Mentaliti sesetengah orang

Tergerak hati nak menulis benda ini sebab terkena dekat diri sendiri, kalau tak terkena, tak rasa la pula nak menulis.Kes dia macam ni, seperti biasa aku yang memang tak boleh meninggalkan dunia boling cuba untuk berentap dalam arena ini semula.Bola dah beli, takkan tak nak main tournament kan.Tapi buat pengetahuan umum, sejak aku menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik ni, aku dah kurang aktif.Bukan apa, dengan assignment yang membukit -bukau lagi mengunung tinggi tu membantutkan hasrat untuk aktif di dalam arena ini.

Aku mula bermain pun sebab pihak universiti telah dapat mencium bau sejarah aku setelah di disebarkan oleh teman-teman kampus.Dan setelah ketua bahagian fakulti datang memujuk,”you must do something for your university if not who else going to do it, come on,” aku kembali bermain di persada kejohanan antara universiti.Tapi setakat wakil universiti ajelah.Alhamdulillah bakat yang di kurniakan membantu aku untuk menyumbang emas dalam beberapa acara yang di ajurkan oleh universiti.Tapi bukan ini yang aku nak ceritain sama kamu, itu baru epilog jer, ini baru cerita betul dia.

Selepas pulang ke bumi tercinta, *gaya macam pergi outerspace kan? Kuantan, aku di ajak oleh Abang untuk mencuba nasib di gelanggang Premiumlanes,memandangkan Megalanes tidak menganjurkan pertandingan sekerap dahulu kala, dan Premium begitu kerap ada tournament,jadi dengan hati yang bersemangat, aku pun mengusung anak gajah* 3 biji bola bai, dekat 45 pound tu, ke gelanggang pertandingan.Setiba sahaja di situ, aku nampak banyak muka baru.Semangat tu dah semakin kuat nak main.Kalau sesiapa main sukan tahulah adrenalin sebelum tournament macam mana kan.

Jadi aku terus lah menuju ke kaunter pertanyaan untuk mendaftarkan diri.Dekat belakang kelihatan ada beberapa bowler lama, dan salah satu bapa junior aku.Aku nampak mereka asyik berbincang dengan serious, dan apabila salah seorang datang, dia terus mengumumkan aku A.Gred A.Bayangkan aku yang dah tak aktif selama beberapa tahun diberi gred A.Ini semua kerana bersandarkan rupa dan sejarah.

Ye aku akui aku bekas pemain Sukma, ye aku akui aku bekas pemain negeri, ye aku akui aku menjuarai beberapa pertandingan,tapi itu sejarah.Mengikut undang-undang aku boleh di turunkan kepada B selepas 3 tahun tidak aktif.Tapi what do you expect from people that create another class after A, which is A1.What is A1 even meant?Setahu akulah A1 ni kedai serbaneka dekat dengan IKIP alor akar,

Atau kumpulan A1?
Atau audi A1?

Aku bukan ingin mengutuk atau mempersendakan golongan-golongan ini, tapi ini adalah salah satu sebab pemain-pemain Tok Gajah susah nak maju.Tahu tak there is no such thing as A1?apabila anda bagus,which is averaging 180++ anda gred A, dan anda akan di kurnia kan gred O kalau anda pemain kebangsaan, meaning you have to be in the national to be graded as such.Tapi A1?apa kebendanya ni. :-(( .

Apa bila bercakap tentang mentaliti, aku nak tekankan kenapa tapi sebelum itu, biar aku terangkan dulu how the system at this particular alley works.Apabila anda di kategorikan sebagai A, sekiranya anda menang 3 tournament *(mengikut info) anda akan dikurniakan A1, dan sekiranya anda A1, pertandingan anda boleh masuk adalah sangat limit.Sangat disini bermaksud SANGAT.Bayangkan A pun tak ada banyak, ini kan pulak A1.

Apabila berbicara tentang mentaliti, sesetengah bowler B yang khuatir di naikkan kepada A.Mereka bermain “tarik”, “tarik” disini bermaksud, pura-pura miss, dan pura-pura teruk, supaya mereka hanya memenangi tempat ke dua, dan ketiga, dan bukan juara.Jadi mereka akan tetap boleh bermain selama-lamanya di takuk yang sama, dengan advantage handicap.Serius aku tak reti nak main tarik-tarik ni.Aku di ajar supaya ALL OUT, if you give your best shot and if you fail, then its okay.Kenapa nak main tarik-tarik?macam mana nak maju?Aku ingatkan setelah beberapa lama meninggalkan arena ini, mentaliti golongan ini akan berubah tapi sayang, hangat-hangat suam -suam taik ayam jer.

Aku pulak jadi mangsa?

Jadi apa yang boleh ,aku hanya boleh suppport jer Abang, since dia boleh main.betul cakap Pa, lane premium aku boleh main, averaging boleh sampai 200++ since the lane is more consistance than Megalanes.But after the lanes dries out, it will be quite difficult since the lane will be patchy.Scoring 278 for my first attempt on the lane, I’m felt quite impressive with myself.But the attitude and the mentality of this sort of people drives me mad.

How i wish, Sifu Fj still in kuantan, then will be having tournament at Megalanes.One thing which is good in Megalanes is, they kept the record of everybody , so there’s black and white,nothing to argue, if you  good, you’re good.Aku pernah bercerita tentang tarik – tarik ni dengan Tok aku dulu, *he once came and saw me bowling.He said”kalau main boling ni jangan main tarik-tarik, sama macam main golf, orang pentingkan handicap, tapi yang penting kalau kita bagus, kita bagus, kenapa nak buat macam tu,”. :-D.

I remembered how he always asked me to play golf instead of bowling ” main golf best skit hadiah dia, hadiah sampai ratus ribu, ni baru menang 2k je,” this conversation happened after i won the Metro championship.Tersenyum je aku mendengar kata-kata dia, tak putus asa betul dia nak suruh aku main golf,last-last sepupu aku yang main, tapi setakat dekat universiti je, tak main tournament luar.I seldom talks with my Tok, since I’m much closer to my Mak Tok, but everytime, I talked with him, there’s always words of wisdom came out from his mouth.His last birthday , he spoke ” Solat tu jangan tinggal, mati boleh bila-bila je bukan tunggu tua,tengah minum pun boleh ‘pergi’ kalau tak cukup solat, tak takut ke nanti balasan kat sana,?”.  :cry:

"Bowling takleh wat gini " kata tiger wood

Itu sebagai selingan, tapi nasihat Tok aku betul-betul aku pegang.Memang tak dinafikan dalam sukan ada politik, pernah dulu ada kes senior aku di suruh kalah supaya senior aku lagi seorang menang, kalau aku, memang aku tak ikutlah arahan tak berfikiran seperti itu.Tentang pertandingan sekarang,aku memang tak boleh buat apa, their lanes, their rules, even though I think its bias and idiotic.Maybe rezeki di tempat lain, langit Allah ni luas, rezeki ada dimana-mana, cuma tinggal kita nak mencarinya.

Kepada Amir dan Zul, aku minta-maaf sangat-sangat tak dapat join World Lefties Tournament Sabtu ni, budget tidak mengizinkan, terima kasih sudi menelefon aku, dan si Zul aku tak tahu mana kau dapat no aku hahaha.Minta maaf sekali lagi.Kim salam Dato Dina Rizal yerp.Lefties RULES.

Tengok sikit score.

                                                                        RMF =)

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »