Kenapa traveller kena join Enrich dan Big Point?

Hello dan assalamualaikum.

Ke mana destinasi kita hari ini? entri kali ini nak cakap pasal program Enrich  yang di tawarkan oleh MAS dan mana – mana penerbangan yang berada di bawah One World Alliance, dan juga pasal program Big Point oleh AirAsia. Benda dah lama ada, tapi ramai yang tak tahu.

Default_Enrich

Kadang – kala (Selalunya) kita ni malas nak mencari info atau pun yang dah ada info tapi memang jenis malas nak isi borang bagai kan, nak buat macam mana, lumrah kemalasan. Tapi dalam kemalasan tu kadang -kala kita rugi, nak – nak benda yang kita selalu buat setiap hari. Beberapa aktiviti yang kita selalu buat contohnya, mengisi minyak, makan minum di luar, yang memang tidak lari dari kehidupan seharian.

Berapa ramai dari kita yang mengambil benefit dari kad Bonuslink sewaktu mengisi minyak dan membeli – belah?  Berapa ramai yang mengambil benefit dari B Card ketika membeli Chatime, Kenny Rogers atau Starbucks? Berapa ramai yang mengambil benefit dari kad Starbucks itu sendiri? Kebanyakannya mungkin tidak. Okay berbalik kepada cerita asal sebelum melalut kepada kad bank pula.

Ambil sedikit masa untuk mengisi borang Enrich , tak lama, sekejap sahaja dan ianya adalah percuma.

Macam mana nak guna perkhidmatan Enrich ni? setiap kali anda membeli tiket dengan penerbangan di bawah One World, sila masukkan ID Enrich anda. Itu sahaja. “Itu sahaja? dah bakpe aku nak susah payah mendaftar kalau itu je kena buat?” Sabar dulu bang. Benefits dia baru nak start cerita.

Kalau dulu anda terbang sekadar terbang, kali ini setiap kali anda terbang, berapa miles yang ada terbang itu di kira sebagai point. Apa guna point – point ini semua? point point ini semua boleh di tebus untuk mendapatkan tiket kapal terbang secara percuma. Nampak tak? Nampak tak? meamng lah tak nampak, mana ada tunjuk apa – apa, aku beritahu je, so its suppose to be, faham tak ? faham tak?…..

Jadi kepada yang kerap terbang merata-rata tempat tu, boleh lah mula mendaftar sekarang mana tahu boleh terbang pergi Pulau Pinang secara percuma. Point- point ini bertahan selama 1 tahun , di tambahkan dengan 3 tahun extra. Jadi boleh lah kumpul Enrich point selama 3 tahun ini.

Ada banyak lagi benefits bila join Enrich program ini, salah satu lagi daripadanya anda boleh naik level. * macam main game pulak

Bila mendaftar anda akan bermula dengan biru, silver (ruby), gold (sapphire), platinum (emerald). Dan benefits nya ada pelbagai antaranya anda boleh menggunakan golden lounge walaupun travel dalam kelas ekonomi, extra berat untuk bagasi, mendapat keutamaan dalam booking, untuk mendaftar di kaunter dan banyak lagi bergantung kepada level kad anda.

Kenapa traveller kena join Enrich dan Big Point?

card-enrich-gold

card-enrich-platinum

card-enrich-silver

Untuk Big Point dari Airasia pun sama, cuma tak pasti pula Airasia ada level level macam tadi. Kawan haritu ada beritahu yang ada promotion untuk redeem point Big yang memerlukan 200 point sahaja untuk ke cambodia. Untung kan? Jadi kalau kepada yang selalu travel tu, boleh lah mula mendaftar Enrich dan Big Point ini.

*Aku dah boleh redeem tiket ke Australia, Osaka, sikit lagi boleh sampai Ameerikaaaaa :evilgrin:

Kalau nak info lebih pasal benefits boleh pergi ke website MAS dan AirAsia sendiri. Adios~

*image dari MAS

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

14 Responses

  1. Boleh ke kita claim point dikemudian hari jika kita terlupa membawanya selepas kembali dari bercuti? Tq

  2. aku ade buat gak enrich kad ni tp lupa nak activate. al-maklumlah jarang naik premium airlines. hik hik hik.

    ko ni adik radin asyraf reza ke?

    1. Airlines yang selalu ko naik takde affliates dengan one world ke John? Siapa tu ? macam pengarang novel berunsur ilmiah je, aku tak ada abang hehe

  3. ohhh.. kalau yang selalu naik turun kpl terbang tu, mmg sesuai join ni.
    But kalau sekali setahun naik kpl terbang, better fikir dua tiga kali.. huhuhu…

    1. Bergantung, kalau sekali setahun pergi europe/america, still boleh kumpul point tu… its free anyway, point enrich boleh dapat juga melalui penggunaan kad =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »