Baru-baru ini kawan aku kecurian di KL sentral.Kejadian yang tidak diingini itu berlaku sewaktu beliau ingin menunaikan solat di surau di teminal berkenaan.Mengikut cerita, barang beliau di rembat sewaktu beliau mengambil wudhu.Ketika itu si pemangsa telah merembat barang peribadi milik beliau.
ATM card,Student Card,Credit Card,Cash,iPod dan BB telah berjalan di licinkan oleh penjahat terbabit.Memang beruntung betul si penyangak terbabit dapat package terbaik kot.Beberapa ratus ringgit juga telah di withdraw dari ATm.Orang yang disyaki adalah seorang wanita.
Memang agak menyedihkanlah kejadian yang berlaku ini, nak – nak lagi berlaku di surau, tempat kita beribadat.Sepatutnya surau tempat orang beribadat bukan untuk kegiatan merembat,kalau nak merembat pergilah ke padang rembat bola,baru style.
Nampak gayanya dah tak ada tempat yang selamat sekarang,mungkin surau pun memerlukna pengawal keselamatan untuk memantau keselamatan sewaktu roang menunaikan solat.Nampak gayanya bertambah murahlah rezeki pusat pengkhidmatan pengawal keselamatan macam ini.Peluang pekerjaan pun terbuka luas.Selepas ini jangan terkejutlah dengan lambakan pengawal keselamatan ketika anda menunaikan solat.
Mungkin sistem loker patut disediakan di surau dan masjid supaya barang-barang boleh di simpan ketika kita beribadat.Hurm, macam peluang bisnes ini, jadi pembekal loker.Kadang-kala bukan nak kata,kaki rembat ni, selipar jepun pun dia tibai, jangan kata risau pasal barang mahal, selipar jepun pun dia orang kebas, dah nama kaki kebaskan.
Apa yang boleh di kongsi di sini adalah, kena berhati-hati, sebab berhati-hati tu tidak rugi.Berhati-hati perlu sentiasa , tidak kira masa,tempat atau keadaan.