Antara Durian dan Zul

Burpp!!!! Alhamdulillah.Maaflah kawan-kawan, mentang -mentang baru lepas makan derian/durian/raja buah/buah duri, kalau sedawa memang boleh tahulah effect dia kan kepada alam sekeliling dan juga alam sekitar.

BUrpp~~~~

Hari itu aku dah beli buah durian dengan paan dengan harga rm10 sekilo.Kami beli sebiji je, maklumlah nak rasa, durian Pahang katanya.Kenalah rm19, tapi puas hatilah isi dia memang kuning ranum,memang rasa manis terbaik dari dusun.

Aku yang kurang peka harga durian ini pun mengambil keputusan untuk menelefon ibu kesayangan, yelah aku kalau duduk dekat rumah, main makan je, amnalah tahu harga benda-benda ini semua.Jadi menurut kata ibu tercinta, memang harga durian ada yang mahal dan ada yang murah, dari semurah-murah rm5 sekilo sampai lah rm25 sekilo yang kini giat dijual di Kuantan ,kampung halaman tercinta.

Setelah mendengar dan tidak berapa nak puas hati , aku mengucapkan selamat malam dan sweet dream kepada ibu.Kemudian aku terus menuju ke dapur untuk makan itu buah punya durian.Ok , rasa dia sangat sedap dan heaven (macam tahu pula heaven tu guane kan, its just a matter of speech okey?).

Semasa kami bertiga, aku wan dan paan tengah sibuk menelan , eh mengigit dan memakan durian, si zul telah hilang bersama helmet dan keluar dari rumah, kami fikir mungkin dia mahu ke 7 e untuk membeli top up untuk menghubungi Reen,kekasih tercinta.Tapi timbul pula satu pandangan lain yang menyatakan, adakah ul keluar kerana bau raja buah yang menusuk kalbu?Bila di offer buah itu, dia menolak seraya berkata,”eh takpelah korunk makanlah dulu, ” lalu mengatur langkah satu persatu menuju kepintu sambil mencpaai helmet yang berdekatan dengan table dan terus berlalu keluar dari situ. (apasal ko macam tulis novel yang broken English/Siap ada table lagi, meja sudey).

Jadi hari ini,dan disaat ini, kami membuat keputusan untuk membeli durian sekali lagi di tempat yang sama dan di gerai yang sama dengan pakcik yang sama (hebat pakcik ini pegang durian tak pakai sarung tangan, tak calar pula tangan, adakah pakcik ada keturunan tarzan?hahaha sebenarnya orang yang ada pengalaman pandai cara pegang durian,macam kita yang salah pegang chopstick, mana boleh nak pakai kan?eh kita tu maksudnya saya lah hehehe).

Jadi si Paan je turun kereta, aku yang drive so malas nak turun.Mula-mula Paan kata nak beli 2 biji jadi aku setuju je,tiba-tiba dia kata nak beli sebijik, aku macam hurm..ikut je lah.Bila dah masuk ekreta, barulah tahu sebab apa, dah naik harga rm14 sekilo.Ni sebiji ni rm40 , pakcik tu nak suruh ambik yang kecil satu, cukupkan rm50.Mak AIHhhh!!!! Mahal kot.Bukan apa, sebab compare dengan hari tu , rm19 sekarang kena rm40, aku macam tak percaya, sebab kalau tadi aku yang turun mesti aku kata,”pakcik rm40 untuk sebiji, tak pelah saya rela minum afogato dengan tiramisu dengan c o cheese tu pun tak sampai rm40.Tak pun saya pergi tibai tutti frutti , itu pun baru rm20 lebih.Rasa macam kena tipu pun ada , tapi ye lah mungkin gred dia tinggi kot, aku buta sikit pasal buah ini, aku tahu buah,aku makan tak banyak soal.Yelah, dekat rumah korunk tanya ke, Mak udang ini sekilo berapa sekarang?ikan patin ni seekor berapa?rambutan seiikat berapa?korunk mesti main tibai makan je kan?Lain lah yang suka iut ibu bapa buat grocery, KANTOI ar aku tak buat kan?lol.Eh aku buat ok, tapi dengan orang lain hehehe.

Ok lepas membeli di kedai itu,(ayat ko macam budak tadika dowh~) , kami menyusun langkah menuju ke tangga-tangga ke rumah kami.Masuk-masuk terus serbu!! Pergh rasa dia memang best, rm40 kot, tak best memang aku hempuk ar kulit tu dekat kedai pakcik tadi.Sekarang saat yang dinantikan telah tiba.

DURIAN,DURIAN BAU MU SEDAP,RASA MU SEDAP,TPI ZUL TAK SUKE MUUUUU

“Zul, meh sini meh,”  “Kita makan sama-sama”

“Eh, tak pelah korunk makanlah”

Secubit je Zul, jom ar jaga hati member-member, mahal kot ini, ko tak suka nanti ko lueh ke, muntah ke , ludah ke takpe tapi ko kena try”

Akhirnya Zul akur.Tapi aku nak tergelak tengok Zul yang muka macam kena paksa makan ubat.Dia boleh masuk dah jari dalam mulut lepas tu tak jadi nak makan, kelakar la wei…Tapi setelah beberapa percubaan drastik, dan mendapat sokongan moral dari Paan,WAn dan aku sendiri yang terus melaungkan nama “ZUL BOLEH” akhirnya jari Zul berjaya dijolok kedalam mulutnya dan isi durian terbenam di dalam kerongkong si Zul (aku dah macam cite pasal main bola sepak pulak dah).

Aku nampak Zul dah mula menitiskan air mata , mungkinkah air mata kegembiraan,ataupun air mata kesedihan akibat ketidak sedapan yang dirasakan yang kini berada jauh di dasar kerongkongnya.Akhirnya, kami berjaya mengajak Zul  untuk amakn bersama-sama.Horey!!!!

MAcam pelik kan, tapi itulah lumrah kehidupan, kadang-kala benda yang kita suka, mungkin orang lain tak suka, dan benda yang orang lain suka, kita tak suka.Kita tak boleh paksa orang untuk ikut telunjuk kita, dan kerana perbezaan inilah membuatkan manusia itu unik sebenarnya.Kita tak perlu sama dari segi selera, warna kulit, bahasa ataupun bangsa tapi yang penting kita tetap 1 malaysia.

Tamat.

P.S Setahu aku, orang putih je tak makan durian, adakah Zul adalah keturunan orang putih..kita nantikan jawapannya di episod akan datang.,,,,

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

  1. fuhh..durian tuh…rugi zul…rugi …huhu..
    dulu tengok tak kat fear factor ade 1 episod tu, makanan yang worst.ade ke dia letak durian.kompom kite menang kalau masuk kan kan kan

    *weyh..ko buat blog baru eh?awat…nak tutup blog ni ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »