Cinta kadang-kala datang tanpa diduga.Tanpa di atur, tanpa di minta.Mungkin datang sebagai rahmat, mungkin juga datang sebagai ujian.
Ada yang akur dengan cinta yang datang, ada yang cuba menghindarinya dengan pelbagai alasan.Seribu satu alasan, seribu satu helah.Mungkin takut, mungkin hilang percaya, mungkin merawat luka di hati.
Cinta macam peluang, bila dia datang, kita sambut, kalau kita lepas, ia akan berlalu pergi.Mungkin boleh di umpamakan cinta macam keretapi.Kita menunggu di stesen penumpang, menunggu untuk sampai ke perhentian terakhir.
Aku menunggu di stesen ini, melihat keretapi yang sibuk datang dan pergi.Macam musim.Hingga satu saat, aku memberi peluang kepada diri sendiri, untuk melangkah ke dalam keretapi yang akan membawa aku ke destinasi yang aku ingin kan; perhentian terakhir.
Perjalanan sungguh indah dengan permandangan alam.Aku suka, aku gembira, aku bersyukur kerana aku memberanikan diri untuk menaiki keretapi ini.Aku tidak ingin turun, aku ingin terus pergi hingga ke perhentian impian.
Tapi aku merancang, Tuhan menentukan.Aku selesa dengan keadaan aku sekarang, bagai kan satu suntikan semangat baru yang tiba sejak aku melangkah masuk ke keretapi pilihan hati ku.Tapi aku lupa.Aku leka.Perjalanan aku tidak sampai ke tempat yang aku inginkan.Aku di humban keluar, dari keretapi yang aku harapkan.
Badan aku tidak luka, tapi hati aku berkecai.Aku terlalu seronok, aku terlalu berharap.Harapan kadang -kala kejam, bila terlalu tinggi, kita jatuh.Bila harapan itu ada, dan dihulurkan, puncak gunung tinggi jadi rendah.Tapi bila hampir sampai ke puncak, aku di tolak jatuh ke gaung.Gaung yang aku gelar cinta.
Jatuh cinta?aku bukan mudah jatuh cinta.Bila aku jatuh, aku jatuh sungguh.Aku tahu sekiranya jatuh cinta ,bahagian paling susah bukan untuk jatuh tapi untuk keluar, keluar dari gaung cinta.
Sekarang apa yang tinggal?Cebisan hati?hati aku dah habis.Tipu aku kata , hati aku sempurna, tipu aku kata ia sempurna buatmu, tapi apa yang aku rasa, aku tahu.Bukan keputusan mu untuk membuat keputusan apa yang patut aku rasa.
Mungkin benar kita dua manusia berbeza, tapi itulah uniknya.Kalau semua manusia sama, pelik kan?tapi aku faham, aku faham, aku sentiasa faham.Aku kena faham, aku kena faham.Lagipun, aku bukan apa-apa, aku hanya pilihan nyata.
Biarlah aku pergi, mencari damai di hati.
httpv://www.youtube.com/watch?v=D5aNOy7Qnxg&feature=related
“Sometimes I hope to be like Barney Stinson, carefree and fun not to mention sometimes heartless. However a friend of mine told me, I’m looking for the right one just like the ‘fragile’ Ted Mosby.If you guys watch carefully, underneath the ‘happy go lucky Barney’ is even fragile than Ted.”
Since the day she broke my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came alongBut why make it strong to break it once again?
So please explain
Why you’re opening up a healing wound again.
One Response
suka ayat “cinta macam keretapi”.. huhu :-)