Khamis baru ini pergi WW, tengok Nur kasih the movie, teman soon to be mom, Jama dengan Kak Azlina.Lepas hantar surat ke universiti, aku terus bergerak untuk membeli tiket.Guess what?Ramai gila orang beratur nak tengok wayang, padahal hari itu hari bekerja.Rasanya memang dah confirm ramai ambil cuti semata-mata nak tengok Nur kasih.
Kenapa aku bias bukan tengok pirates?Sebab tayangan nur kasih malam dah full dan pirates still available.Sehinggakan di lorong express tempat ambil booking ticket ada dua orang kakak yang berpakaian kerja ini siap “guna taktik potong line” lagi nak beli tiket nur kasih.Kena sound sekali dengan pekerja, ada pula main ngelat macam tu, tapi barisan memang panjang sebab sampai depan pintu arked kot (kepada yang tahu WW, tahulah panjang mana).
Sambil – sambil tu aku duduk main (it just a matter of speaking mana boleh main boling masa duduk) boling 5 games.Score boleh tahan lah, sebenarnya nak bagi kebah demam aku, itu jer.Dekat pukul 3 , kakak berdua tu pun sampai.So apa lagi jom tengok movie.
Bagi akulah, cerita dia tak adalah apa sangat pun, cuma terasa pendek,kalau GB lebih kreatif patut dia orang buat dalam dua part sebab cerita dia macam banyak sangat melompat, kira kalau lambat pickup atau tak tengok the series memang korunk susah nak fahamkan cerita dia.Tapi satu aku akui, cara dan angle gambar dia superb(korunk tgk part die tangkap lalang, stylelioze~), effect-effect? nampak sangat CGI,so ada part serius jd kelakar pulak.Cerita dia sedih, nak -nak part Adam masa sakit.Pergh, memang boleh meleleh air liur eh air mata dibuatnya, kalau korunk ni jenis ada hatilah.Dalam wayang dah beresak-esak juga orang nangis,ingat nak join, tapi keahlian di tutup..Remy Ishak kalau berlakon sakit,memang pandai.Salute bro.
Dalam cerita nur kasih tu aku terlayan satu lagu ini, bagi aku agak best juga, dan aku suka lirik dia, aku postkan video kat sini untuk korunk enjoy k?
httpv://www.youtube.com/watch?v=cK7H-3vIO9c&feature=related
tanpamu hidup jadi sunyi
tanpamu ku seakan mati
tanpamu bagai malam tanpa bintang
* tanpamu aku kan tersesat
tanpamu tiada lagi hasrat
tanpamu seakan jantungku berhenti
kau yang terindah dalam hidup ini
dan takkan pernah berubah selamanya
aku terlahir hanyalah untuk kamu, jadi pelindung dirimu
tanpamu nafasku terhenti, keranamu aku ada disini
tetap bersamaku selalu di sampingku
untuk selamanya, untuk selamanya
repeat *
kau yang terindah dalam hidup ini
dan takkan pernah berubah selamanya
aku terlahir hanyalah untuk kamu, jadi pelindung dirimu
kasih yakinlah kepada diriku
sayang dan cintaku pun hanya untukmu
dan takkan berubah untuk selamanya cintaku padamu
kasih yakinlah kepada diriku
sayang dan cintaku pun hanya untukmu
dan takkan berubah untuk selamanya cintaku padamu
cintaku padamu, cintaku padamu
P.S:Apa pun terjadi , kita kena redha
P.S2:Grand Brilliance retweet aku punya tweet, amacam hehehe