PPSSPP , game PSP di iOS

Tengok tajuk betul- betul, jangan kedip-kedip kan mata anda lagi, kerana apa yang anda lihat adalah kenyataan.PSP game kini boleh di mainkan di iOS devices anda.Apa yang perlu anda buat hanyalah download PPSSPP di Cydia.

iPhone 4 PSP Games

Setakat ini, hanya dua game sahaja yang sempat aku cuba, iaitu Generation of Chaos dan Harvest Moon.

Generation of Chaos

harvest Moon Harvest Moon1

Kedua – dua permainan adalah pada tahap boleh main.Sebenarnya ada senarai game yang compatible buat masa sekarang tapi malas nak proivde dekat sini, sebab agak panjang listnya.

Kekurangan yang aku dapat kesan adalah tiada muzik.Tiada muzik tapi ada sound effect, haaa, macam mana tu? bunyi effect ada, tapi music je takde.Kedua-dua game bergerak dalam 60fps, dan kalau sound ditutup, boleh mencapai 75fps.Jadi memang playable lah orang kata.Satu lagi, FMV atau video semuanya masih belum boleh berfungsi dengan emulator ini.

Mungkin terlalu awal untuk komen tentang prestasi emulator ini, baru second version, jadi mungkin update ke he hadapan nanti mampu mengubahnya.Patut bersyukur ada orang buat benda ini, jadi kita boleh bermain, kalau orang tak buat?langsung tak ada peluang kan?

Jadi apa yang perlu anda buat untuk mendapatkan PPSSPP ini?

  1. Anda perlu meletakkan source code ini di CYDIA. (http://cydia.myrepospace.com/theavenger/ ).Dan terus mendownload PPSSPP.
  2. Anda perlu mendownload ISO untuk game yang anda inginkan.(ISO ini boleh lah dianggap sebagai CD game tersebut,selalunya di sebut image). FYI:Terdapat dua jenis ROM iaitu ISO dan CSO, selalunya CSO ini saiz dia lebih kecil kerana video dan sesetengah muzik dalam game tersebut telah “diedit keluar”.Walau bagaimanapun, aku belum lagi mencuba CSO untuk emulator ini,jadi tak pasti boleh jalan atau tidak.
  3. Lepas dah download, anda perlu letakkan ISO tersebut dalam file system ios anda.Selalunya di letakkan di var/mobile/media/rom (rom tu createlah satu file baru nama rom) Anda boleh gunakan iPhone Browser atau Explorer untuk buat benda ni,iFile pun boleh.
  4. Semasa proses pemindahan ROM(ISO) ke iPhone anda, ada satu arahan akan keluar.Apa yang anda perlu buat adalah tick semua option yang di minta itu.Ini adalah pilihan kebenaran yang diberikan kepada iOS untuk memanipulasi ROM tersebut.Pastikan angka 777 kelihatan.rom
  5. Boleh lah siap nak main game PSP tu.Klik PPSSPP, dan ambil option LOAD,senarai ROM anda akan ada di situ.

Untuk sesiapa yang nak ROM HARVEST MOON boleh klik sini.Kepada yang nak Generation of Chaos boleh klik sini.

FYI: Lepas klik dekat (sini) tu, tunggu 5 saat, lepas tu klik continue.Kemudian cari pilihan Direct Download dan mulalah mendownload ISO tersebut.

Rasanya itu sajalah yang nak cerita dekat sini.Sebelum tu kalau sesiapa nak tengok macam mana game PSP dekat iPhone anda, macam dekat dalam video bawah ni lah lebih kurang.

Dalam video dekat atas ini pakai first version PPSSPP yang still buggy.

Jadi kalau sesiapa dah mencuba,boleh lah kongsi pengalaman dekat bawah ini.

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »