Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 1

Annyeonghaseyo! Assalamualaikum~ Apa khabar semua?harap berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Amin. Dah lama tak update blog ini, bukan apa kesibukan yang amat sangat menghalang proses penulisan. Nak tulis kena ada mood, barulah dapat menghasilkan tulisan yang berkualiti , tak begitu? Jadi mari kita terus ke cerita kita kali ini.

Sebenarnya lama aku mendiamkan diri  kerana berada di luar kawasan. Ke mana aku pergi? sudah tentulah ke Seoul! Bukan Seoul Garden yang BBQ sedap tu, tapi Seoul , South Korea. Aku dah lama merancang nak datang ke sini, bermimpi -mimpi sejak dari tengok cerita Autumn in My Heart lakonan Song Hye Kyo. Alhamdulillah, berkat rezeki lebih yang ada, akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke tanah Running Man ni.

Trip kali ini di peruntukkan 5 hari 4 malam, sebenarnya macam tak cukup tapi tak boleh tinggal Malaysia lama-lama , banyak urusan kerja yang perlu di settle, (even di Seoul pun kerja memanggil -manggil *HYEPP!! Rezeki masuk, jangan pula mengeluhkan?). Aku bertolak dari Kuantan tercinta pada pukul 10 pagi dari lapangan terbang Sultan Ahmad Shah dan tiba di KLIA pada pukul 11 pagi waktu tempatan. Flight ke Seoul sebenarnya pada pukul 11.45 malam, tapi ada plan untuk ke bandar Kuala Lumpur , mencari “last minute” barang -barang yang perlu di bawa.

Tepat jam 11.20 malam, aku , fiq dengan shuk terus bergerak ke terminal. Seronok pula rasa since aku menggunakan laluan automatic Biometric untuk pertama kalinya, kiranya tak payah lah beratur nak mengadap muka pegawai, cuma perlu letakkan passport dan scan jari , and you are good to go.

Benda yang paling seronok aku dengar sewaktu di lapangan terbangan kuantan sewaktu check in adalah kata-kata dari pegawai tersebut ” beg nanti ambil dekat Seoul” WOW!

1

2

3

4

 Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam ( waktu di Seoul 1 jam awal dari kita). Sewaktu dalam kapal terbang, adalah seorang pasangan makcik dan pakcik bersama dua orang anak gadis mereka yang dalam perjalanan ke Seoul. Since tempat asal aku sebelah makcik tu, pakcik tu mintalah aku tukar seat dengan dia. Aku macam, takpe takpe, so aku ditempatkan di sebelah seorang gadis Tiong Hua yang aku suspek tengah demam selsema, sepanjang 6 jam tu dia duk bersin dan ke toilet beberapa kali, kesian. Kalau ada bawa Echinacea, boleh bagi ke dia.

Makcik yang mai dari Kedah tu tanya aku  ,

” Dekat Seoul duk(duduk) Pekan mana?”

” Duduk dekat Seoul betul, puan duduk dekat mana?”

“Kami duduk dekat Myeongdong, 2minggu duduk sana, tak tahu la leh tahan ke tak, sejuk sangat la ni”

Time tu memang aku pun tak pasti tempat kita orang menginap dekat pekan mana, bukan Map Malaysia nak tahu pekan mana kan? Since aku terpisah dengan rakan-rakan, aku dengan tanpa segan silu menyuruh mak cik ni tangkap gambaq eh gambar aku. Husband dia siap suruh anak dia tolong tangkap kan , nak dapatkan angle yang molek sikit katanya. Tak kisahlah asalkan ada gambar aku dalam kapal terbang hehehe.

4

Lepas dah bergambar tu, masa untuk menunggu makanan. Seronok sebab makanan tak putus-putus datang. Aku rasa aku sempatlah tidur dalam 1 jam lebih. Yang baki tu sibuk tengok movie dan makan. Aku terbangun pun sebab nak menunaikan solat Subuh. First time  experience solat dalam flight. Aku dapat rasa pressure berubah tiap kali time sujud tu, maybe aku je lah kot, orang lain aku tak tahu.

6

7

8

Bayangkan makan steak pukul 4.30 pagi , sangat rare pengalaman ini okey. Untuk pengetahuan, steak ni tak ada dalam menu in flight, so kalau nak boleh lah hubungi MAS untuk chef on call, cuma perlu order dalam tempoh 24 jam sebelum waktu berlepas.

5

Sebelum turun jangan lupa isi butiran dalam form yang di berikan ini.

9

Keindahan subuh, sewaktu matahari nak naik.

10

                                                                                                                                DAH SAMPAI!

Yang benar,

RAdin Fadli

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

7 Responses

    1. Ada ruang untuk solat, masa masuk subuh tu saya minta pramugari bagitahu, then ada pramugara tu turut solat sekali. Bila masuk waktu solat, kapal terbang akan inform kita pasal ni kalau kita minta.

      1. oww ye ka….ok2…tmpat asing la kan laki n pompuan? then,wuduk ambil dkat toilet la?ke cmne?

        1. Ruang tu kecil je muat untuk seorang, masa saya pergi, saya,member 2, ada sekeluarga pakcik makcik dengan anak dia 2,gilir gilir solat. Ambil wuduk dekat toilet. Saya minta air mineral je.Kalau awak nak solat, tapi tak ada tempat solat, awak boleh solat sambil duduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »