Apa yang saya dapat bawa balik dari Hong Kong dan Macau?

Apa khabar semuanya!

Akhirnya habis juga bercerita pasal Hong Kong dan Macau. 5 entri untuk Hong Kong, 2 entri untuk Macau. Untuk perjalanan yang pendek pun dah ambil entri yang sebanyak itu, kalau perjalanan yang lebih panjang mungkin lebih banyak gambar daripada kata-kata.

Jadi kali ini nak ceritakan sedikit apa benda yang aku bawa balik dari dua tempat ini? ilmu baru ke?bakal isteri ke?perniagaan baru ke?Hahaha, nak cerita pasal cenderahati atau cenderamata atau juga di panggil souvenirs (kita kan sokmo (selalu) guna souvenirs kan? Hype! jangan tipu kata tak okey?

Berat bukan satu benda yang menjadi masalah since aku ada 40kg kalau nak bawa barang balik ke Malaysia, cuma masalahnya adalah faktor kewangan yang tidak mencukupi hahaha. Lagipun, kalau ikutkan hati mesti nak beli untuk semua orang kan, tapi apa yang paling penting kita bagi yang paling rapat dan yang tersayang dahulu.

Yang lain tu macam mana? yang lain tu boleh tengok, perhatikan dan baca entri blog ni, sambil tekan-tekan iklan nuffnang kat tepi tu :-D .

Jom tengok sat.

Dari:

                                                 HONG KONG

IMG_8310

Macam biasa t shirt I love balablabla (insert country name) ini selalu menjadi tumpuan. T shirt ini semua di beli dekat Ladies Market,Mongkok. Aunty tu bagi HKD100 untuk 5 helai. Aku dah try minta 8 helai, tapi last – last dapat 6 helai je. Kualiti baju ini tak berapa nak elok sangat, kalau cuci dia akan mengecil sedikit, jadi to be safe, korang belilah baju yang size dia besar sedikit dari size korang pakai. Aku beli dalam 12 helai tak silap.

IMG_8314

Comelkan beruang – beruang ni? Fridge magnet mereka ini sebenarnya. Harga, 5 untuk HKD80 , tapi aku dapat tawar  6 untuk HKD70. Satu benda yang aku belajar kali ini, korang kena test dulu samada magnet belakang FM ini masih elok atau tidak, kadang – kala ada yang tak ada, ada yang tak kuat. Nanti menangis pula bila FM tak mahu lekat dekat fridge kan?

IMG_8324

Ini pula keychain yang berbentuk beruang, tapi beruang yang ini ada mata.Keychain ini harga yang di tawarkan 6 untuk HKD80, aku dapat kurang kan jadi HKD60. Bolehlah ikat dekat kunci rumah nanti.

IMG_8316

Pen yang ada tulis Hong Kong ini aku saja beli nak bagi sesiapa yang tak cukup. Harga bagi 12 batang HKD 120, aku dapat minta HKD80 ke HKD 90 aritu.Tak ingat dah.

IMG_8317

T shirt hard rock ini aku beli semasa aku di The Peak, Hong Kong dan di Hard Rock Hotel, Macau.Dua helai untuk aku dan dua helai untuk adik aku. Aku start nak kumpul hard rock t shirt ini sebagai petanda negara mana yang aku pernah lawati, kira macam memento. Sehelai t shirt dalam HKD280.

IMG_8325

Yang ini aku beli masa dekat The Peak, Hong Kong itupun sebab dia tengah buat promosi 50% tak silap, jatuh macam 50HKD jadi aku pun ambil la satu buat kenang-kenangan.

IMG_8323

Mula-mula aku nak tulis yang beli dekat Hong Kong kemudian Macau tapi dekat Macau aku beli t shirt dengan keychain ini je, jadi aku rangkumkanlah semuanya sekali hehehe. Since aku takut tak sempat nak cari cenderamata dari Macau, aku pun belilah keychain comel ini satu. Harga HKD 120.

IMG_8327

City Mug Series ini aku beli masa dekat Starbucks The Peak.Aku tengok macam comel je si kecil ni, jadi belilah satu.Harga HKD55.

Ok.Itu je yang aku nak share untuk entri kali ini.

Kbai.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »