita beruntung dapat merasa sendiri wagyu di Malaysia. Nak pergi jepun, entah bila dapat merasa kannnn? Next target, Kobe Beef di Osaka ????.
Anda boleh pilih untuk makan secara ala carte atau boleh pilihan mengikut berat. Pada mulanya, aku plan nak order Premium Funa Mori , tapi risau tak habis (maklumlah, sekarang tak makan banyak ????) kita order Premium Nihonbashi Mori saja.
Untuk tambahan, kami order Yama Mori Kale Salad, dan Fried Potato dan dua nasi.
Rating? boleh bagi 5/5. Melt in your mouth punya feeling memang terbaik. Yama Mori Kale Salad dan Fried Potato pun boleh tahan.
Ada satu bahagian, Lean Cut, aku ingat kena potong dulu before grill, rupanya kena grill dulu before potong.Nasib baik staff dia datang tolong grill dan potongkan untuk kami. Kalau bagi aku buat tadi, memang rosaklah daging tu ????.
Shin Nihon till we meet again.
18 Responses
Hai nak tnya adakah kedai ni halal?
Owhh..baru tahu ada kedai jepun ni di desa sri hartamas..terbaik la kalau dapat makan daging wagyu
Apa tu ? Tak pernah pulak makan menu-menu macam ni. Sedap tak? Maklumlah saya orang kampung tak pernah rasa makanan macam ni.
Wagyu! Alamak tengok hidangan kat sini nampak simple tapi tetap menyelerakan
Tak pernah dengar restoran ni. Daging dia nmpk fresh????????
Abes pkp nty blh lh cuba❤️❤️
wahhhh daging dia nampak so sedap. lagi pula ditambah dengan sos bbq yang enak, peh menaikkan selera.
This looks so yum! After MCO nih, nak kumpul duit untuk makan banyak2! hahaha
Tak pernah tau tempat ni..perghhh nampak menyelrakan daging tu ye..uii kene cuba ni.. terliu pulak tengoknyaa
Fuyoo sedap tu, nanti nak cuba gak lah, lama dah tak pekena grill grill ni. Tq for sharing ya
Sedapnya makan daging grill macam tu, saya memang suka sangat lepas PKP nih bolehlah saya JJCM dekat situ.. dan melalui info nih dah tau nak makan apa he he he
Wahhh wagyu beef.. Sedapnya.. Terliur tengok.. Lamanya tak makan steak.. Nnt boleh la cuba ke sini..
Wah bestnya. Ada kawan rekemen sini tak sempat nak pi. Sebab jauh. Selalu pi Mena** aje. Nanti bleh cuba. Restoran Halal kan?
Menarik menu yang ada dekat sini. Tempat dia pun nampak cantik dan ada seni. Boleh cuba one day
its look nyummy there. boleh kot try. selalu makan daging ala gitu dekat seoul garden je. thanks for sharing this articel.
nampak mcm tempat yg mewah. kalau ada rezeki memang nak cuba makan dekat tempat mcm ni.
anyway , lain kali boleh letak link artikel ya
ini kalau ada special occasion, boleh gi kan. makanannya special. wagyu ni not cheap! hi hi hi :) nampak daging nyer sgt ohsem. confirm rasa pun sedap lah.
so fresh and tempting.. would like to try once mco ended. need to self reward fr staying at home haha
Huhuhu you made me miss Shin Nihon, Desa Sri Hartamas now! I really wish to go out to have nice food now alamak